Memaparkan catatan dengan label Hospital Seberang Jaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hospital Seberang Jaya. Papar semua catatan

Selasa, Disember 30, 2025

Penutup Derma Darah Tahun 2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ni aku telah merajinkan diri untuk derma darah, supaya dapat cukupkan 3 kali derma darah setiap tahun. Walaupun kita boleh derma setiap 3 bulan, biasanya untuk dapat 4 kali setahun tu susah juga kerana kadang kurang sihat, kadang baru balik dari luar negara dan kadang tu semangat tak sampai. Alhamdulillah tahun ni cukup tiga, bila aku semak balik buku derma darah, kebanyakan tahun dapat tiga kali tapi ada juga yang 2 kali sahaja. Nanti 2026 kita cuba lagi 3 kali. 

Kali ni derma darah dapat goodies berupa mug bertulis "I'm a blood donor", cantik juga mugnya. Dan macam biasa dapat air mineral 2 botol, air kotak milo 2, air kotak laici 2, biskut 4 pak kecil dan 2 pak milo 3 in one. Banyak juga tu, bolehlah jadi stok di pejabat. 

Sabtu, November 22, 2025

Projek Repair Jam Surau

Assalamualaikum dan selamat malam. Ringkas sahaja catatan kali ini sebab rancang nak tadabbur satu ayat malam ni. Hari Rabu baru ni di pejabat aku lalu depan bilik ustaz, tengok dia sedang pegang jam dinding. Rupanya dia mencari jam untuk surau. Mungkin ada tempat yang perlu diletakkan jam atau mungkin ada tempat yang jamnya telah rosak. Dia ada bagi tahu dia memang ada simpan satu jam surau saiz besar tapi dah rosak. Aku pun offer diri untuk baiki jam tu, bukanlah aku ni pandai sangat tetapi dan beberapa kali juga aku baiki jam dinding. Ada yang pernah aku blogkan dengan tajuk Projek Mengganti Enjin Jam Dinding Seiko. Kali ini jamnya tiada jenama, hanya ada tulis quartz sahaja. Disebabkan designnya cantik dan saiznya besar, rugi juga kalau tak digunakan. Aku pun lepas aku cuci-cuci dan check jam yang rosak tu aku pun order enjin jamnya. Ada pula jumpa kedai yang boleh hantar terus (same day delivery) aku pun terus beli. Petangnya enjin jam pun sampai.

Keesokan harinya, aku sampai-sampai pejabat terus buka dan pasang enjin baru, alhamdulillah dengan izin Allah hidup semula jam tu. Kena modify sedikit sebab enjinnya tak sama tapi biasanya boleh sahaja masuk cuma kadang kena adjust sedikit pada jarak antara jarum dan saiz lubang jarum. Petang tu aku bagi semula kepada ustaz, ustaz pun hairan kenapa cepat sangat siapnya. 

Rabu, Oktober 01, 2025

Bersembang Dengan Si Penjual Dangai

Kuih dangai. Gambar ihsan ikanmas.in.
Assalamualaikum dan selamat malam. Saja nak buat catatan sedikit tentang perbualan dengan seorang penjual dangai. Lepas Zohor tadi aku ke cafe untuk minum. Hujan boleh tahan lebat sebelum tu dan lepas Zohor itu pun masih renyai-renyai. Tiba-tiba rasa nak pekena teh tarik pula sejuk-sejuk ni. Aku pun belum pernah membeli di cafe ni, biasanya aku ke cafe satu lagi yang berdekatan surau.

Lepas dapat secawan teh tarik dari kaunter pesanan dan membuat bayaran, mata melilau mencari tempat. Disebabkan hujan ramai juga orang dan semua meja ada orang. Maka terpaksalah tumpang kongsi meja yang dah ada orang. Ada seorang lelaki Melayu bertopi sedang minum lalu aku pun tanya sama ada boleh duduk di meja dia tak? Dia pun ok sahaja.

