Salam kasih sayang Malim buat segala makhluk yang di bumi dan yang di langit,yang dapat di lihat dengan mata kasar atau yang tidak dapat di tangkap dengan pancaindera,yang sudah paham atau yang masih teraba-raba mahu pun yang sudah stabil atau yang masih huru-hara.Malim berdoa agar kita sama-sama dapat melakunkan sekerip kita dengan baik pada hari ini.Mudah-mudahan juga kita semua tidak terkelepet dengan kebodohan dan kekejian jiwa kita yang tidak terbatas atau juga tidak tertipu dengan kebijaksanaan kita sendiri didalam meneka warna baldi di atas motor yang terletak di atas lori yang disebut dalam persidangan kita yang pertama dahulu.Ada pun pada pagi ini yang entah berapa celcius suhu nya Malim singgah di sebuah warung untuk melaksanakan kewajipan sebagai warga kota setiap hari iaitu pekena teh tarik.Walau pun tajuk besar dalam akhbar utama pada beberapa hari yang lalu memaparkan tajuk`TEH TARIK PUNCA STROKE`..
ia lansung tidak melemahkan semangat pe`ngeteh`han Malim.Bukanlah kerana Malim tidak yakin dengan fatwa manusia yang pandai dalam ilmu perubatan tersebut..akan tetapi serabut lah kepala Malim yang memang sedia serabut ini dengan kenyataan warta perdana dalam tiwi pada malam berikutnya.`Teh tarik bukan punca stroke melainkan bagi pengidap-pengidap sindrom kencing manis dan lemah jantung`.Tidak cukup dengan itu di tambah lah pula dengan beberapa pendapat lainnya yang menyatakan boleh minum teh tarik tetapi kadar kandungan gulanya di kurangkan sementara satu pendapat lainnya pula menuduh susu lah yang bersalah dalam hal ini.Lalu terfikirlah oleh Malim betapa penat dan letihnya jiwa kita apabila manusia yang bukan ahlinya meletak hukum dan betapa penatnya kita jika berfikir menggunakan otak orang lain sehingga tidak lah mampu dan tiadalah upaya kita untuk melaksanakan kehendak-kehendak nafsu mereka itu.
Boleh jadi hanya Malim saja yang berfikir begitu kerana kurangnya pengetahuan Malim didalam hal ehwal habitat manusia.Sedangkan diri Malim tiadalah sangat malim kenal sehinggakan seringkali Malim bergaduh dengan diri sendiri apabila ingin melaksanakan sesuatu HAL.Tidak usah di dalam soal yang terlampau besar seperti mentadbir duit tabung haji,menguruskan proton,membahagi-bahagikan wang ihsan,menyampaikan dana untuk mangsa tsunami,menguruskan hal ehwal AP atau menjaga amanah rakyat jelata...di dalam membuat keputusan untuk terus minum teh tarik atau tidak sahaja pun sudah lebih lapan buah file di bentang atas meja panjang dalam kepala Malim.Satunya bertajuk`jangan meletakkan diri ke lembah kebinasaan`,file kedua tentang `Gulakah atau susukah yang mengakibatkan stroke` file ketiga berkenaan`kenapa bertentangan pendapat media eletronik dengan tajuk yang di utarakan oleh media cetak sebelumnya`file keempat`mengulas usul-`apabila datang perkhabaran dari orang fasiq,maka hendaklah kamu siasat`..dan file-file selebihnya adalah tentang usul siasat yang tidak berkesudahan sejak semalam.Malim sangat beruntung kerana sebaik sahaja tersedar dari kesibukkan menyusun file dalam kepala otak Malim tau-tau sudah sampai ke sebuah persinggahan bernama `DARUSSALAM`.Supaya tidaklah perkara ringan ini menjadi teka-teki besar kepada kalian biar lah Malim jelaskan ada pun `DARUSSALAM` itu ialah nama kepada sebuah restoren mamak di mana setiap pagi ramailah pengunjungnya yang terdiri dari manusia-manusia yang bakal terkena STROKE.Kenyataan tersebut tidak lah Malim suarakan kepada khalayak yang sedang enak menikmati teh tarik tersebut kerana bimbang akan di ketuklah kepala Malim dengan piring2 atau gelas2 oleh mereka itu.Apa yang Malim lakukan hanyalah duduk bersama-sama mereka dan meng`order` segelas teh tarik agar kelihatan serupa seperti sebuah masyarakat yang harmoni.
Sambil menunggu-nunggu kedatangan teh tarik..ingatan Malim tiba-tiba tertarik akan suatu kisah negeri ORANG BODO-BODO.Ada pun pekerjaan mereka itu ialah menanam gandum.Oleh memang semula jadi bodo nyer orang di NEGERI BODO-BODO tersebut maka tiada lah mereka kenal akan pokok-pokok yang lain selain gandum dan tiada lah mereka itu reti membuat pekerjaan lain selain menananam gandum,menuai gandum dan menjual gandum.Maka berlaku HAL dalam kehidupan mereka itu apabila tumbuhlah sebuah pokok nangka di hujung ladang gandum mereka.Maka ketakutan seluruh penduduk NEGERI BODO-BODO kerana menyangkakan suatu makhluk yg berbahaya menunggu di ladang itu.Lalu tidak lah mereka itu bekerja lagi di ladang kerana bimbang akan di mudharatkan nyawa mereka oleh makhluk asing tersebut.Sehingga pada suatu ketika datang seorang pemuda yang bijak cuba menyelesaikan masalah tersebut.Dia menyeru seluruh penduduk mengikutnya dan sebagai ketua dia mendahului penduduk NEGERI BODO-BODO menghampiri pohon nangka.`LIHAT INI..INI BUKANNYA MUSUH KAMU..IA HANYALAH SEJENIS BUAH` tegasnya sambil membelah buah nangka tersebut dengan parang lalu memakannya.Bertempiaranlah penduduk NEGERI BODO-BODO tersebut sambil berteriak`jika makhluk sebahaya itu boleh di makannya..pasti suatu hari dia akan memakan kita`,Tidak lama kemudian datang pula seorang pemuda lain yang bertanyakan masalah penduduk tersebut.`Ada makhluk anih yang tidak di kenali di ladang kami dan kami tidak berani mendekatinya.kerana itu kami tidak lagi keladang`terang ketua NEGERI BODO-BODO tersebut.Pemuda ITU mengajak mereka melihat dan menyiasat akan hakikat makhluk anih tersebut.Sebaik sahaja melihat pokok nangka itu,pemuda tersebut lari sekuat hatinya di ikuti oleh penduduk NEGERI BODO-BODO.`Kenapa tuan lari?` tanya ketua NEGERI BODO-BODO kehairanan.Pemuda tersebut menjawap`Makhluk itu terlalu merbahaya jika kita biarkan`Penduduk NEGERI BODO-BODO sebulat suara bersetuju.`Lalu apakah yang akan kita lakukan` Soal mereka kembali.`Kamu sekalian harus meninggalkan negeri ini demi keselamatan masing-masing`tegas pemuda itu lagi.Lalu berpindah lah mereka beramai-ramai meninggalkan negeri itu dan pemuda tersebut kemudiannya menjadi terlalu kaya dan mati keseorangan kerana kebodohannya`
Khamis, Mac 23, 2006
Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 3)
Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 3):Related post: malaysia, melayu, word, fun, jokes
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan