GOMBAK: Sebanyak sembilan masjid di seluruh Selangor akan disemarakkan dengan penganjuran Karnival Masjid Selangor sepanjang tahun ini.
Selain menyampaikan informasi zakat kepada masyarakat setempat, program sempena Tahun Zakat Selangor 1403 itu juga bertujuan mendidik orang ramai supaya menjadikan masjid sebagai nadi dalam kehidupan harian mereka.
Masjid As-Syakirin di sini dipilih menjadi masjid pertama program yang dijangka berterusan selama setahun di sembilan daerah di Selangor itu.
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor, Noormala Mohd Sa’ad, berkata program itu diharap dapat menarik minat golongan muda untuk ke masjid.
“Selain daripada masjid dijadikan sebagai tempat beribadat, kami mahu ia dijadikan sebuah institusi bagi golongan muda menjana ekonomi dan pendidikan.
“Insya-Allah dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat menarik minat golongan berkenaan ke arah kebaikan,” katanya.
Katanya, selain jualan gerai yang dapat meningkatkan ekonomi peniaga setempat, karnival dua hari itu turut diserikan dengan kehadiran penceramah bebas terkenal tanah air.
Sementara itu, majlis semalam dirasmikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor.
Isnin, Februari 02, 2009
Karnival Masjid Selangor 2009
Semarak sembilan masjid di Selangor:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan