Monday, March 14, 2022

Uninstall Avast Free Antivirus

Avast Free Antivirus
Assalamualaikum, pagi ni guna laptop ThinkPad T400. Selalu akan rotate penggunaan laptop sebab ada beberapa laptop. Kebanyakaan laptop lama yang terus dijaga dengan baik, walaupun lama kebanyakan kerja masih boleh dibuat oleh laptop lama, cumanya kena pandai tune dan upgrade mana yang perlu diupgrade. Laptop T400 ini dikuasakan dengan Intel(R) Core(TM)2 Duo CPU T9400 @ 2.53GHz. Antara CPU C2D generasi akhir sebelum Intel memperkenalkan Core i3, i5 dan i7. 4GB RAM dan menggunakan HDD dan Windows 10. Masih ada ruang untuk upgrade terutamanya RAM dan SSD. 

Pagi ini telah uninstall Avast Free Antivirus dah memilih untuk menggunakan Microsoft Defender Antivirus yang datang bersama Windows 10. Sebenarnya bagi Windows 10 dan Windows 11, tidak perlu install third party antivirus kerana Microsoft Defender Antivirus adalah memadai. Cuma sebagai pengguna kena ada common sense apa yang boleh diklik dan apa yang tak boleh. Hati-hati dalam nak menginstall sesuatu software dan kena selalu buat Windows Update. InsyaAllah akan selalu selamat. 

No comments:

Post a Comment