Rabu, Mei 24, 2006

Laman web gadis Melayu bogel beroperasi semula

Laman web gadis Melayu bogel beroperasi semula:
MUAR: Tidak sampai sebulan menghentikan operasinya, laman web persendirian menggunakan `Yahoo! Groups’ yang menyebarkan gambar bogel gadis Melayu kini menyambung semula operasinya.

Tindakan pengendali laman web lucah berkenaan semestinya menimbulkan kelegaan dan kegembiraan kepada ‘penagih seks’ di kalangan ahlinya lebih 5,000 orang itu.

Ahli laman web tidak senonoh itu menyokong tindakan menyambung semula operasi yang dilakukan pengendalinya sambil memuji keberaniannya berbuat demikian.

Pada 29 April lalu, laman web lucah itu dihentikan operasinya beberapa hari selepas kegiatan tidak bermoral yang dijalankan ahli laman web berkenaan disiarkan dalam ahkbar ini pada 27 April lalu.

Melalui e-mel yang dihantarkan kepada ahlinya, pengendali laman web persendirian itu memberitahu pemberhentian operasi terpaksa dibuat kerana isu berkaitan mereka sedang panas diperkatakan.

Harian Metro mendedahkan laman web persendirian itu memaparkan gambar dan klip video lucah membabitkan gadis dan wanita Melayu.

Menurut pengendali laman web terbabit tujuannya mewujudkan laman web persendirisan itu sebagai pengajaran supaya berhati-hati ketika berasmara jangan sampai gambar mereka dirakam pihak lain.

Laman web itu turut memuatkan gambar bogel artis yang pernah menggemparkan tanah air selain pelbagai aksi gambar gadis tempatan.
Related post: , , , ,

8 ulasan:

  1. huh nie info lama nih
    .. mmg susah nak stop porno nih.. sebab bnyk permintaan..uhuhu

    BalasPadam
  2. korang xyah la nak block2 sume ni...pandai2 la pikir..teknologi ni umpama ilmu..kalo di potong tetap ada..yg penting skang ni diri sendiri kena pikir banyak2 daripada mengikut kehendak nafsu..

    especially for the ladies...if u not allow or gave ur dignity to your beloved person ,there will not come problems..

    so think properly..skrang ni dosa allah balas cash kat dunia..seksaan ahirat sebagai pembalasan terakhir kepada manusia2 yg tidak mengikut perintahnya...

    Renung2kan la bersama..

    BalasPadam
  3. kalu di hentikan laman2 web camtu sekalipun,org yg desperate akn pandai2 cari,korek,godam dan seumpamanya utk tatapan minda dorang.jadi,yg cerdik pandai dan para cendiakawan ni,pandai2 la korang mempergunakan IQ masing2.dan pada adik2 di luar sana,kalu dah syg sgt kt couple msg2,ajak la kawen.kalu parents x bg,meh jmpa sy.

    BalasPadam
  4. semua ni dh jd macm darah daging diorang dah. tu sbg smpingan. klu stakat nk tengok real punya lg banyak, dpn mata pulak tu. zaman skrg dah biasa jumpa. mandi bogel kat tmpat umum pn blh jumpa, inikan dalam blog mcm ni.

    BalasPadam
  5. GosH .. eVEn primary school student now know how to open seks url,website. From where they did learn all this??? 0.o think ourself!! If u still watch this prono sites, then later ur son take ur same step!! Like father like son .. gosHhhhh!!!

    BalasPadam
  6. Wondering how do you reach this post Anonymous? Searching something related to this post? ;)

    BalasPadam
  7. takde keje lain ke orang camni??da tak laku sangat ke badan tu sampai nak tayang2 badan tu.. lau badan tu lawa sangat cam model tu takpe gak..bukan nak ngutuk,tapi sedar la.perempuan ni je yang suka cari malu sendiri,pas tu semua perempuan yang tak bersalah dapat tempiasnya..geram tau ngan orang yan camni..sepatutnya kena tembak dengan senapang gajah...

    BalasPadam
  8. Benda ni wujud sebab orang lelaki memang suka tengok web lucah. Tak tahu ke tengok benda-benda lucah dan tak bermoral itu dosa besar? Kalau tak tahan berkahwin saja lah, tapi orang yang dah kahwin kadang-kadang lagi hebat penangan web lucah ni.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ”

    Berzina bukan saja bermaksud anda berzina tapi juga menyokong penzinaan dan melihat orang berzina. Nauzubillahiminzalik.

    BalasPadam