"KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mewajibkan penunggang motosikal dalam lingkungan umur 17 hingga 21 tahun menggunakan hanya motosikal berkapasiti 70cc dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.p/s: tersedak baca berita ni, honda kena keluarkan balik c70 lah kalau nk dilaksanakan.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris, berkata sebaik seseorang remaja mencapai umur 21 tahun, barulah mereka layak menunggang motosikal berkapasiti lebih tinggi.
Beliau juga berkata, permohonan mendapat lesen memandu bagi remaja berumur 16 tahun perlu diperketatkan kerana pada usia itu mereka belum matang bahkan mempunyai keinginan untuk berseronok sehingga tidak mempedulikan keselamatan nyawa mereka dan pengguna jalan raya lain.
“Ini mendorong kepada fenomena Mat Rempit serta perlumbaan haram serta punca kemalangan jalan raya,” katanya.-Bernama."
Selasa, Mei 13, 2008
Kapasiti motosikal ikut usia
Kapasiti motosikal ikut usia:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan