Selasa, Ogos 08, 2023

New Kitten on the Blog

Assalamualaikum. 

Kali ni nak update pasal kucing pula. Sebelum ni ada juga update-update berkenaan kucing dalam blog ni. Antaranya posting bertajuk "Ini Kucing Bernama Piano". Piano ni ibunya si Gumiko bersama 4 ekor lagi anaknya yang telah hilang entah kemana. Gumiko ini telah terpilih untuk dibela. Kalau nak bela banyak2 menang tak sanggup. Yang seekor ni pun macam2 masalah namun kehadirannya sedikit sebanyak dapat mewarnai kehidupan keluarga kami. Umurnya kini sudah 3 bulan lebih. Ada perangainya yang tersendiri iaitu ada masanya dia suka nak gigit orang, kadang suka buat kalut berlari ke sana ke sini dengan lajunya hingga menyebabkan orang terkejut. 

Gumiko yang di agak berjantina betina ni tinggal di dalam rumah, cuma bila tiada orang dia akan ditinggalkan dalam sangkar kat luar rumah supaya tidaklah dia seperti katak di bawah tempurung. Dia pun perlu tahu dunia luar. Klik read more atau comment untuk melihat gambarnya. Terima kasih.


Gumiko binti Piano (bapa tidak diketahui)

Dia suka duduk dalam bekas ni bila di dalam sangkar

Ada huruf M di dahinya untuk nama manja Mico


 Sekian, terima kasih.

18 ulasan:

  1. Moga membesar dengan sihat, jangan nakal2 macam oyen!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya semoga sihat, kalau tak sihat tu makan modal.

      Padam
  2. Balasan
    1. Boleh tahan suka memanjatnya. Tiba2 muncul.

      Padam
  3. Balasan
    1. Dah vaksin dah satu kali. Nanti nak kena pi bawa jumpa vet lagi. Hari ni genap 100 hari.

      Padam
    2. bagus2.. ada plan ke nak kembiri? ke nak biar je dia beranak mcm biasa?

      Padam
    3. Nanti dah besar sikit akan kembirikan Guniko ni, kalau tak akan nanti jadi rebutan kucing2 jantan sekitar.

      Padam
    4. ok apa?time ni laa nk minta hantaran 20kšŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

      Padam
  4. kucing ni kalo byk2 pening juga...kt umh dlu2 byk juga tp lps tu ada yg mati..ada yg bg org

    BalasPadam
  5. Ala comelnya Kitty ni. Kitty sebesar ni memang aktif sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, kena time di over active tu memang kena kurungkan sekejap. Habis semua nak diterkamnya.

      Padam
  6. Gemaaasnyaaaaa šŸ˜šŸ˜šŸ˜. Pasti besar nanti makin gemoy, apalagi kalo dah steril kan. Mengembang badannya šŸ˜„. Semua kucing saya habis steril langsung kayak donat šŸ˜„

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makannya lumayan juga kosnya, untuk kesihatannya lagi.

      Padam
  7. Kucing boleh menceriakan keluarga dan sangat sesuai dijaga bagi orang yang rajin ...saya rajin bagi makan jer...bab lain agak kurang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bagi makan pun kadang malas. Anak je yang minat, kita support je.

      Padam
  8. Comelnya.. pandai bergaya bila nak di potretkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 nakal sampai terpaksa dikurung.

      Padam