Aku mulakan perbualan kerana kadang senyap tu lebih tak patut pada aku dari bercakap dengan orang yang tak dikenali. Disebabkan dia berbaju t-shirt dan jeans jadi aku jangka dia mungkin melawat pesakit kut. Dia kata isterinya di wad, baru lepas bersalin hari Ahad baru ni dan masa mandi, isteri dia pengsan. Itu yang kena tahan sampai hari ni (Rabu).  

Banyak juga yang kami sembangkan dan dia bekerja sebagai penjual dangai di Sungai Bakap, empat hari berniaga dan tiga hari lagi dia akan cari kelapa. Dangai ni bahan utamanya adalah kelapa, ia adalah kuih tradisional yang sedap juga. Terus rasa nak cari dangai ni bila-bila. Tak pasti di tempat lain ada atau tidak kuih ni kerana seingat aku setelah pindah ke Penang baru ada jumpa orang menjual kuih ni.  

Kemudian kami juga sembang pasal cara orang Melayu berniaga. Agak kagum juga aku kerana walaupun dia penjual dangai dia ada semangat yang kuat dan ilmu dia pun boleh tahan juga dalam berniaga. Mungkin datang dari keluarga yang berniaga juga tu. Tidak mustahil income dia berkali ganda dari orang yang makan gaji bulanan. 

Kami juga sembang pasal prosidur hospital, dia macam kurang puas hati bila isterinya kena tahan sampai hari ini, dia juga kata maklumat yang dia dapati tidak tetap. Mula katanya semalam dan boleh keluar, kemudian pagi tadi ada doktor kata kena tunggu sampai esok pula. Dia agak berkeras untuk bawa balik hari ini setelah result darah diperolehi. Katanya kena sign surat tanggung risiko sendiri. Aku cakaplah sekarang ni masalah juga di hospital sebab banyak kes saman-menyaman atas kecuaian. Mungkin sebab itulah doktor lebih berhati-hati. Dia pun setuju dan aku menambah kita orang yang percaya takdir ni tak perlulah nak berlebihan saman-menyaman. Walaupun kita nampak macam ada kekurangan di mana-mana mungkin ada hikmahnya yang kita sendiri tak terjangkau oleh pemikiran kita tentang aturan Allah. Aku pun ceritalah sedikit perihal cerita isteri aku setelah bersalin di Hospital Pulau Pinang (blog terbengkalai).  

Setelah itu aku pun minta diri untuk masuk ke pejabat. Semoga urusan pemuda penjual dangai ini dan keluarganya dipermudahkan. 

Rabu, April 16, 2025

Derma Darah Bilangan Pertama 2025

Jadikan sebagai aktiviti rutin.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Awal pagi tadi sempat melayari beberapa catatan pada blog-blog yang diikuti. Entah macam mana terbaca catatan berkaitan derma darah di sini. Teringat pula yang selepas masuk kerja dari cuti raya tempoh hari ada menderma darah lantaran teringin pula membuat catatan berkenaannya di sini.

Sebenarnya dalam satu tahun seorang yang selalu menderma darah pun biasanya dua atau tiga kali sahaja dapat menderma. Antara sebabnya orang yang baru balik dari luar negara perlu tunggu dahulu sebulan walaupun dari segi masanya dah boleh menderma. Dari segi masa seorang boleh menderma setiap tiga bulan. Satu lagi bulan puasa, selalunya orang kurang semangat nak derma darah di bulan puasa. Mungkin takut ada masalah apa-apa atau mungkin bulan puasa ni agak suntuk masanya dan perlu sedikit sebanyak kurangkan aktiviti. Jika seseorang menderma di bulan puasa kira hebatlah, masa baca catatan rakan blogger tu baru tahu ada juga pusat derma darah yang buka waktu malam. Bagus juga pendekatan tu kerana biasa pusat derma ni di dalam hospital dan waktu bekerja memang paling  masalah sekali ialah isu parking kereta di hospital. Kadang tu orang jadi malas nak menderma kerana masalah parking. Apapun biasanya ada juga disediakan parking untuk penderma cuma bila kena nasib tak baik kenalah juga cari parking jauh dan berisiko kena saman.

