Khamis, Mac 10, 2022

Seiko 5 SNK063 (7S26-01H0)

Assalamualaikum,

Dua minggu pertama bulan Syaban 1443H ini akan bersama jam Seiko 5 ini. Telah jadi kebiasaan untuk tukar jam setiap dua minggu mengikut bulan Islam. Antara sebabnya supaya kita aware tarikh dan bulan bagi kalendar hijri. Jadi sebenarnya aku tukar jam setiap hilal dan setiap bulan penuh.

Jam ini dibeli semasa berumrah pada tahun penghujung 2015, masa tu sangat minat Seiko dan minat juga arabic dial. Jadi bila jumpa kedai yang jual jam ini terus beli. Sangat puas hati dengan jam ini cuma jam automatic ni kena diservice dalam sela masa tertentu supaya waktu nya tidak melambat. Jam ni dah mula melambat dalam 3 minit dalam sehari. 

Bila rajin nanti boleh bawa pergi service.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan