Wednesday, June 21, 2023

Jom Derma Darah

Assalamualaikum semua. Setelah terhenti sekejap dari mengepos apa2 entri baharu akhirnya ada jua kekuatan untuk mengupdate lagi si sini. Hari ni nak update sikit pasal aktiviti menderma darah pagi tadi di Hospital Seberang Jaya. Sebenarnya aku selalu jugalah menderma darah, cuma dah terhenti sekejap dalam 7 bulan sebab ada sekali tu aku tak lepas untuk menderma darah. 

Semalam sewaktu nak balik kerja terperasan ada staf bank darah pasang banner untuk program ni. Sebenarnya hari2 biasa pun kita boleh menderma darah cuma kali ni dibuat istimewa sedikit kerana pada 16 Jun adalah diisytiharkan Hari Derma Darah Sedunia. Ada juga penyertaan dari syarikat luar iaitu Bank Muamalat dan juga Vico untuk kempen kali ini.

Pukul 8.30AM aku dah sampai ke tempat kempen ini dijalankan, sambil2 aku tengok2 projektor lepas tu aku terus isi borang. Jadilah aku penderma pertama untuk program kali ini. Berpeluang juga untuk sembang2 kecil dengan boss Bank Darah. Disebabkan saringan lepas dan cantik bacaannya dapatlah aku jadi peserta paling awal. Bagi yang tak pernah derma darah mungkin tertanya2 apa rasanya? Jawapannya tak rasa apa pun, waktu cucuk jarum tu sama sahaja macam cucuk jari nak vaksin tu. Prosesnya sekejap sahaja dan hanya 450ml sahaja darah diambil. Sebelum menderma sama rasanya dengan selepas menderma. Cuma lepas menderma tu minumlah minuman manis sikit contohnya Vico ke. 

Selepas menderma ada dapat goodies iaitu payung, sebenarnya boleh pilih dari baberapa item dan aku pilih payung. Boleh guna teruskan. Selain itu dapat juga RM50 dalam bentuk bukan akaun Bank Muamalat. Nanti nak kena pergi ke bank untuk bukan akaun. Dah siap derma darah jangan lupa set reminder untuk menderma lagi selepas tempoh 3 bulan. 


Program Derma Darah Hospital Seberang Jaya 2023
Ada 6 kerusi derma darah disediakan
Naik takhta penderma nombor satu
Proses pendermaan darah sedang dijalankan
Sembang2 sikit dah siap
Dah siap kena rehat dalam 5 minit supaya tempat cucuk tu tutup balik, ada time kadang boleh meleleh darah kat tempat cucuk tu
Kita dapat payung warna oren
Dapat juga candle wangi ni

Sekian dahulu, terima kasih kerana membaca postingan ini dan komen adalah dialualukan. 


12 comments:

  1. Alhamdulillah, walau tuan cakap dh kurang update blog tapi saya lihat penuh list blog tuan berbanding saya yang tidak aktif langsung 🤣👍 semoga tuan sihat sejahtera disamping keluarga tersayang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru sahaja nak mengaktifkan diri semula. Mungkin sebab dah bosan dengan platform2 media sosial yang meriahnya sekejap kemudian akan lenyap ditelan zaman bila muncul platform2 lain.

      Delete
    2. platform yang sedia ada ni pun makin bercelaru ibarat seperti kejutan budaya . platform kini ibarat juga menjadi pentas drama darah muda menabur janji . walau pe pun semoga tuan diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya dlm blogspot

      Delete
  2. baguslah tuan..derma darah dapat menyelamatkan nyawa orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar membantu selagi boleh. Bila kita sendiri dah tak boleh kita akan mengharapkan orang lain pula bantu.

      Delete
  3. Aduhai. Lama dah tak derma darah. BUku merah yang lama ada lagi ni. Boleh guna lagi ke ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih boleh guna, boleh minta mereka key-in dalam sistem.

      Delete
  4. jujur ckp sy ni x pernah derma darah sbb cpt pening kalau tgk darah hehehe... harap suatu hari perasaan ni berubah dan dpt derma utk yg memerlukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You can do it! Google dulu mana tempat yang boleh derma darah.

      Delete
  5. Dah lama tak menderma darah sejak ada penyakit darah tinggi. Walaupun ambik ubat, tapi bacaan tekanan darah masih tak cantik. Apapun semoga berpeluang menderma darah lagi masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun motivasi sebenarnya bila nak menderma darah. Menderma sementara masih boleh dari segi kesihatan.

      Delete
  6. Alhamdulillah derma kepada golongan yg memerlukan nanti . Lepas derma dapat goodies bag. Alhamdulillah

    ReplyDelete