Ahad, April 10, 2016

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 10.04.2016

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 10.04.2016


Surah Ibrahim AS ayat 35

Holy Quran 14:35
------------------

وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِيمُ رَبِّ ٱجْعَلْ هَٰذَا ٱلْبَلَدَ ءَامِنًا وَٱجْنُبْنِى وَبَنِىَّ أَن نَّعْبُدَ ٱلْأَصْنَامَ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.

Ayat permulaan kisah Nabi Ibrahim AS.

Surah Al-Baqarah, Al-An'am, As-Syuara', Maryam, Al-MumtahinahAs-Saffat turut membicarakan kisah Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahin adalah anak kepada anak Nabi Nuh bernama Sam.

Surah Anbia 69 - Api diperintah supaya sejuk terhadap Nabi Ibrahim AS.

Dr Aid Al-Qarni pengarang kitab La Tazhan dipelihara walaupun ditembak dari jarak dekat.

Makhluk tidak mampu beri mudarat tanpa keizinan Allah.

Bumi Makkah tanah haram.

Surah Al-Fath sebut dgn Bakkah. Maksudnya lembah yang tandus.

Sempadan tanah haram berdasar kepada cahaya hajar aswad yang memancar.

Masjid Tanaim terbahagi dua, suku saf adalah tanah haram, 3/4 adalah tanah halal.

Nabi Ibrahim datang bersama Hajat dan Ismail berdoa ketika sampai Makkah.

Al-Baqarah 126

Holy Quran 2:126
------------------

وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِۦمُ رَبِّ ٱجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا ءَامِنًا وَٱرْزُقْ أَهْلَهُۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ مَنْ ءَامَنَ مِنْهُم بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۖ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُۥ قَلِيلًا ثُمَّ أَضْطَرُّهُۥٓ إِلَىٰ عَذَابِ ٱلنَّارِ ۖ وَبِئْسَ ٱلْمَصِيرُ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".

Ayat yang hampir sama.

Al-Baqarah 127

Holy Quran 2:127
------------------

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِۦمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

Solat di Maqam Ibrahim adalah kerana mengenang jasa Nabi Ibrahim membina Kaabah

Kaabah bermula dr Nabi Adam, anak Nabi Adam, Nabi Ibrahim & Nabi Muhammad ﷺ membina Kaabah.

Hadis: Rasulullah dilahirkan atas berkat doa Nabi Ibrahim.

Junub - jauh

Asnam - berhala2

Maryam 41 - Holy Quran 19:41
------------------

وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ إِبْرَٰهِيمَ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.

Holy Quran 19:42
------------------

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَٰٓأَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِى عَنكَ شَيْـًٔا

Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?

Holy Quran 19:43
------------------

يَٰٓأَبَتِ إِنِّى قَدْ جَآءَنِى مِنَ ٱلْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَٱتَّبِعْنِىٓ أَهْدِكَ صِرَٰطًا سَوِيًّا

" Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.

Holy Quran 19:44
------------------

يَٰٓأَبَتِ لَا تَعْبُدِ ٱلشَّيْطَٰنَ ۖ إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ عَصِيًّا

" Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.

Holy Quran 19:45
------------------

يَٰٓأَبَتِ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِّنَ ٱلرَّحْمَٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَٰنِ وَلِيًّا

"Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka".

Tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan