Jumaat, Ogos 18, 2023

Kejadian Pesawat Kecil Beechcraft 309 Jatuh Terhempas Di Elmina

Bukan gambar sebenar pesawat yang terhempas.
Assalamualaikum semua pembaca yang dihormati. Malaysia dikejutkan dengan kejadian sebuah pesawat kecil jenis Beechcraft 309 yang terhempat di kawasan Elmina, Selangor. Kejadian-kejadian yang melibatkan tragedi kapal terbang sangat terkesan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. bermula dengan kehilangan MH370 yang masih belum dapat dijumpai, kemudian MH17 yang ditembak di sempadan Ukraine dan Russia. yang masih belum mendapat keadilan. Kejadian yang terkini ini telah mengorbankan 10 orang termasuk 2 orang yang bukan dari dalam pesawat. 

Aku tak berhajat nak share semula video atau gambar kejadian kerana sudah pasti ramai yang telah menerima video2 dan gambar2 berkenaan. Aku ada terima satu video amatur dari dashcam sebuah kereta yang lalu itu sangat mengejutkan yang mana pesawat jatuh menjunam dengan lajunya seterusnya sayu letupan yang kuat berlaku.

Punca kejadian masih disiasat bagaimanapun saya sempat membaca satu blog yang telah lama saya ikuti iaitu Cerita Dari Lipis. Entrynya menyatakan tentang senarai kemungkinan punca sebuah pesawat boleh terhempas secara umum. Diberitakan kotak hitam telah dijumpai dan akan dianalisa. Sama2 kita tunggu hasil siasatan bagi kejadian ini.

Semoga keluarga dan kenalan tabah menghadapi kehilangan yang mengejutkan ini. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali untuk dihitung amalan kita. 

Gambar public domain kredit kepada Jack Snell (Flickr).

Sekian, terima kasih.

21 ulasan:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun.
    Semoga seluruh ahli keluarga mangsa pesawat terhempas tabah menghadapi ujian getir ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mesti terkejut semuanya. Orang biasa nak naik kapal terbang pun jadi takut. Ramai dari Pahang.

      Padam
  2. salam takziah pd keluarga mangsa nahas pesawat terhempas smlm...bila tgk video yg di kongsi mmg laju dan meletop...smoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang polis dah bagi warning, tak bagi sebar dah video2 kejadian.

      Padam
  3. Al-fatihah...takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah terima mereka semua sebagai shuhada.

      Padam
  4. semoga roh kesemua korban udara ini ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin...

    BalasPadam
  5. Semoga keluarga yang di tinggalkan dalam keadaan baik"saja..dan bagi para korban jika pun tak selamat semoga di terima segala amal baiknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya rabb al-'alamin. Sampai ke berita ini ke Indonesia sana?

      Padam
  6. Berita ini masuk ke Indonesia juga. Saya kaget dan sedih bacanya, apalagi sampai kena pengguna jalan raya juga 😭

    Video2nya pun ada sempet beredar, tapi saya ga mau lihat, ga tega rasanya 🤧😔. Semoga keluarga korban kuat dan ikhlas menghadapi peristiwa ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak sekali video2nya, semakin ramai yang memasang webcam dan gemar merakam video.

      Padam
    2. Sebenarnya tak salah memasang webcam. Tapi seharusnya mereka itu bisa membedakan mana yg bisa diposting publicly, mana yg tidak. Terkadang orang2 begitu hanya mengejar viral tapi tidak memikirkan perasaan keluarga korban yg melihat 😔

      Padam
  7. Sayu, sebak, sedih bila terkenang tragedi yang meragut banyak nyawa. Kehilangan yang secara tiba-tiba. Semoga keluarga mangsa kuat dan tabah serta sabar menghadapi ujian ini. Aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, jika difikirkan mati itu tetap juga kita akan mati. Cumanya bagaimana kita mati itu yang menggusarkan. Semoga kita mati dalam keadaan yang baik2.

      Padam
  8. ada yg ckp pesawat ni x de kotak hitam. cuma ada CVR je. tu dah dihantar ke singapore. harap isnin depan kita dah dpt jawapannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum2 dapat tahu puncanya sehingga ke hari ini. Macam sukar nak dapat tahu tu.

      Padam
  9. Tertengok video tu kemalangan secara tak sengaja, memang rasanak luruh jantung.. Salam takziah buat keluarga mangsa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, polis pun dah tak bagi share video2 berkenaan untuk menjaga perasaan keluarga dan sahabat handai.

      Padam
  10. Kotak hitam pulak susah nak baca sebab rosak teruk. Nak hantar ke US pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, kemungkinannya tak dapat diketahui puncanya tu.

      Padam