Bila aku tengok semula buku derma darah aku, baru penuh satu muka surat iaitu 15 kali derma. Sikitlah tu berbanding suami rakan blogger tu dah dekat 40 kali. Apa pun sebolehnya sementara masih layak untuk menderma ni bantulah. Perasan bulan puasa dan lepas raya stok darah amat kurang. Ada juga aku share panggilan derma darah dari Hospital Pulau Pinang di laman fb.

Jumaat, Februari 28, 2025

Bermandikan Ink Printer

Assalamualaikum dan selamat malam. Baru sahaja tadi diumumkan kita akan mula berpuasa pada hari Ahad seperti mana jangkaan mengikut kiraan. Walaupun kiraan biasanya tepat bagai manapun kita tetap perlu rukyah anak bulan seperti arahan di dalam Surah Al-Baqarah 185 yang petikannya seperti berikut; "Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu." Bermakna kena menyaksikan, jika tidak kena lengkapkan 30 hari bulan Sya'ban setelah itu baru puasa seperti yang berlaku kali ini.

Catatan kali ini berkisar perkara yang berlaku pagi tadi. Sebenarnya hari semalam ada dapat call mengatakan ada printer problem di satu unit tu. Bila dia bagitahu error yang keluar aku dah tahu apa problemnya. Ada satu model ni memang selalu ada masalah ink leaking bila absorber full. Jadi kena hantar sahaja printer tu kat bilik IT dan aku dah minta diorang hantar. Pagi tadi tiba-tiba muncul in-charge yang menjaga unit tu minta tolong untuk ambilkan kerana katanya orang di tempat tu semuanya tak pandai nak cabut cable dan hantar, aku masa tu tengah cek-cek email dan aku pun ok sahajalah untuk bantu. Lepas tu aku bawalah balik printer tu ke Bilik IT, jauh juga jaraknya antara unit tu dengan Bilik IT aku kira mungkin dalam 100m atau kurang sedikit.

Sampai di Bilik IT bila nak letak printer tu baru perasan ink tumpah keluar, cek-cek rupanya habis kena baju, seluar dan kasut aku. Nasib baik aku pakai baju hitam dan seluar kelabu gelap. Terpaksalah minta dengan boss untuk balik sekejap tukar baju. Memang kena rendam cepat-cepat kalau tidak mungkin berbekas tempat kena ink tu. Balik semula ke tempat kerja dengan baju ganti. Capai mana yang ada sahaja sebab nak cepat. Bila sampai pejabat balik kecoh sebenarnya satu hospital. Rupanya ink tu dah meleleh sepanjang perjalanan 100m tu. Sempat kena bebel sikit dengan cleaner, nak buat macam mana bukan salah aku pun huhuhu. 

 

Selasa, November 26, 2024

Pemeriksaan Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya

Assalamualaikun dan selamat petang. Sepanjang pagi tadi sampai ke tengah hari pekerjaannya ialah membuat pemeriksaan bangunan baharu Hospital Seberang Jaya khususnya mana yang di bawah territory Unit IT. Dah lama menunggu bangunan ini siap, katanya delay sampai 8 tahun dari tarikh asal. Pagi tadi kami dijadualkan untuk membuat pemeriksaan, cari mana-mana defect pada kawasan IT. Apa yang menariknya ada bilik komputer, bilik server yang luas cuma bilik pegawai yang proper hanya ada satu sahaja. Tengoklah nanti macam mana nak susun. Banyak juga jumpa defect, cuma tak pastilah sama ada akan dibetulkan semuanya atau tidak. Mahu tak mahu kena pindah jugakan.

Khamis, Jun 13, 2024

Internet Down Satu Hospital

Assalamualaikum dan selamat pagi Khamis. Mungkin ramai yang berpuasa pada hari ini kerana berpuasa pada 1-9 Zulhijjah amat digalakkan kerana 10 hari pertama Zulhijjah merupakan hari yang paling agung dalam Islam. Saya ada buat catatan mengenainya pada catatan terdahulu. Catatan pagi ini ialah berkenaan perkara yang berlaku pada malam tadi. Pertamanya lepas balik dari kerja semalam aku singgah di gerai menjual satay ayam dan daging. Masa tu kedai baru nak buka dan aku adalah pelanggan pertama. Aku dapati rasa satay ayam kali ini agak pelik, aku sudah banyak kali juga membeli satay di gerai ni. Apa yang boleh aku fikirkan mungkin sataynya kurang lama dibakar kerana hendak cepat. Sepatutnya kena pastikanlah betul-betul masak dahulukan sebelum dibungkus untuk pelanggankan?

Yang keduanya sebelum Maghrib aku dapat mesej mengatakan seluar yang aku hantar untuk potong dan kecilkan sedikit kakinya dah siap, bila aku sampai di kedai selepas Maghrib sekali kedai tutup. Rupa-rupanya kedai ni buka dari jam 5 petang sampai 11 malam tetapi antara jam 7-9 malam tu ditutup. Fahamlah waktu untuk Maghrib/ makan dan Isyak tetapi pada papan tanda operasinya ditulis 5 petang - 11 malam. Dah terkeliru aku dibuatnya. Aku datang semula selepas Isyak dan ambillah 2 pasang seluar tu dengan upah RM30. 

Yang ketiganya aku ke airport untuk mengambil puan isteri yang balik dari KL. Beginilah kehidupan PJJ, dia ada kerja di Perlis pada hari ini jadi dapatlah dia balik lebih awal. Hujung minggu lepas dia tak balik sebab ada kerja di Sabah, cabaran betul rasanya. Kena banyak bersabar. Dalam menunggu ketibaannya di airport tu tiba-tiba dapat mesej mengatakan ada masalah internet di hospital tempat aku bekerja. Tak lama lepas tu, masa dalam perjalanan ke rumah boss pun telefon minta tengokkan. Bila disemak perkakasan dan rangkaian semuanya nampak ok tetapi bagi user internet tidak dapat diakses. Sebelum itu ada power trip dan biasanya kalau masalah internet ni power trip adalah antara punca utama. Sedang duk troubleshoot, tiba-tiba power trip lagi. Haish jenuhlah macam ni, sampai bila pun tak akan selesai. Tetapi selepas 3 kali power trip sekali internet dah ok balik. Risau juga kadang-kadang disebabkan power trip perkakasan boleh rosak. Aku check dengan user dan selepas tu aku pun balik. Sampai rumah hampir pukul 3 pagi. Sekarang tengah kerja dengan kepala yang ting tong sebab tidur lebih kurang 2 jam sahaja.

Rabu, Oktober 11, 2023

Menemani Kawan Yang Kemalangan

Assalamualaikum semua, semoga sentiasa dalam keadaan aman selalu. Dua tiga hari ini agak bermuram durja dan marah dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin terutamanya di penjara terbuka Gaza. Israel pasti akan menggunakan segala persenjataan mereka yang canggih untuk membunuh ramai rakyat Palestin. Semoga Allah menyelamatkan mereka rakyat Palestin, memecah belahkan musuh2 Islam dan memudahkan penguasaan sepenuhnya Baitulmaqdis.

Pagi tadi mendapat perkhabaran ada seorang rakan yang bertugas di Hospital Pulau Pinang kemalangan jalanraya. Sewaktu dalam perjalanan menaiki motosikal dari Kulim ke tempat kerja terdapat sebuah kereta yang tiba2 menghimpatnya ke tepi untuk mengelak kereta lain di hadapannya. Akibatnya kawan tak dapat mengelak selain ke tepi dan melanggar pembahagi jalan sebelum susur ke Jambatan Pulau Pinang.

