Memaparkan catatan dengan label Richmond. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Richmond. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 18, 2022

New Zealand Trip 2022 Part 5

Assalamualaikum. Sambung balik posting dari Bahagian 4 berkaitan trip ke New Zealand pada awal September yang lalu. Agak lama tergendala siri posting kerana agak sibut menguruskan kerja rasmi dan kerja2 tidak rasmi. Jika bahagian 4 banyak berkisar tentang Abel Tasman National Park, Bahagian Kelima ini akan sentuh satu lagi national park iaitu Paparoa National Park. Paparoa National Park tidaklah sebesar Abel Tasman tetapi keunikannya amatlah menakjubkan.

Seperti biasa kami mula bertolak dari Richmond pada waktu pagi setelah bersarapan di motel. Dalam perjalanan kami singgah ke satu tempat persinggahan berhampiran Wesport. Pada permulaannya kami sepatutnya ada satu lagi tempat  menginap di sekitar Wesport bagaimana pun kami skip untuk terus ke Greymouth. Di tempat persinggahan itu kebetulan terdapat sungai dan jambatan gantung yang cantik. Air sungainya jernih sekali. Jambatan yang dimaksudkan adalah The Blair T Gough Bridge. 

Setelah berehat2 dan meregangkan otot di situ perjalanan diteruskan ke Paparoa National Park. Kawasan persinggahan ini amat cantik di mana kami singgah di satu jurang berdekatan Laut Tasman, permandangannya sangat cantik. Terdapat laluan pejalan kaki dibuat untuk meninjau kawasan ini. Terdapat batu2 yang berlapis2 seakan seperti pancake yang berlapis. Tempat ini dikenali sebagai Pancake Rock. Di bahagian bawahnya ombak kuat menghempas batu2 dan lubang2 yang terbentuk. Lama juga kami menghabiskan masa di sini untuk menikmati keindahan ciptaan Allah. Kalau dunia pun ada tempat cantik begini bagaimana pulalah keindahan syurga yang selalu disebut di dalam Al-Quran di mana sungai2 mengalir di bawahnya. 

 

Aktiviti menyusun barang

Terjumpa Jambatan Gantung


Menikmati keindahan alam

The Blair T Gough Bridge

Paparoa National Park

Sungguh cantik sekali kawasan ini, kadang tergambar2 keindahannya

Ombak kuat menghempas ke tebing batuan

Tasman Sea

Nampak batu2 ini seperti pancake yang berlapis2

Sampai ke motel berdekatan Greymouth, di belakangnya ada kandang kuda dan kudanya garang sekali!

Bersambung lagi ke Part 6 InsyaAllah. 

Isnin, September 26, 2022

New Zealand Trip 2022 Part 4

Assalamualaikum, sambung lagi siri blog post berkenaan trip ke New Zealand pada awal September 2022. Post ini adalah bersambung dari Part 3. Susah juga nak memblog guna blogger ni terutamanya bila nak masukkan gambar dari iPhone. Google tak sediakan official app untuk iOS. Mungkin mereka tak fokuskan service Blogger ni berbanding service2 mereka yang lain.

Setelah bermalam di Richmond, pagi itu kami ke Kaiteriteri Beach dalam Taman Negara Abel Tasman. Dari awal perancangannya memang bercadang nak lakukan aktiviti di Abel Tasman National Park ni bagaimanapun tak banyak aktiviti yang sesuai dengan cuaca yang masih winter walaupun dah masuk spring. Malam sebelum tu sibuklah mencari cruise yang boleh bawa ronda Abel Tasman National Park. Kos untuk cruise ni agak tinggi walau bagaimanapun rasa macam agak kosong trip ni kalau tak rasai naik cruise. Sebelum ini pernak menaiki cruise di Milford Sound sewaktu winter dan rasa sangat berbaloi.

 

Kaiteriteri merupakan pintu masuk ke Taman Negara Abel Tasman.

Awal-awal dah disajikan dengan permandangan pantai yang cantik dan bersih

Peluk sikit sebab sejuk pagi2 ni


Menunggu bot sampai

 

Ada sign board Split Apple Rock, kami sampai ke sini dengan cruise, boleh juga tracking bagaimanapun katanya banyak track yang rosak akibat ribut yang berlaku

Siap bawa belakan apa yang patut maklumlah susah nak mencari makanan yang halal

Menikmati keindahan alam yang sungguh mempersonakan


Cari internet tak dapat2

Inilah dia Apple Split Rock. Nampak seperti buah Apple yang dibelah

Terdapat juga pulau2 di sekitar

Satu formasi akibat pergerakan bumi dan hempasan ombak. Dikatakan jika berkayak dan air sedang pasang kita boleh melalui lubang yang terbentuk itu

Penampakan seal atau anjing laut sedang berjemur

Pelbagai formasi batu akibat pelbagai fenomena selama beribu2 tahun

Seiko Diver Monster Vampire menemani sepanjang trip ini

Pemandangan Kaiteriteri Beach dari arah laut

Balik dari Abel Tasman kami singgah di satu persinggahan di Motueka

Bergambar di tepi sungai yang kurang airnya ketika ini

Sesampai di Motel dah nak masuk Asar, ingat nak berjemaah di sebuah Masjid di Nelson tapi malangnya tidah buka dan tiada jemaah

Mungkin masjid ini berfungsi di waktu2 tertentu sahaja atau mungkin hanya ketika Solat Jumaat kerana ada hall di sebelah tengah bangunan ini.

 Bersambung lagi ke Part 5...

Khamis, September 22, 2022

New Zealand Trip 2022 Part 3

Assalamualaikum, sambung sikit dari Part 2. Nampaknya trend satu hari satu post. Kena kuatkan keazaman untuk terus mengepos walaupun kadang ada benda yang buat kita hilang mood.

Setelah bermalam di Blenheim, keesokan paginya kami bercadang untuk bertolak ke Nelson. Bagaimanapun malam tu sempat search2 apa yang menarik kat Blenheim ni, rupanya esok pagi ada Blenheim Farmers Market. Ke situ dululah kami pada pagi tu.  Banyak gerai2 dibuka untuk menjual produk pertanian tempatan. Semuanya segar2 baru dipetik dari kebun2.

Setelah singgah ke pasar itu kami meneruskan perjalanan ke Nelson, kami singgah sebentar di Westport untuk mengisi minyak. Di Nelson ada jumpa sebuah kedai kebab yang halal jadi kami singgah untuk mengisi perut sebelum check in Motel di Richmond tidak jauh dari Nelson. Di sebelah petangnya kami menghabiskan masa melayan sunset di Tahunanui Beach.

 

Ada juga gerai yang menjual kopi

Sayuran segar dan pelbagai produk seperti cheese dijual

Apple segar yang murah

Blenheim farmers Market

Sampai di Nelson ada jumpa kedai Kebab. Kebabnya tiada salad jadi minta salad tambahan dan sos percuma.

Check in Motel di Richmond tak berapa jauh dari Nelson.

Melayan sunset di Tahunanui Beach

Apa yang disembangkan tu?

Mengamati keindahan ciptaan Allah

Eryna minta aku tulis nama kawan2 dia di pasir pantai

 

Bersambung ke Part 4...