Khamis, September 24, 2020

Exploring KWin for Manjaro

Looking for something like Windows 10 #PowerToys #FancyZones for #Manjaro and didn't found anything similar. Accidentally found something different but interesting to explore which is #KWin. It’s an automatic windows tiling system. If you’re on Linux, you should try too. 

installations guide is here https://www.addictivetips.com/ubuntu-linux-tips/enable-tiling-window-support-in-kde-plasma-5/

Jumaat, September 18, 2020

Khatam Al Quram


Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur'an.

Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.

Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil.

Kurniakanlah kepada kami ruang untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya.

Jadikanlah ia perisai kami.

Wahai Tuhan sekalian alam.

--

Ahad, September 06, 2020

Error 0x80041023 Solved

Masalah untuk activate Windows 10 Pro mengunakan Windows 7 Pro key kadang-kadang ada masalah bagi komputer yang tidak menggunakan digital licence. Biasanya kalau dengan Dell, masalah ini tidak berlaku. Baru-baru ini setelah install Windows 10 Pro, Windows tidak automatically detect key Windows 7 Pro. Untuk selesaikan masalah ini kena run commands wmic path SoftwareLicensingService get OA3xOriginalProductKey, kemudian tekan enter. Setelah itu boleh cuba masukkan semula key Windows 7 Pro berkenaan.

Boleh rujuk posting ini kerana masalah yang sama.

Rabu, September 02, 2020

Mendirikan Solat Adalah Sifat Orang Sabar



Mendirikan Solat Adalah Sifat Orang Sabar

Tafsir Ibnu Kasir  (QS Al-Ra'd, 13:22)

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),
Permandangan Sawah Padi Di Kampung
Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang

Firman Allah, "Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya..." Maksudnya, sabar (menahan diri) daripada melakukan perkara-perkara yang haram dan perbuatan dosa. Mereka mengelak daripada melakukan perbuatan-perbuatan itu kerana mengharap redha dan pahala yang besar daripada Allah SWT "melaksanakan solat.." dengan memelihara pelbagai ketentuannya, waktu-waktunya, rukuk dan sujud, serta kekhusyukan menepati ketentuan syariat yang diredhai. Firman Allah, "..dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka..." Maksudnya, menginfakkan harta kepada orang yang berhak mendapatkan infak itu, seperti keluarga, kerabat dan kepada orang lain yang fakir, sangat memerlukan atau miskin. "..secara sembunyl atau terang-terangan..." Tidak ada satu pun daripada keadaan itu dapat menghalang mereka untuk menginfakkan harta, sama ada pada waktu malam atau siang. Firman Allah, "..serta menolak kejahatan dengan kebaikan..." Maksudnya, mereka menolak kejahatan dengan kebaikan. Jika seseorang menyakiti mereka, maka mereka menghadapinya dengan baik, penuh sabar, serta memaafkannya. Kandungan ayat ini sama dengan firman-Nya, "..Tolaklan (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. (Surah Fussilat, 41: 34-35).

Oleh sebab itu, Allah SWT memberitahu kepada mereka yang mendapat kebahagiaan dan mempunyai sifat-sifat yang baik, bahawa mereka akan memperoleh pengakhiran yang baik, kemudian Allah menjelaskan pengakhiran yang baik ini pada ayat berikutnya, iaitu) syurga-syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh daripada nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka daripada semua pintu; (sambil mengucapkan), "Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu." Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu. (Surah Al-Ra'd, 13: 23-24) (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur'anil Azimi, Jilid 8, 1421 H/2000 M: 135).

Hadis Nabawi

Abu Daud berkata, daripada Huzaifah r.a., dia berkata, "Apabila Nabi SAW tertekan disebabkan sesuatu urusan, maka Baginda mengerjakan solat." (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Dawud, Juz 2, No. Hadis 1319, 1418 H/1997 M: 54).