Kan ku himpunkan tulisan dongeng purbakala
Kan ku sembahkan hikayat berdarah paduka baginda
Kan ku himpunkan suatu kehidupan
Misteri petaka yang dilupakan
Pengabdian diri dicengkam kesesatan
Menangisi hukum darjat kebesaran
Kan ku himpunkan dongeng purbakala
Hidangan santapan paduka baginda
Hikayat berdarah semarak pawaka
Sembah dijunjung mengundang celaka
Belati berganja gading
Gempita ratna mutu kehancuran
Arca mercu kesesatan menghitung ajal
Kan ku sembahakan korban penglipulara
Hikayat berdarah paduka baginda
Kan ku himpunkan dongeng purbakala
Hidangan santapan paduka baginda
Kan ku sembahkan korban penglipulara
Hikayat berdarah paduka baginda
GERBANG KAYANGAN
Dingin semilir pagi
Sejuk ke tulang hitam
Mengangkat aku ke bahtera awana
Bertatah petir menerjah awan
Berlari kuda-kuda hitam
Membujuk langit
Menafi tanah
Menafi lautan
Bagai halilintar
Rindukan amang
Agungnya panca depan mataku
Marinya turun tujuh dayang
Menerjah aku putra sakti
Merafaq dibuka gerbang kayangan
Bagai Indrajit di depan rawana
Sepuluh kepala sepuluh bahu
Berdatik sahaja mengaku diraja
Aku tuntut janjimu prabu
Sang sita balik dalam pelukanku
MERONG MAHAWANGSA
Bentara hitunglah mimpi ini
Singgahsanaku menanti di galha
Membuai ribut laksana sutera
Ku belai taufan di hujung bahtera
Paduka andika pra ong mahawangsa
Sujudlah engkau serahkan puterimu
Kesaktian pusar bentara jadi jentayu
Gah si naga lagi barang kenaikanku
Gelora di laut bercanda di awan
Kuala tawai saksi bencana
Dilanggar garoda langkapuri
Engkau di puncak mengibar awan
Ditentang paduka pra ong mahawangsa
Laut puaka menelan malam
Terpisah aku membenam janji
Mengikat kata
Menjangkau tanah, membelah gelombang
Kita buru ufuk hakiki
Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di segara masin
Raja Qalha pra ong mahawangsa
(hai panah saktiku, jika benar namamu Berana Pura)
jika kau benar mempunyai kesaktian
tunjuklah kesaktianmu
hai garoda durjana, jika sungguh niatmu
ku panah kau menjalar maut
ku gantung dirimu di alang, ku paku lidahmu
di sengang, keringlah engkau di Tiang Sula
PURNAMARJUNA
Kaulah segalanya oh puteri
Penyeri malam bulan purnama
Tak tercapai
Aku terpegun dan terhenti sejenak
Dan ribut kencang melayangkan kenangan
Kenangan silam yang menghanyutkan harapan
Tenggelam ke dasar laut biru asmara
Ditelan, dipukul ombak
Terdampar di pasir hitam bergelut gelombang
Tinggallah kau sang pungguk
Tak perlu kau mengejar aku
Tak sanggup aku berpijakan tanah
Perjalanan tanpa menjanjikan
Penentu
Usahlah kau halang bulan yang mengambang
Gelap gelita, butakan cintaku
Di puncak sana ku setia menunggu
Menantikan bulan mengambang (gilang gemilang)
Demikian aduhai dewi
Seribu purnama tetap ku tunggu
Menanti wajah ku puja (menjelma)
Bersama bulan dan bintangnya
Mingkinkah akan menjelma
Puteri lindungan bulan
Assalamualaikum..Lau bule ader sesape leh bagi lirik Intravena Trantika tak??PLZZZ
BalasPadamlagu pun xde, lirik lg xde hu hu sorry!
BalasPadamcam ner plak lirik album berdiri antara panji2
BalasPadamteras besi ade bro?
BalasPadamteras besi ade bro?
BalasPadam