Jumaat, Ogos 11, 2023

Perlunya Laluan Mesra Pejalan Kaki (Pedestrian-Friendly)

Sekitar Seberang Jaya
Assalamualaikum buat semua pembaca blog cabuk ini. Semoga terus rajin membaca dan menulis catatan-catatan kehiudupan yang pendek ini. Ketika menaip blog ini aku baru sahaja sampai ke pejabat dari masjid setelah selesai menunaikan Solat Jumaat. Kadang2 aku prefer untuk berjalan kaki ke masjid walaupun ada motosikal atau kereta. Jarak di antara pejabat dengan masjid yang terdekat ni adalah 1km. Jadi jarak pergi dan balik adalah 2km sebab 2x1=2. Banyak kali juga aku buat perangai ni. 

Dalam pada berjalan-jalan tu aku terfikir kenapa di Malaysia ni orang kurang berjalan sedangkan kalau di luar negara berjalan kaki berkilo meter ni perkara biasa. Ada yang kata kerana Malaysia ni panas, masalahnya di luar sana ada juga waktu yang panas bahkan mungkin lebih panas dari suhu di negara kita. Pada aku ada satu faktor penting lagi selain cuaca iaitu perlunya ada laluan mesra pejalan kaki. Orang putih kata pedestrian friendly. Sengaja aku petik perkataan Inggeris kerana term ini dah biasa diperjuangkan di luar sana namun di Malaysia agak kurang. Dalam kempen2 pilihanraya tak ada langsung kedengaran mana-mana pihak memperjuangkan perkara ini. 

Kalau nak dihuraikan tentang kebaikian laluan mesra pejalan kaki ni pasti panjang lagilah entry kali ni, tapi saya berhenti dahulu setakat ini. Kalau rajin nak senaraikan boleh senaraikan kat komen. Haha. Sekian, terima kasih.

16 ulasan:

  1. Saya setuju. Saya pernah hampir kena langgar kereta, sebab jalan kaki. Tepi jalan, kawasan perumahan. Kalau ada laluan khas pejalan kaki, mesti lebih ramai orang berjalan dan bersenam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah salah satu sebab pentingnya laluan pejalan kaki ni. Kenderaan laju2 kena ada penghalangnya.

      Padam
  2. Ada juga tempat2 yang ada hari dan masa kenderaan tak boleh masuk. Kalau kat Perth misalnya ada laluan khas untuk basikal di tepi lebuhraya. Saya rasa payah juga nak buat kat Malaysia ni sebab kawasan terhad sangat. Kalau ada pun laluan pejalan kaki kadang2 batanya tercabut atau tiles tercabut. Tak dibetulkan. Boleh mengundang kecelakaan jugak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Malaysia ni sekarang baru nak ke arah itu. PBT kena mainkan peranan besar untuk realisasikannya.

      Padam
  3. betul kan... orang malaysia malas jalan kaki sbb tu byk obes... hihihi... kalau tgk budaya jepun dan korea semua je jalan kaki... laju je jalan... masa di kampus dlu sy pun prefer jalan kaki... dpt praktis jalan laju dan faktor utama jugak pedestrian walk mmg byk di kampus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sebab hospital pun dah mampu menampung pesakit2 yang makin ramai bilangannya. Ayuh la kita cuba2 bergaya sihat sedikit.

      Padam
  4. Tuh lah bang, saya pun kalo di Luar Negeri paling sering jalan kaki. Tapi memang saya LBH suka liburan di saat winter, supaya sejuk kan.

    Tapi kalo liburan ke Malaysia, saya pun suka jalan kaki. Setakat ini ke KL, Melaka, Penang, saya prefer jalan kaki kalo jaraknya hanya 1-2 km. Tapi pernah tak kuat sangat, Krn panaaaas menyengat, saya langsung stop taxi Dr KLCC hanya ke bukit bintang hahahahah. Padahal tak jauh sangat.

    Jadi bukan masalah pedestrian walknya , tapi lebih ke cuaca yg saya tak kuat.

    .kalo jakarta ga usah tanya bang, setiap ada pedestrian walk, udah jadi tempat jualan 😵‍💫. Makin ga mau saya jalan kaki di kota sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu masalahnya pula, pemerintah buat kaki lima cantik2 jadi tapak berniaga pula.

      Padam
  5. sy rs plan perancangan bandar kita x konsisten. bla org lama buat idea ni, dtg org baru seharusnya trs kan shj idea tersebut. tp mrk ubah atau mansuhkan trs idea tu. so smpi ke sudah x de apa2 result. hal ttg pejalan kaki ni mgkn x de lgsg agaknya dlm plan mrk. kalau projek bsr mcm HSR tu pn boleh mansuh apatah lg plan nak buat laluan pejalan kaki yg mesra pengguna ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda tak menguntungkan ni kurang daya tarikannya.

      Padam
  6. Kalau ada laluan mesra pejalan kaki, mungkin ramai yang akan berjalan kaki..

    BalasPadam
  7. Kalau dibuat, mungkin akan ramailah yang berjalan kaki.. Macam saya waktu belajar di Melaka memang lebih suka jalan kaki kalau ke Bandar Melaka tapi tulah, ruang untuk pejalan kaki tu tak ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, pejalan kaki kadang tu bukan tiada kenderaan. Cuma llebih selesa berjalan kaki untuk elakkan kesesakan. Kalau di Bandar Melaka tu, mungkin perlu sahaja tutup jalan2 tertentu untuk orang awam dan sediakan laluan pejalan kaki yang selesa dan selamat.

      Padam