Isnin, Julai 03, 2023

Korban 1444H

Assalamualaikum teman2 semua. 

Rasa bersalah pula jika tidak update pasal Hari Raya Aidil Adha baru2 ni. Semestinya ibadah korban sangat sinonim dengan Hari Raya Aidil Adha. Tahun ini aku berkorban di jabatan tempat aku bekerja. Jumlah keseluruhan lembu yang dikorbankan ialah sebanyak 3 ekor. Nilai korban bagi satu bahagian adalah RM850, nilai ini adalah termasuk keperluan pengurusan seperti beli barang berkaitan. Selain dari menjadi peserta bagi iabadah korban aku juga terlibat bertugas. Dulu2 selalu bertugas di Madrasah Al-Hilaliah, Gombak Setia dan ini kali pertama aku bertugas secara rasmi di sini. 

Apa yang menariknya bila bertugas ni, kita dapat belajar benda2 baharu. Bab2 pembahagian yang selalu orang konfius pun kita boleh belajar sama. Program ini dijalankan pada hari Ahad iaitu hari tashrik terakhir. Cepat selesai proses pembahagiannya kerana lembu dah siap disembelih dipusat penyembelihan. Lembu pun agak besar kali ni, jadi banyaklah dapat hasil daging lembunya. Selesai pembahagian aku pun balik ke rumah untuk menghantar bahagian peserta. Kononnya nak balik semula kerana ada majlis penyerahan dan makan tengah hari tapi tak jadi nak datang semula sebab menguruskan daging dan tulang2 di rumah pula.

Tengah hari tu dapatlah merasa makan sup tulang dengan agak mewah sedikit. Enjoy gambar2 di bawah, sebahagian gambar2 adalah ihsan Ustaz Mohamad Alif Ishak.


Peserta lembu nombor satu

Petugas lembu nombor satu

Proses menyiang dan menimbang daging korban

Beramai2 macam ni sekejap sahaja siapnya

Sampai di rumah sambung menguruskan yang di rumah pula

Persediaan untuk buat sup tulang

 Sekian, terima kasih.

29 ulasan:

  1. Alhamdulillah, selain dapat pahala terlibat dalam ibadah korban, boleh belajar jugak ilmu2 baru tentang pembahagian daging korban 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan dapat juga merasa daging korban. Semoga korban ni diterima Allah.

      Padam
  2. Ramainya membantu! Bagus tempat ni!

    BalasPadam
  3. sup tulang mmg fav la...sama2 bergotong royong meriah

    **perut lembu jrg org nk amik sbb kdg2 org taktau mcm mana cara nk cuci

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujung minggu nanti boleh buat sup tulang lagi.

      Padam
  4. Betul, banyak ilmu dapat belajar. Pernah dulu serah semua pd pengurusan korban, tak dapat ilmunya.

    BalasPadam
  5. Seronok ramai2 tolong, meriah acara & raya. Thanks singgan blog :)

    BalasPadam
  6. biasanya yg tolong melapah daging ni org kuat masjid or org kuat kawasan ;-)

    BalasPadam
  7. sedapnya sup tulang...dari haritu duk dengr org masak sup tulang

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Tempat saya walaupun kami tak turun membantu tetap dapat sup tulang serta daging korban. Hehehehehe..maklumlah husband pak imam terjun kalau pak imam betul sakit/bercuti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai je orang nak memberi kan. Itulah namanya rezeki tak salah alamat.

      Padam
  9. Semoga pengorbanan kita diterima Allah SWT.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah . Berkesempatan juga untuk buay korban tahun ni . Meriah tengok .

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Selesai ibadah korban. Setakat ni x miss buat tiap2 thn bergilir dgn isteri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya baru nak istiqomah buat tiap tahun.

      Padam
  12. Alhamdulillah, ada rezeki Faizal dapat join program korban tahun ni..
    Meriah sungguh gotong-royong lapah lembu. Majikan LZ dulu ada program korban, masa yang ditunggu2 jamuan sup daging korban.. Sedap betul dapat makan sup dari daging lembu fresh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dah penat2 bekerja dapat makan sup dengan nasi sahaja pun dah sedap sangat dah.

      Padam
  13. wahh..sup tulang masak sendiri..best tu...Alhamdulillah, dapat jd peserta..

    BalasPadam