Khamis, September 14, 2023

AI Generated QR Code

Cuba scan QR Code ni dengan telefon bimbit anda.
 

Assalamualaikum semua, semoga sentiasa berada dalam kehidupan yang tenang. Semalam menjadi peserta bagi Seminar Cabaran Teknologi Maklumat Dalam Sektor Kesihatan Di Pulau Pinang. Seminar ini dihadiri oleh IT personel dari hospital2 berdekatan. Simple2 sahaja seminar ni tapi pada aku rasa ok untuk diadakan seminar2 sebegini selalu supaya dapat berkongsi isu2 atau teknologi2 baharu di hospital masing2. 

Terdapat 3 pembentangan bagi seminar semalam, yang pertama berkaitan imej dan penampilan, yang kedua berkenaan pengurusan projek ICT dan yang ketiga berkenaan AI. Mencabar betul melihat perkembangan AI di luar negara dan dalam negara kita sendiri. Teknologi AI ini akan dapat mengganti manusia dalam perkara seharian, jadi pentinglah bagi kita untuk sentiasa meningkatkan ilmu dan ada value added supaya tidak kalah dengan teknologi.

Dalam pada itu pagi ini terjumpa satu AI service untuk generate QR code yang agak pelik dan menarik untuk dicuba. QR code yang dijana oleh service ini bergambar dan kita boleh menyatakan gambar bagaimana yang kita mahukan. Service ini akan secara AInya menjana image yang dengan QR code yang boleh scan.

Jika anda membaca blog ini di komputer anda boleh cuba scan QR code pada gambar di atas menggunakan kamera telefon bimbit anda. Selamat mencuba.

Perkongsian berkenaan AI

Perkongsian berkenaan imej dan ketrampilan

Boss IT Hospital Pulau Pinang

Syok dapat hadiah

Dapat beg laptop dan pendrive

Jumpa lagi tahun depan katanya. Gambar2 credit kepada tukang ambil gambar Pn Rela. Sekian, terima kasih.

 

15 ulasan:

  1. ada nampak juga service AI ni tp sy sekadar tengok je laa... x buat apa2 pun ;-)

    BalasPadam
  2. adoihai faizal akak ni dah separuh abad then cetek sgt ilmu dgn benda2 AI ni. biasa dah dengar AI dr anak2. tau sikit2 dr depa lah. yg u bagi tau tu nnt i cuba ye.

    BalasPadam
  3. dah try scan QR code tu & dia bawa ke link blog tuan Faizal.. betul ke? ke salah? ahaksss~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, tepat sekali. Saja try2 benda macam ni.

      Padam
  4. Ahad lepas pun ada attend seminar pasal AI dalam dunia ejen hartanah.

    BalasPadam
  5. Aah kereeen, code nya mengarah ke blog Abang juga yaa 👍. Baru kali ini lihat QR code pakai gambar seperti itu. Cakeep ih 👍, beda dari QR code yang biasa 😁

    Memang dengan adanya AI sekarang kita dah tak bisa santai2 tak improve diri. Akan kalah dengan mesin jika hanya begitu. Upgrade skill, keluar dari zona nyaman. Baru bisa berkembang. Ada yg bilang, there's no growth within the comfort zone

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Fanny, suka cuba2 benda baharu kadang lucu dan boleh jadi hiburan juga. Masih ramai yang kurang suka untuk keluar dari comfort zone tu.

      Padam
  6. wahh menarik ni.thanks for sharing. your blog is so informative. tq yer sbb sudi singgah dan drop komen kat my lil blog

    BalasPadam
  7. Good sharing..Klu baca psal teknologi ni mmg kita sentiasa kena upgrade diri..Kalau tak, ketinggalan...

    BalasPadam
  8. Salam perkenalan.. Sha datang dari blog Anies..
    wah baru tahu mengenai servis QR Code bergambar ini.. tq share..

    BalasPadam
  9. Mrs. A scan qr code tu terus membawa ke blog Faizal R wah! sangat menarik camne buat tu

    BalasPadam