Sungguh malang itu tidak berbau, walaupun kita bawa elok2 kadang2 ada perkara lain yang menyebabkan berlakunya kemalangan. Setelah jatuh terseret ke jalan dan pembahagi jalan dia di kejarkan ke Hospital Seberang Jaya tempat aku bekerja. Jadi bila tahu sahaja dia berada di Kecemasan aku terus bergegas untuk melihat keadaannya. Dia diperiksa dan diberikan 2 suntikan sebelum lukanya dijahit. Lama juga masa yang diambil untuk menjahit luka di jari2 tangannya. Aku tak sanggup untuk melihatnya. 

Setelah itu dia dibawa ke Radiologi untuk di xray, hasilnya ada 1 tulang patah pada tangannya. Boleh tengok gambar di bawah. Kadang2 orang suka ambil mudah bab xray ni, kalau tak sakit makanya tak rasa nak buat xray hakikatnya kena juga buat sebab kita tidak tahu takut ada yang patah. Setelah itu dia terus kena buat plaster supaya pergerakan tulang dapat kurangkan untuk membolehkan tulang yang patah bercantum semula. 

Menginsafkan jugalah bila kita dapat ziarah dan menemankan orang sakit ni. Semoga kita terhindar dari musibah2 sebegini. Bagi yang selalu bawa motosikal harus selalu berhati2, relaks2 sahaja bawa motosikal tu. Umur pun dah makan banyak manakala amalan pula yang tidak banyak. Semoga kawan tu cepat sembuh. Hampir sebulan juga dia akan berehat sebelum jumpa doktor semula untuk melihat kepatahan tulang itu. 

Khamis, Oktober 05, 2023

Refleksi Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023

Assalamualaikum semua para pembaca blog ini. Pagi ini nak update sikit blog ini pasal Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023 yang telah selesai dengan jayanya semalam. Sebelum2 ini aku ada update pasal konvensyen ini dalam blog ini. Entah macam mana dari awal telah dipilih untuk membantu menjayakan event ini, bermula dengan mewujudkan website konvensyen, mempromosi, menguruskan pendaftaran, menjana resit bagi yuran pendaftaran, menjana sijil, dan menjaga slide di hari kejadian. Sejujurnya aku tak biasa nak menguruskan benda2 ni jadi sepanjang 3 bulan ni banyak jugalah yang dapat dipelajari. 

Urusan2 ni kadang2 tu membuatkan kita stress dan mengganggu juga kerja hakiki, sampaikan waktu ke Ho Chi Minh minggu lepas pun aku usung juga laptop kut2 ada benda yang perlu diselesaikan. 

Konvensyen ini diadakan di Bertam Resort Penang, hari Isnin tu baru dapat tengok situasi tempat. Suspend betul bila tengok ballroomnya yang besar dan cantik betul. Paling mendebarkan ialah pada hari pertama konvensyen di mana terdapat majlis perasmian yang dihadiri oleh para VIP dan juga orang kementerian. Alhamdulillah tidak banyak isu dan semua dapat ditangani dengan baik.

Selepas perasmian dah kurang sikit tekanannya dan slot demi slot dilalui dengan kemas sehingga ada juga yang memuji flow audio video yang nampak seperti profesional. Selain itu dapat juga menumpang dengan pelbagai kupasan ilmiah berhubung fiqh perubatan. Jika ada yang teringin atau berminat boleh cari zonkuliah di facebook, rakaman ada dibuat bagi event ini.

Sekian dahulu, mohon maaflah kerana terketinggalan keretapi untuk singgah blog2 hangpa semua dan mengomen sedikit sebanyak. Enjoy gambar2 dan caption2 di bawah.  

Selasa, September 05, 2023

Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023 Pada 3-4 Oktober Di Bertam Resort Penang

Poster Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023

Assalamualaikum semua, semoga berada dalam sihat wal afiat. Pagi ni nak pos kat blog ni berkenaan Konvensyen Fiqh Perubatan Kebangsaan 2023 yang akan di adakan pada 3-4 Oktober 2023. Maknanya dalam 3 minggu sahaja lagi konvensyen ni akan berlangsung. Konvensyen ini akan di adakan di Bertam Resort Penang. Ya tempat yang ada waterpark tu. Konvensyen ini dianjurkan oleh Hospital Seberang Jaya. Yang menariknya speaker2 bagi konvensyen ni semuanya adalah orang2 yang tersohor.

