Khamis, April 30, 2026

Projek Menghidupkan Jam Casio MRW-S310H dan Penggantian Tali Jam

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kali ni nak update tentang projek mengganti tali jam Casio MRW-S310H. Asalnya terjumpa jam ini di rumah. Jarumnya dah berhenti berdetik dan talinya dan reput. Biasanya kalau tali jenis resin kalau tak digunakan, kena pula tahap humidity tinggi ia mudah mereput. 

Bila tengok jam tak bergerak rasa malas pula nak betulkan sebab kalau dibetulkan tapi tak pakai pun rugi juga. Buat masa ni aku biasanya Apple Watch. Tapi bila Apple Watch ni rasa cepat sangat habis baterinya sekarang ni, kadang rasa susah juga bila setiap hari kena charge. Bila tak sempat atau terlupa charge rasa tak lengkap pula bila tak pakai jam. 

Mulanya memang ingat bateri dah habis, sekali baru perasan yang jam ni pakai solar. Bila dicari penyelesaiannya katanya perlu letak di tempat ada cahaya matahari tetapi tak direct. Aku pun cubalah, dalam dua minggu juga aku cuba menghidupkannya semula dan akhirnya ia hidup kembali. Rupanya jam jenis solar ni kalau dah lama sangat mati kena exposekan dia kepada matahari yang tak direct dalam seminggu dua, baru dia hidup kembali.

Bila dah hidup sebenarnya tak perlu sangat cahaya matahari tu, cukup kawasan terang dah kekal hidup sahaja jam ni berdetik. Dengan cahaya lampu bilik pun dan ok. Bila dah hidup baru semangat nak tukar tali jam. Aku pun cari-cari tali untuk model ni, tak ada pula. Sehingga terpaksa cari model yang hampir sama. Aku teringin nak tukar warna tali jam sikit jadi apabila jumpa satu penjual dari Indonesia yang menjual tali yang ada pilihan warna, aku pun pilih warna hijau askar. 

Baru tadi aku tukarkan talinya dan result dia fuhh berbaloi pula rasa. Smart juga jam ni, bolehlah buat tukar-tukar dengan Apple Watch yang dah semakin kurang battery healthnya. Aku juga plan nak bawa jam ni untuk haji nanti. Mungkin lebih baik untuk perjalanan jauh, sebagai back-up dan incase kalau-kalau tak sempat nak charge Apple Watch.     

Isnin, April 20, 2026

Menghadiri Kursus Intensif Haji Anjuran MKM

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Catatan kali ini adalah berkenaan program yang telah berlangsung pada dua minggu yang lepas di mana aku dan isteri telah hadir Kursus Intensif Haji Anjuran MKM. MKM ini merupakan salah satu syarikat pengendali ibadah haji selain yang biasa iaitu Tabung Haji (TH). Sebenarnya berbelah bahagi sama ada nak buat catatan berkenaan perkara ini atau tidak. Banyak juga pendapat berkenaannya, dikhuatirkan sekiranya ia mendatangkan riak pula kerana berpeluang mengerjakan haji ini bukan mudah dan sebolehnya kita tidak mahu apa yang dihajati ini rosak kerana perkara-perkara tertentu. Apa pun aku cuba mengikhlaskan diri bahawa catatan ini hanya sekadar berkongsi sebagaimana aku berkongsi perjalanan hidup aku yang lain di blog ini. InsyaAllah kami akan mengerjakan haji pada tahun ini jika diizinkan Allah. 

Berbicara tentang haji ini sebenarnya aku mula terkesan teringin untuk melaksanakannya bermula ketika seorang boss aku yang pergi mengerjakan haji kalau tak silap pada tahun 2015. Dia seorang boss yang garang, ada moodnya yang tersendiri namun dia selalu menceritakan perkara yang bukan dalam hal kerja dengan aku. Ketika itu dia juga berjauhan dengan keluarga (PJJ) dan kami selalu jumpa kalau selain waktu kerja itu di surau di waktu malam. Kadang-kadang kami makan sekali beramai-ramai dengan geng2 PJJ yang lain. Dia banyak betul menceritakan pengalaman dia ketika di sana. Dia sangat menggalakkan supaya banyak berjalan kaki ke mana-mana. 

Aku yang telah beberapa kali mengerjakan umrah bolehlah bersembang dengan dia dan antara anjuran dia ialah supaya cepat-cepat usaha supaya dapat berhaji ketika masih muda. Tragedi kren jatuh juga berlaku pada ketika dia berhaji. Dari situ aku berazam untuk mengerjakan haji dengan berdoa dan mula merayu beberapa tahun kemudian. Bila tiba musim haji dan dapat berita orang tertentu dapat pergi mengerjakan haji, hati ini rasa cukup cemburu. Teringin sekali untuk mengerjakan haji. Dalam pada itu, bila berpeluang kita usahakan juga umrah. Kalau ikutkan turn Tabung Haji memang lambat lagi dan sebab itu kami merayu. Selain merayu, perlu juga kita memenuhkan keperluan kewangan untuk berhaji tu dalam akaun TH. Setelah banyak tahun merayu, direzekikan kami terpilih pada tahun ini melalui PJH. Aku memang harap dapat pergi dengan MKM kerana MKM sentiasa mengutamakan mengikuti aturan nabi dalam pelaksanaan sesuatu ibadah, ia juga banyak sesuai dengan pegangan aku dalam beragama. Kami juga pernah berumrah dengan MKM pada tahun 2024. Banyak juga berhubungan dengan ustaz-ustaz yang membimbing walaupun setalah lama berlalu. 

Dipendekkan cerita pada dua minggu lepas kami menghadiri kursus haji dengan MKM di Shah Alam. Kursus ini lengkap menceritakan perjalanan haji yang bakal ditempuhi, siap dengan praktikalnya sekali. Kami menaiki bas dengan berpakaian ihram ke lokasi-lokasi berbeza yang menggambarkan lokasi di Masyair (kawasan2 syiar Islam). Ini bukan kali pertama kami join kursus ini, tahun lepas kami dah join cuma ketika itu masih belum ada rezeki. Kali ini lebih yakin kerana telah ditawarkan secara rasmi melalui TH. 

InsyaAllah kami akan berlepas dengan KT93 pada 16 Mei 2026. Debaran kian terasa kerana telah ada beberapa penerbangan yang membawa jemaah ke sana dalam beberapa hari ini. Semoga semuanya lancar dan dapatlah kami menyempurnakan ibadah agung ini.  

Rabu, April 08, 2026

Malam Ini Kita Dapat Gencatan Senjata

Gambar tidak berkaitan.
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ringkas sahaja catatan malam ini. Cuma nak luahkan sedikit rasa kelegaan atas gencatan senjata yang dicapai dalam peperangan antara pakatan U.S./ Israel dan Iran. 

Iran mengatakan mereka talah berjaya menyebabkan Amerika akur kepada syarat mereka sebagai balasan untuk membuka semula Selat Hormuz. 

Walaupun aku tidak menyokong mana-mana pun dari dua pihak ini tetapi gencatan senjata ini sedikit melegakan. Semoga rantau Arab kembali pulih keamanannya. Semoga musim haji tahun ini tidak diganggu oleh ketidakstabilan dunia.

Israel tidak berpuas hati dengan gencatan senjata ini, tidak cukup dengan Tanah Palestin dan Syria yang telah dijajah, mereka ingin menjajah Lebanon pula.

Apapun semua orang dah boleh agak, yang akan melanggar gencatan senjata ini nanti adalah Israel. Selamanya mereka sentiasa tidak boleh dipercayai.