Memaparkan catatan dengan label prk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk. Papar semua catatan

Khamis, Mei 13, 2010

Trend politik Malaysia

Skrg ni aku duk perasan bila ada pilihanraya kecil je kerajaan akan tabur mcm2 projek untuk memenangi hati pengundi di situ. Dulu2 pun mcm ni tapi taklah nampak sangat, dah nilai projek tak lah besar sangat nilainya. Trend ini yang peliknya mendapat sambutan dan takde tentangan. Seolah merelakan apa yang aku anggap rasuah politik ni berlaku.

Untuk Malaysia yang lebih baik pada aku, kempen bagi projek untuk memenangi hati rakyat ni perlu dibenteras. Duit yang dibelanjakan untuk itu bukannya sedikit. Ramai lagi yang memerlukan pambangunan di seluruh Malaysia. Jgn guna duit rakyat untuk mempertahankan kuasa kelak akan makan diri sendiri. Wallahualam..

Isnin, November 16, 2009

Kota Siputeh, Kedah (siputeh tu bukan nama kucing ke?)

Ni sorang lagi wakil rakyat tak bertanggungjawab, hari tu dari PKR, kali ni dari BN pulak, rakyat dan bg kepercayaan tu jalankanlah tanggungjawab. Kalau x nk buat kerja baik tak payah bertanding dulu, mungkin agaknya sbb kerajaan negeri Kedah ni Pakatan Rakyat yang pegang jd sbg tanda protes x mau buat kerja, x mau hadir sidang DUN? Dan itu pun kerja wakil rakyat jadi bertanggungjawablah sedikit, pemimpin ni nnt dia dulu kena soal di Akhirat nnt.

Abu Hasan Sarif dari Umno akan kemukakan rayuan rasminya pada Jumaat ini, harap2 mahkamah x terima dan beri laluan kepada pilihanraya kecil. Harap sapa2 yg akan dipilih nanti, jalankanlah tanggungjawab dengan sepenuh hati, jgn bongkak sangat..

Selasa, Ogos 11, 2009

Perkara-perkara yang akan berlaku di Permatang Pasir dari 17-25 Ogos 2009

  • Umat islam akan berpuasa pada 22/23 Ogos, kebiasaannya bila masuk je bulan Ramadhan jalan2 raya akan sibuk, berbanding dengan tahun lepas tahun ini akan lebih sibuk kerana berlakunya pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
  • Ada pihak tertentu yang akan tiba2 lebih bermurah hati untuk bersedekah, memberi saguhati kepada orang2 kampung.
  • Harga makanan di pasar Ramadhan akan naik kerana terdapat byk permintaan akibat kebanjiran petugas parti2 politik, penceramah2, polis, petugas SPR, media dan org2 yg berminat nak ikuti PRK ini dr dekat.
  • Ada kemungkinan orang2 kampung tidak perlu membeli baju raya kerana, ada pihak yg bermurah hati memberi baju raya.
  • Jalan2 akan diturap, bangunan2 akan dicat dan ini adalah untuk menyambut kehadiran orang2 politik, bukan untuk rakyat. (juga dikenali sebagai projek mee segera)

Selasa, Julai 07, 2009

Selamat berkempen di Manek Urai N41



Kepada parti PAS dan Barisan Nasional, selamat berkempen. SPR, pastikan pilihanraya ni merupakan pilihanraya yang adil. Kepada pengundi, undilah dengan bijak untuk kesejahteraan dunia dan akhirat :-)