Aku telah terlibat secara langsung dalam konvensyen ni sebagai AJK Promosi dan membantu juga hal-hal lain seperti pendaftaran. Ini kali pertama terlibat dalam konvensyen yang sebesar ini. Peserta adalah terbuka kepada orang awam tertutamanya yang berminat dengan fiqh perubatan.

Agak sibuk jugalah dalam dua tiga bulan ni bermula dengan menyiapkan laman web bagi konvensyen ini, kemudian memikirkan flow untuk pendaftaran individu dan berkumpulan, semakan pembayaran dan menjana resit pembayaran. Banyak juga isu yang timbul dalam menguruskan perkara2 ni. Jumlah bilangan peserta yang mendaftar setakat ini ialah 110 orang. Pendaftaran masih terbuka kepada yang berminat. 

Jika ada pembaca blog ini yang berminat untuk sertai boleh pm tepi. Jika nak bantu war-warkan kepada kenalan terutamanya yang terlibat dalam bidang perubatan pun sangat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

Isnin, Julai 03, 2023

Korban 1444H

Assalamualaikum teman2 semua. 

Rasa bersalah pula jika tidak update pasal Hari Raya Aidil Adha baru2 ni. Semestinya ibadah korban sangat sinonim dengan Hari Raya Aidil Adha. Tahun ini aku berkorban di jabatan tempat aku bekerja. Jumlah keseluruhan lembu yang dikorbankan ialah sebanyak 3 ekor. Nilai korban bagi satu bahagian adalah RM850, nilai ini adalah termasuk keperluan pengurusan seperti beli barang berkaitan. Selain dari menjadi peserta bagi iabadah korban aku juga terlibat bertugas. Dulu2 selalu bertugas di Madrasah Al-Hilaliah, Gombak Setia dan ini kali pertama aku bertugas secara rasmi di sini. 

Apa yang menariknya bila bertugas ni, kita dapat belajar benda2 baharu. Bab2 pembahagian yang selalu orang konfius pun kita boleh belajar sama. Program ini dijalankan pada hari Ahad iaitu hari tashrik terakhir. Cepat selesai proses pembahagiannya kerana lembu dah siap disembelih dipusat penyembelihan. Lembu pun agak besar kali ni, jadi banyaklah dapat hasil daging lembunya. Selesai pembahagian aku pun balik ke rumah untuk menghantar bahagian peserta. Kononnya nak balik semula kerana ada majlis penyerahan dan makan tengah hari tapi tak jadi nak datang semula sebab menguruskan daging dan tulang2 di rumah pula.

Tengah hari tu dapatlah merasa makan sup tulang dengan agak mewah sedikit. Enjoy gambar2 di bawah, sebahagian gambar2 adalah ihsan Ustaz Mohamad Alif Ishak.

Rabu, Jun 21, 2023

Jom Derma Darah

Assalamualaikum semua. Setelah terhenti sekejap dari mengepos apa2 entri baharu akhirnya ada jua kekuatan untuk mengupdate lagi si sini. Hari ni nak update sikit pasal aktiviti menderma darah pagi tadi di Hospital Seberang Jaya. Sebenarnya aku selalu jugalah menderma darah, cuma dah terhenti sekejap dalam 7 bulan sebab ada sekali tu aku tak lepas untuk menderma darah. 

Semalam sewaktu nak balik kerja terperasan ada staf bank darah pasang banner untuk program ni. Sebenarnya hari2 biasa pun kita boleh menderma darah cuma kali ni dibuat istimewa sedikit kerana pada 16 Jun adalah diisytiharkan Hari Derma Darah Sedunia. Ada juga penyertaan dari syarikat luar iaitu Bank Muamalat dan juga Vico untuk kempen kali ini.

