Dalam perjalanan dari Melbourne Airport ke hotel. Walaupun nampak matahari agak terik tp suhu agak sejuk masa ni, dalam teksi tak perlu pasang aircond pun.
Jambatan di highway dalam perjalanan ke Albert park, ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai. Tol kat highway ni ada tp tak perlu lalu tol pun. Pasal sistem tol tu boleh detect kereta yang lalu & terus charge (mungkin dari prepaid khas ke tak sure). Dalam kereta perlu ada gadget khas yang membolehkan sistem tu detect.
Bila Malaysia nak buat mcm ni?
Sampai hotel, check-in lepak2 sekejap lepas tu terus keluar. Exited nak jalan & kelaparan. Sampai terus belasah naik tram. Kena beli tiket dari mesin dalam tram tp kerana ketiadaan duit siling terpaksa turun & berjalan shj.
Kalau nak guna duit besar utk beli tiket kena beli kat 7-eleven.
The Sebel Albert Park. Hotel yang kami duduk untuk 5 hari.
Berjalan kaki kemudian jumpa kedai terus beli roti & nutella & tuna yang boleh dimakan. Makan atas padang shj. @melamyra sempat bukak MacBook Air tu.
Tak jauh dari tempat kitorang lepak tu rupanya ada benda ni, Shrine of Remembrance, mcm tugu negara jugak, memperingati pejuang2 Australia yg gugur dalam WWI & WWII.
Masuk dalam Shrine of Remembrance tu tiba2 ada upcara memperingati, kat batu atas tu akan terpancar cahaya matahari dari atas bumbung dalam 1-2 minit cahaya tu akan hilang.
Ni hari ke 2 tak ambil gambar sangat pakai iPhone, pakai digicam. Gambar kat lobi hotel.
Yg dari digital camera yang beratus-ratus tu ntah bila pulak nak diblogkan. Huhu.