Memaparkan catatan dengan label Padang Besar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Padang Besar. Papar semua catatan

Khamis, Mei 30, 2024

Berhujung Minggu Di Perlis

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Kali ini nak buat catatan perjalanan berhujung minggu di Perlis pada hujung minggu baru ini. Tujuan utamanya kerana puan isteri ada jemputan untuk Karnival Jom Masuk U 2024 Zon Utara. Karnival ini di buat di Universiti Malaysia Perlis atau UNIMAP. Awal-awal pagi kami dah gerak dari Penang ke Perlis. Terus gerak sahaja selepas subuh tu sebab nak bersarapan di Kedah atau Perlis, satu lagi sebab mengejar masa perasmian karnival tu. Bila tengok masa masih ada kami pun singgah bersarapan di kawasan Changlun, dekat-dekat dengan Perlis dah. Tengah-tengah drive tiba-tiba rasa sakit dada jadi bila nampak kedai makan terus berhenti. Entah mengapa kadang-kadang sakit dada ini datang. Biasanya diketika sejuk atau lapar.

Sampai di warung tepi jalan kami pun bersarapan ringkas sebelum meneruskan perjalanan ke UNIMAP. Bila puan isteri dah selesai programnya kami plan nak makan tengah hari, punyalah tak tahu nak makan di mana sampai ke Padang Besar kami sampai. Jalan2 sedikit di Padang Besar kemudian kami pun bertolak ke Kangar untuk ke hotel. Berehat sampai ke petang sampailah hampir waktu Maghrib. Aku memang dah rancang awal untuk ke Masjid Alwi jadi Maghrib sampai Isyak tu sempatlah menghabiskan masa di Masjid Alwi. Dapat juga mendengar kuliah yang disampaikan oleh imam masjid sendiri. Satu yang menariknya Perlis ni, mereka beramal berdasarkan dalil, contohnya bila selepas solat zikirnya adalah secara sendiri-sendiri. Waktu kuliahnya tidak melanggar waktu solat. Bagus begini kerana mungkin ada jemaah yang ada urusan dan biasanya jika kuliah yang melanggar waktu solat makanya akan tertinggal pula amalan-amalan sunnah lain yang mungkin ada orang yang istiqomah beramal dengannya.

Oh terlupa pula, sebelum Maghrib itu kami sempat malan malam di Kabin. Menarik tempatnya dan menu-menunya juga pelbagai. Konsepnya ada banyak kedai dalam satu kawasan. Jadi boleh pilih-pilih ikut selera sendiri. Balik dari Isyak tengok semua orang dah tidur, kita pun teruslah masuk tidur. Keesokan harinya selepas bersarapan, ingatkan nak cari money exchange tetapi tak jumpa pula yang dekat. Akhirnya terpaksa ke Alor Setar untuk urusan tukar duit. Dalam perjalanan balik kami singgah di tempat rehat Gurun. Di situlah kami mencuba makan di Restoran Ramli Burger. First time mencuba Ramli ni, sedap juga pekena oblong dagingnya. Setakat ini sahaja, nanti bertemu dicatatan seterusnya InsyaAllah.

Khamis, Oktober 21, 2021

Padang Besar Perlis Sudah Berubah, Kamu Yang Belum Berubah

 

Assalamualaikum. Bila orang kampung pi Padang Besar macam ni lah. Kelabu mata tengok toto, senang nak pindah randah ke sana ke mari. Dah boleh merentas negeri ni kena prepare benda macam ni. Esok ingat nak balik Gombak, nak ganti tikar & toto kat sana.
 
Meriah Padang Besar sekarang ni. Kedai2 makan pun dah buka macam biasa. Dulu datang sini lain sekarang dah lain. Dah ada kompleks beli belah dan medan selera. Parking still problem, nasiblah hari ni taklah ramai sangat orang. 
 
Okeh jumpa lagi di lain postingan. Kalau suka tidur atas toto boleh like.