Rabu, Oktober 11, 2023

Menemani Kawan Yang Kemalangan

Assalamualaikum semua, semoga sentiasa dalam keadaan aman selalu. Dua tiga hari ini agak bermuram durja dan marah dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin terutamanya di penjara terbuka Gaza. Israel pasti akan menggunakan segala persenjataan mereka yang canggih untuk membunuh ramai rakyat Palestin. Semoga Allah menyelamatkan mereka rakyat Palestin, memecah belahkan musuh2 Islam dan memudahkan penguasaan sepenuhnya Baitulmaqdis.

Pagi tadi mendapat perkhabaran ada seorang rakan yang bertugas di Hospital Pulau Pinang kemalangan jalanraya. Sewaktu dalam perjalanan menaiki motosikal dari Kulim ke tempat kerja terdapat sebuah kereta yang tiba2 menghimpatnya ke tepi untuk mengelak kereta lain di hadapannya. Akibatnya kawan tak dapat mengelak selain ke tepi dan melanggar pembahagi jalan sebelum susur ke Jambatan Pulau Pinang.

Sungguh malang itu tidak berbau, walaupun kita bawa elok2 kadang2 ada perkara lain yang menyebabkan berlakunya kemalangan. Setelah jatuh terseret ke jalan dan pembahagi jalan dia di kejarkan ke Hospital Seberang Jaya tempat aku bekerja. Jadi bila tahu sahaja dia berada di Kecemasan aku terus bergegas untuk melihat keadaannya. Dia diperiksa dan diberikan 2 suntikan sebelum lukanya dijahit. Lama juga masa yang diambil untuk menjahit luka di jari2 tangannya. Aku tak sanggup untuk melihatnya. 

Setelah itu dia dibawa ke Radiologi untuk di xray, hasilnya ada 1 tulang patah pada tangannya. Boleh tengok gambar di bawah. Kadang2 orang suka ambil mudah bab xray ni, kalau tak sakit makanya tak rasa nak buat xray hakikatnya kena juga buat sebab kita tidak tahu takut ada yang patah. Setelah itu dia terus kena buat plaster supaya pergerakan tulang dapat kurangkan untuk membolehkan tulang yang patah bercantum semula. 

Menginsafkan jugalah bila kita dapat ziarah dan menemankan orang sakit ni. Semoga kita terhindar dari musibah2 sebegini. Bagi yang selalu bawa motosikal harus selalu berhati2, relaks2 sahaja bawa motosikal tu. Umur pun dah makan banyak manakala amalan pula yang tidak banyak. Semoga kawan tu cepat sembuh. Hampir sebulan juga dia akan berehat sebelum jumpa doktor semula untuk melihat kepatahan tulang itu. 

 

Nampak tulang patah pada metacarpal bone jari manis tangan kiri
Dah tengahari baru nak makan

Sekian dahulu untuk kali ini.

30 ulasan:

  1. Duuuuh semoga teman Abang cepat pulih lagi yaa. Terbayang sakitnya tulang yang patah itu 😔. Memang lah kejadian di jalan tak ada yg pasti. Kita dah bagus bawa kendaraan, tapi kadang orang lain pula yg bikin ulah. Hanya bisa berdoa selalu semoga dihindarkan dari marabahaya🙏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mbak Fanny. Mulakan perjalanan dengan doa dan selebihnya tawakkal sahaja. Semoga terhindar dari musibah.

      Padam
  2. Moga"temannya pulih kembali,kadang sudah hati-hatipun kita tak pernah tau akan terjadi petaka apa .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mbak Reney. Semoga kita terhindar dari petaka begini. Hari2 selalu.

      Padam
    2. Pergi ke mana ruang komen blog kamu?

      Padam
  3. fuhh...seram...kita yang bawak kete nie mmg akan lebih xtra selalunya..kalau CPL lah...tp kdg2 tu motor pun main pederas je...haisyh lahhh...semoga yang baik2 je utk kita semua..aamin

    Amiin utk doa buat rakyat PAlestin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya yang bawa motor pun sagtu hal, nak melaju sahaja. Motor makin lama makin berkuasa. Makin tinggi risiko kepada pengguna lain. Waktu pergi kerja kena extra careful kerana keanyakannya kejar nak punch time masuk kerja.

      Padam
  4. Allahu.. semoga diringankan kesakitannya dan segera sembuh ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. InsyaAllah akan sembuh juga tu tapi sementara nak ok tu tersiksalah nak mananggung terhadnya pergerakan.

      Padam
  5. moga kawan nya cepat sembuh & dipermudahkan semua urusan nya..aamiin.. alhamdulillah, ada kawan utk teman masa tgh sakit ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenalah bantu orang tengah sakit tu. Ada masa tu konon dia nak buka baju sekali terkena luka habis menitik2 darah keluar.

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Moga dipermudah kan semua urusan dan cepat sembuh buat kawan. Alhamdulillah buat kawan sejati, moga sentiasa murah rezeki dan diberkatiNya

    BalasPadam
  8. Terasa pulak sakitnya bila baca...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar bang, jangan menghayati sangat huhu.

      Padam
  9. semoga kwn pejal akan sembuh dgn segera. sy pun selalu bawa motor bila nak ke pekan sbb nak elak jem. kita dah hati2 tp org lain yg cuai. Tu yg geramnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun selalu bermotosikal ke mana2 kalau dekat. Faktor pemandu lain itu satu hal faktor jalan raya yang teruk juga satu hal.

      Padam
  10. semoga kawan encik diberikan kesembuhan..
    yalah kan malang tak berbau

    BalasPadam
  11. jemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    BalasPadam
  12. syafakallah utk rakan tu... so hari ni mcm mn perkembangan dia?

    kadang kita dah berhati2... tp tu laa... org lain menjd sbb kita ditimpa kecelakaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedang recovery di rumah. Sebulan lagi baru doktor nak tengok balik yang patah tu.

      Padam
    2. lama rehat tu... dlm kes ni dia boleh claim socso ke?

      Padam
    3. Tak claim socso sebab kerja kerajaan tiada socso.

      Padam
  13. Semoga diberi kesembuhan sperti sediakala

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Tak lama lagi baru xray semula.

      Padam