Raya Hari 1
Pagi Aidil Fitri kami solat sunat Aidil Fitri di Masjid Daerah Bera. Kemudian bersama2 menikmati juadah raya seperti lemang dan ketupat. Selepas itu kami bersalam2an dan bermaaf2an antara satu sama lain. 7 adik beradik sebelah isteri berkumpul bersama dengan keluarga masing2. Seronok anak2 menerima duit raya yang banyak dari pak/mak saudara yg pemurah dan kacak. Tiada yg diharapkan melainkan kegembiraan di Aidil Fitri.
Selepas itu kami beramai2 ke tanah perkuburan bertahlil untuk arwah mak/ayah mertua. Walaupun sepatutnya hari raya merupakan hari untuk bergembira dan melawat kubur kurang sesuai sebagai pengisian Aidil Fitri tetapi hanya waktu inilah sahaja adik beradik dapat berkumpul bersama2 tidak jauh dari tanah perkuburan. Pergi beramai bersama2 lebih baik dari pergi sendiri2.
Kemudian kami berkonvoi raya di Kg Seberang Guai seterusnya ke Felda Sg Lui Selatan. Selepas itu aku & family terus ke Batu Kikir ziarah rumah arwan uwan yg meninggal dunia pada 1 Syawal tahun lepas (1433 H). Jumpa juga dgn pak2 & mak sedara yang masih bersemangat beraya di kampung.
Raya Hari 2
Hari kedua jatuh pada hari Jumaat jadi kami keluar beraya agak lewat kerana plan untuk sembahyang Jumaat di Temerloh. Kalau tak salah ini kali kedua solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, pertama dulu sewaktu zaman sekolah semasa di TAHAP dulu. Selepas solat kami menuju Kg Ketari seterusnya ke Kg Gemeti beraya dibeberapa buah rumah. Malamnya kami singgah ke KFC sewaktu dlm perjalanan balik, rata2 ramai yg kurang berselera kerana overdose makan juadah raya sebelum itu. Itu sahaja pilihan yg ada pun.
Raya Hari 3
Raya ketiga kami pulang ke Gombak, paginya menerima kunjungan Abg Din & Abg Man sekeluarga. Sampai Gombak dah hampir Maghrib sebab jalan agak sesak terutama di Tol Karak.
Raya Hari 4
Hari ini belum tahu lagi nak ke mana, slps Subuh terus merajinkan diri untuk pos entri ini, kalau delay2 jawabnya tak berposlah.
Sambungan..
Pagi tu berbincang dengan Along, bukan main lagi dia mengajak ke rumah Acu lepas tu ke rumah Acik. Kami beraya ke rumah Acu di Wangsa Maju di sebelah petangnya bersama abah dan mak, Faiz dan Isma juga datang bersama membawa Satria Neo Turbo si Farah. Selepas itu Abang Long hantar mak dan abah balik ke Gombak semula kerana abah tak berapa sihat nak berjalan lama2 & jauh2. Kami meneruskan perjalanan ke Dusun Tua Hulu Langat untuk beraya di rumah Acik Nyai Maryani.
Raya Hari 5
Memandangkan abah amatlah kurang sihat sepanjang bulan Ramadhan rasa amatlah ruginya bila tidak dapat pulun pahala beribadah di bulan Ramadhan, sepanjang Ramadhan abah hanya larat bertarawih pada minggu pertama sahaja, seterusnya abah tak sihat dan tak mampu untuk ke surau yang tak jauh dengan rumah. Bila bincang2 dengan Mel rasa perlulah bawa abah ke hospital mana-mana untuk check apa yang patut, mulanya cadang untuk ke klinik kerajaan tp kelecehan proses dan prosidur then decide untuk bawa abah ke Hospital Tawakkal, abah diperiksa dah keputusannya tidak teruk mana, cuma urin kotor kata Dr Moy. Abah akan diperiksa lagi pada minggu depan. Sebelum sampai Gombak kami sempatlah menapau nasi kukus untuk makan tgh hari. Petangnya kami ke Kuala Selangor bersama abah dan emak, Di Kuala Selangor ada kakak kepada abah, walaupun lebih tua, tapi nampak kakak abah ni lebih bersemangat walaupun tinggal berseorangan dan selalu juga sakit2. Sebelah malamnya beraya pula di rumah kak Hani di belakang rumah mak, merasa juga la char koay teow Gombak.
Raya Hari 6
Balik Penang.
Raya Hari 7
Mula Kerja.

Shara entri raya anda di ruang komen!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan