Ahad, Ogos 06, 2023

My New ThinkPad X220

Gambar dari penjual.
Assalamualaikum semua pembaca yang budiman, semoga sentiasa dalam lindungan Allah. Kali ni nak update sikit berkenaan satu laptop yang baru dibeli iaitu ThinkPad X220. Laptop ni bukanlah laptop baru. Release date laptop ni ialah pada April 2011. Minat betul dengan ThinkPad ni dari zaman IBM lagi. Dah banyak ThinkPad yang beli dan kebanyakannya didah jual. Yang ni merupakan yang kedua dalam koleksi dari X series. 

Aku hanya berminat dengan X dan T series sahaja. Apa yang menariknya laptop ni? Pertamanya ini model terakhir ThinkPad keluarkan dengan keyboard classic 7 row. Senang nak tekan dan kurang key yang di share dan memerlukan kombinasi untuk menekannya macam keyboard modern sekarang. Menaipnya sangatlah sedap, duk menaip blog pun sedap sahaja dengan keyboard ni. Rasa macam tak nak berhenti pula. Keduanya laptop ni datang dengan processor i7 second generation. Ada satu USB 3.0 disertakan menjadikan transfer lebih cepat berbanding USB 2.0. Untuk model i5 kesemuanya adalah USB 2.0. Spec lain ialah RAM 8GB dan 160GB SSD Intel. Senang kerja sebab tak perlu nak upgrade apa dah.

Sebelum ni memang ada rasa nak install Linux, jadi malam tadi merajinkan diri untuk install Linux pada laptop ni. Mula dari memilih distro yang diingini, untuk laptop ni aku pilih untuk install EndeavourOS. Salah satu distro yang berbasekan Arch. Nak installnya hanya perlu download ISO dan jadikan satu USB drive bootable. Kemudian dan boleh boot live dan seterusnya install. Untuk laptop ni aku tak wipe terus Windows. Aku jadikannya dual boot supaya bila memerlukan masih boleh masuk Windows. Bertambahlah satu lagi koleksi laptop. Dengan Linux processing akan jadi lebih lancar, Windows terlalu banyak run benda2 yang tak perlu walaupun sedang idle. Jadi kalau tiada keperluan aku memang lebih suka menggunakan komputer dengan Linux OS yang telah dicustom mengikut selera sendiri.


Projek menginstall EndeavourOS

Dah siap tune2 ikut selera malam tadi.

 Sekian, terima kasih.

17 ulasan:

  1. Balasan
    1. Berminat ke pula? Yang ini saya tak jual tapi kalau nak saya boleh carikan. Harga dalam RM600-RM800 sahaja.

      Padam
  2. Wah... kamu ini memang pakar dalam bidang ni... Uncle ni tau tengok je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah sikit2. Uncle kalau update blog pakai komputer ke pakai handphone?

      Padam
    2. Komputer... henpon kalau terpaksa...

      Padam
  3. sebaya dgn notebook sy ni😁 tp x upgrade2 pn...sbb jrg guna

    BalasPadam
  4. Thinkpad ni rasanya pernah kawan pakai dulu2 masa kami ambik Diploma.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ke mana dah perginya ThinkPad tu? Kut ada simpan kat bawah katil, bagitau.

      Padam
  5. Wow.. Baru tahu pasal.ni..Dah terbeli notebook pulak haritu...Nice la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Notebook ada banyak bagus, boleh tukar2. Saya jenis suka tukar2.

      Padam
  6. ThinkPad X220 laptop lejen nie...dulu boleh tahan harga dia...kadang2 laptop lama lebih baik dari laptop baharu dalam beberapa aspek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kadang laptop baru pun slow lepas tu dah tak boleh nak upgrade apa dah. Dia suruh pakai buang je.

      Padam
  7. thinkpad ni wak teringat brand IBM pula dulu2., hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang lagend tu, zaman kegemilangannya ialah masa IBM sebelum dijual ke Lenovo. Makin lama makin hilang identiti ThinkPad.

      Padam