Pukul 8.30AM aku dah sampai ke tempat kempen ini dijalankan, sambil2 aku tengok2 projektor lepas tu aku terus isi borang. Jadilah aku penderma pertama untuk program kali ini. Berpeluang juga untuk sembang2 kecil dengan boss Bank Darah. Disebabkan saringan lepas dan cantik bacaannya dapatlah aku jadi peserta paling awal. Bagi yang tak pernah derma darah mungkin tertanya2 apa rasanya? Jawapannya tak rasa apa pun, waktu cucuk jarum tu sama sahaja macam cucuk jari nak vaksin tu. Prosesnya sekejap sahaja dan hanya 450ml sahaja darah diambil. Sebelum menderma sama rasanya dengan selepas menderma. Cuma lepas menderma tu minumlah minuman manis sikit contohnya Vico ke. 

Selepas menderma ada dapat goodies iaitu payung, sebenarnya boleh pilih dari baberapa item dan aku pilih payung. Boleh guna teruskan. Selain itu dapat juga RM50 dalam bentuk bukan akaun Bank Muamalat. Nanti nak kena pergi ke bank untuk bukan akaun. Dah siap derma darah jangan lupa set reminder untuk menderma lagi selepas tempoh 3 bulan. 

Isnin, Mei 29, 2023

Helmet Kena Curi

Kesan potongan pada tali topi keledar, terkena juga torehan pada seat.

Helmet yang pencuri tinggalkan. Lusuh dan dah koyak2 dalamnya. Ntah2 helmet curi juga.

Assalamualaikum. Menyirap betul rasa bila helmet kena curi. Seingat-ingat aku ini kali ketiga helmet kena curi sepanjang hidup ini. Kejadian yang terkini ni berlaku kat tempat kerja di Hospital Seberang Jaya. Dah 3 tahun lebih bekerja di sini dan ini kali pertama helmet kena curi di parkir staf. Kalau diikutkan beberapa meter sahaja dari pondok keselamatan dan berada di tengah-tengah kawasan tempat bekerja. Helmet yang dicuri bukanlah helmet yang mahal harga beratus-ratus. Helmet tu harganya memang tak sampai seratus. Tidak tahu apa yang menarik dengan helmet merah tu mungkin kerana selalu lap bagi berkilat lalu ia nampak baharu selalu. 

Helmet yang hilang ni memang dan ikat ke bawah seat jadi nak mencurinya tu nak kena potong tali nylon. Ini satu lagi kemusykilan, macam mana orang yang mencuri tu nak pakai balik helmet tu kerana tali dah tak ada. Gigihlah dia nak kena cari tali nylon yang sama saiz dan perlu jahit balik supaya boleh diikat. Kejadian pula berlaku pada hari Jumaat yang mulia. Nak kata terdesak tak ada helmet, pencuri itu tinggalkan pula helmet lain yang buruk kat motor aku. Makna kata dia memang dah ada helmet. Hanya mungkin kerana sudah buruk tau tidak pandai menjaga helmet.

Terpaksalah aku balik ke rumah dengan tidak memakai helmet. Nasib baiklah rumah tidak berapa jauh dan ada jalan dalam yang boleh diikuti. Ku pujuk-pujuk juga hati ini bahawa ini bahawa ini hanya kehilangan kecil sahaja. Ada lagi kehilangan-kehilangan yang lebih besar akan berlaku kerana kehidupan dunia ini seluruhnya adalah ujian dan tiada satu ada pun merupakan milik kita selamanya. 

Petang tu terus beli helmet baharu. Lepas ni mungkin kena bawa masuk ke pejabatlah helmet kalau tak mungkin kena rembat lagi.

Khamis, April 13, 2023

Program Bubur Lambuk

Pagi tadi terlibat dalam Program Bubur Lambuk untuk Warga Hospital Seberang Jaya. Lama juga mengacau bubur lambuk ni. Dapatlah tengok macam mana orang buat bubur lambuk dari mula sampai siap. Lepas tu packing untuk diberikan kepada Warga Hospital Seberang Jaya. Masih keletihan, dalam pukul 1 tadi sempat lelap sekejap sementara menunggu waktu Zohor. Selain dari bubur lambuk mereka juga buat kerabu mangga untuk geng2 petugas.

Salah satu periuk dari empat periuk semuanya

Bergambar bersama Ustaz Alif

Yang ini bubur lambuk ayam.

Penat mendayung tak sampai-sampai

 Berbuka nanti boleh makan bubur lambuk.

Khamis, Oktober 27, 2022

Projek Public Wifi Hospital

Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam entry kali ini. Cuma nak update pasal satu projek inisiatif KKM di mana di fasiliti kesihatan akan diwujudkan kemudahan wifi percuma untuk orang awam. Mungkin inisiatif ini munkin agak ketinggalan tetapi sejujurnya keseluruhan hospital memerlukan kemudahan internet yang lebih baik sekurang2nya perlu ada backup untuk talian sedia ada. 

Akhir2 ini seperti ada ledakan kepada keperluan internet tetapi bandwidth tidak dipertingkatkan. Pelbagai internet connected device muncul setiap hari memerlukan initernet. Diharap permulaan kecil ini akan dapat dilanjutkan ke fasa2 seterusnya agar keseluruhan kawasan hospital mendapat akses kepada perkhidmatan wifi awam ini.

Aku macam biasa terpaksa bekerja hujung2 minggu untuk projek2 macam ni. Redha sahajalah walaupun tidak boleh claim kerja overtime dan rugi masa bersama keluarga.

 

Unboxing rack 9u

Lokasi pemasangan wireless AP pertama

Seronok tengok depa crimping, expert pun tetap tak lepas dari melakukan kesilapan

Pastikan rack level

Siap dipasang, tunggu TM masukkan UniFi 800MB

 Nantikan kemunculan perkhidmatan internet percuma ini.

Isnin, Mei 18, 2020

Menenangkan Minda di Taman Terapeutik Hospital Seberang Jaya





Selain dari bekerja dan merehatkan badan, minda juga perlu berehat dari berfikir yang berat-berat. Di hospital-hospital kerajaan biasanya ada disediakan Taman Terapeutik. Taman ini diwujudkan bukan sahajan untuk pesakit atau pelawat ia juga digalakkan digunakan oleh pekerja di hospital sendiri. Cumanya janganlah lama-lama nanti boss nampak bising pula boss atau pengarah nanti.

Jumaat, April 10, 2020

Sunway donates RM1 million to National Covid-19 Fund and amps up relief efforts

Sunway donates RM1 million to National Covid-19 Fund and amps up relief efforts

In addition, more than 25,000 hygiene items including blankets, shower gel, shampoo, dental kits, small pillows and kitchen gloves were donated to Hospital Sungai Buloh in Selangor and Hospital Seberang Jaya in Penang. The aid is expected to benefit at least 5,000 individuals and help hospitals cope with an increasing number of patients during this time.
Banyak juga Hospital Seberang Jaya dapat sumbangan daripada syarikat-syarikat luar.

https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/583074/sunway-donates-rm1-million-national-covid-19-fund-and-amps-relief-efforts

Jumaat, Februari 14, 2020

Hari Akhir di Hospital Balik Pulau

Bismillah. Hari ini merupakan hari akhir saya bertugas di Hospital Balik Pulau setelah bertugas dari 24 Disember 2018. Akan bertukar ke Hospital Seberang Jaya pula selepas ini. Ini berikutan pertukaran suka sama suka 3 penjuru di mana jarak rumah dan tempat kerja 3 staf ini dipertimbangkan. Semoga pertukaran ini adalah sesuatu yang baik pada kami bertiga. Apa pun kami akan selalu juga berjumpa kerana masih di bawah kementerian yang sama.

Last day in Hospital Balik Pulau
Second last day in Hospital Balik Pulau
Masa mengangkut barang hujung minggu hari tu, Anjung Indah Balik Pulau
Ini menjadi penempatan ketiga dalam perkhidmatan awam, sebelum ini 5 tahun di Institut Tanah dan Ukur Negara. Alhamdulillah dah dekat dengan keluarga Allah bagi dekat lagi.