Khamis, Julai 20, 2023

Trip Awal Muharam ke Kuala Lumpur

Assalamualikum teman2. 

Nak blogkan sikit berkenaan trip ke KL yang masih lagi berlangsung sekarang ni. Kiranya macam live blogginglah kan. Instant update. Sebenarnya risau kalau diperam2 nanti hilang semangat nak mengepos entry ini. Kisahnya semalam bertolak dari Penang ke KL dengan menaiki flight Firefly. Rasanya ni kali ketiga naik flight Friefly. Kapal terbangnya kecil sahaja, seat ada 4 sahaja satu row. Ya betullah tu macam bas ekspress dulu2. Pertama dulu masa perjalanan KK ke Tawau, yang kedua Penang ke KB dan ini yang ketigalah. Siapa yang pernah merasa sahaja yang tahu debarannya sewaktu nak berlepas dan mendarat. In fact semalam semasa nak mendarat pilot tak nampak landasan katanya sebab cuaca kurang baik. Terpaksa berlegar di Selatan Subang dahulu untuk mendarat. Debarannya sungguh kuat, Istighfar sahajalah banyak2 sepanjang proses itu sehinggalah kapal terbang selesai mendarat. 

Tujuan aku dan isteri ke KL ni ialah sebab menemankan dia yang bertugas mengaudit di Universiti Geomatika Malaysia. Kebetulan semalam 1 Muharram jadi cuti. Aku ambil cuti rehat hari Khamis dan Jumaat untuk membolehkan aku ikut. Cuti2 pun kadang aku kena buat kerja juga sebab sekarang tengah sibuk menyiapkan web Konvensyen Figh Perubatan Kebangsaan 2023 anjuran Hospital Seberang Jaya melalui Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah dan Jawatan Surau Al-Mukmin, HSJ. Kalau hangpa nak join boleh roger. Di KL kami menginap di Tamu Hotel & Suite di Kampung Bharu. Ini yang penganjur tetapkan untuk auditor. Aku suka ja hotel ni sebab senang nak makan dan boleh pi masjid tiap waktu. Lokasinya bertentangan dengan Masjid Jamek Kampung Bharu. 

Selepas rehat2 petang semalam, lepas Maghrib dan jamak Isya di masjid kami pun jalan2 cari makan di lorong yang ada gerbang Daulat Tuanku tu. Teringin nak makan nasi sebab seharian tak jumpa nasi lagi semalam tu. Jadi kami usha2 kat jalan tu, nampak satu kedai ni ramai orang duk menunggu dan ada pekerja yang arrangekan mana seat yang kosong. Mulanya nak beralih dah mencari kedai yang lebih lengang sebab takut lambat kalau kedai yang ramai orang ni. Tapi tiba2 ada meja kosong dan kami pun masuk dah orderlah makanan ala Siam. Rupa2 kedai ni Suraya Seafood. Kalau tak silap dari dulu dah ada cuma sebab dan renovate jadi nampak lainlah. Kami order sup perut, sotong masak halia, kerabu mangga dan kerang bakar. Sedap sekali masakannya, memang rasa keaslian masakan Siam. Selesai makan kami balik ke bilik, nasib baik sampai sebab perut dah full sangat sampai macam nak menyusur macam ular sawa.

Oklah setakat itu dahulu kerana aku nak bersiap ke Gombak pula untuk ziarah Ibu di sana. Antara tujuannya aku follow ni ialah sebab nak ziarah juga. Last jumpa pun Raya Puasa maknanya dah 3 bulan. Ok jumpa lagi di lain postingan. Hangpa komen2lah ya, bagi semangat sikit nak berblog ni. Enjoy juga gambar2 di bawah ya. Blog cara kita. 

 

Parking baharu Penang Airport

Fav dari zaman belajar dulu, nak makan McD tak mampu. Dapat aiskrim seringgit ni pun dah syok dah.

Sedia untuk naik flight, naik ikut belakang ya. Biasa flight naik ikut depan.

Check-in Tamu Hotel. Kali ni di tingkat 21.

Masjid Jamek Kampung Bharu yang cantik dan sentiasa ramai pengunjungnya.

Makan malam di Suraya Seafood Kampung Bharu.

Permandangan dari bawah kubah masjid.

Yang spoil sedikit dengan jiwa. Sepatutnya budaya ini dah boleh dihapuskan. Beri anak2 peluang solat bersama orang dewasa.

 

Sekian, terima kasih.

19 ulasan:

  1. Alhamdulillah, menarik pos perkongsian jalan² macam ni, kebetulan, saya pun dijangka ke sana bulan Ogos nanti, dapatlah juga maklumat berkenaan Hotel Tamu dan kawasan sekitar, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni kalau tak silap dari Mastodon kan? Berseronoklah nanti di Hotel Tamu. Jangan lupa makan di Nasi Lemak Wanjo dan Suraya Seafood.

      Padam
  2. Balasan
    1. Firefly ni jaraknya ke destinasinya dekat2 sahaja. Untuk dari KL ke Penang ni ada bagi kacang tanah dengan biskut Famos Amos 3 keping seorang. Lepas tu dapatlah air kosong sebotol kecil.

      Padam
  3. dah smpi kg baru tu boleh laa try mcm2 makanan viral kat situ. saloma link bridge pun jgn lupa singgah jg ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak tak pi pula Saloma Bridge. Tengok dari jauh waktu siang. Syok pi waktu malam kan?

      Padam
    2. mlm kat situ ramai sbb nak bergambar...

      Padam
  4. Balasan
    1. Aha thank you. Rarely see this kind of complement.

      Padam
  5. Lamanya Cuya tak merasa jalan2 ke KL...
    Bosan asyik terperap di rumah saja, tak terbuka minda.
    Teruskan menulis ya!

    BalasPadam
  6. Cuya follower baru disini, salam kenal ;)

    BalasPadam
  7. slmt dtg ke KL
    tqq ziarah blog ciknur
    tamu hotel kg baru memang cantik


    BalasPadam
  8. tamu hotel nie dalam listing jugak nk try menginap...pelan2 kita kumpul duit...hihihi... salam kenal ya

    BalasPadam
  9. Dulu2 masa naik firefly, aircond agak panas dan flight dia ada bunyi bising kipas kat luar tu. Tak tahu skrg macam mana sbb lama dah tak naik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru ni ok aircondnya, mungkin sebab orang tak penuh. Bising tu masih sama rasanya. Kalau duduk dekat kipas lagi kuat bunyinya.

      Padam