Memaparkan catatan dengan label Hospital Pulau Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hospital Pulau Pinang. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 01, 2025

Bersembang Dengan Si Penjual Dangai

Kuih dangai. Gambar ihsan ikanmas.in.
Assalamualaikum dan selamat malam. Saja nak buat catatan sedikit tentang perbualan dengan seorang penjual dangai. Lepas Zohor tadi aku ke cafe untuk minum. Hujan boleh tahan lebat sebelum tu dan lepas Zohor itu pun masih renyai-renyai. Tiba-tiba rasa nak pekena teh tarik pula sejuk-sejuk ni. Aku pun belum pernah membeli di cafe ni, biasanya aku ke cafe satu lagi yang berdekatan surau.

Lepas dapat secawan teh tarik dari kaunter pesanan dan membuat bayaran, mata melilau mencari tempat. Disebabkan hujan ramai juga orang dan semua meja ada orang. Maka terpaksalah tumpang kongsi meja yang dah ada orang. Ada seorang lelaki Melayu bertopi sedang minum lalu aku pun tanya sama ada boleh duduk di meja dia tak? Dia pun ok sahaja.

Aku mulakan perbualan kerana kadang senyap tu lebih tak patut pada aku dari bercakap dengan orang yang tak dikenali. Disebabkan dia berbaju t-shirt dan jeans jadi aku jangka dia mungkin melawat pesakit kut. Dia kata isterinya di wad, baru lepas bersalin hari Ahad baru ni dan masa mandi, isteri dia pengsan. Itu yang kena tahan sampai hari ni (Rabu).  

Banyak juga yang kami sembangkan dan dia bekerja sebagai penjual dangai di Sungai Bakap, empat hari berniaga dan tiga hari lagi dia akan cari kelapa. Dangai ni bahan utamanya adalah kelapa, ia adalah kuih tradisional yang sedap juga. Terus rasa nak cari dangai ni bila-bila. Tak pasti di tempat lain ada atau tidak kuih ni kerana seingat aku setelah pindah ke Penang baru ada jumpa orang menjual kuih ni.  

Kemudian kami juga sembang pasal cara orang Melayu berniaga. Agak kagum juga aku kerana walaupun dia penjual dangai dia ada semangat yang kuat dan ilmu dia pun boleh tahan juga dalam berniaga. Mungkin datang dari keluarga yang berniaga juga tu. Tidak mustahil income dia berkali ganda dari orang yang makan gaji bulanan. 

Kami juga sembang pasal prosidur hospital, dia macam kurang puas hati bila isterinya kena tahan sampai hari ini, dia juga kata maklumat yang dia dapati tidak tetap. Mula katanya semalam dan boleh keluar, kemudian pagi tadi ada doktor kata kena tunggu sampai esok pula. Dia agak berkeras untuk bawa balik hari ini setelah result darah diperolehi. Katanya kena sign surat tanggung risiko sendiri. Aku cakaplah sekarang ni masalah juga di hospital sebab banyak kes saman-menyaman atas kecuaian. Mungkin sebab itulah doktor lebih berhati-hati. Dia pun setuju dan aku menambah kita orang yang percaya takdir ni tak perlulah nak berlebihan saman-menyaman. Walaupun kita nampak macam ada kekurangan di mana-mana mungkin ada hikmahnya yang kita sendiri tak terjangkau oleh pemikiran kita tentang aturan Allah. Aku pun ceritalah sedikit perihal cerita isteri aku setelah bersalin di Hospital Pulau Pinang (blog terbengkalai).  

Setelah itu aku pun minta diri untuk masuk ke pejabat. Semoga urusan pemuda penjual dangai ini dan keluarganya dipermudahkan. 

Rabu, September 18, 2024

Jem Teruk Dari Penang ke Cyberjaya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu ini aku mengambil cuti sambungan dari cuti ganti Hari Malaysia dan Maulidul Rasul pada hari Isnin. Perancangannya nak ke Cyberjaya dan juga ke Gombak pada hari Selasa. Hari Selasa itu Sebelum bertolak ada beberapa perkara dahulu yang perlu diselesaikan. Pertamanya Eryna ada temujanji dengan doktor di Klinik Dermatologi di Hospital Pulau Pinang. Kulit dia ada masalah vitiligo sejak beberapa tahun ini. Apapun untuk sembuh memang agak susah, sekarang ini yang penting dapat menstabilkan kulit dan mengelak dari semakin merebak. Pagi tu selepas Subuh dah kelam kabut bersiap, sedang bersiap tiba-tiba kad temujanjinya tak jumpa pula. Setelah kecoh satu rumah akhirnya jumpa juga. Biasanya memang akan bertolak awal supaya tak kena jem dan juga supaya dapat parking di Hospital Pulau Pinang. Jika lambat memang susah nak dapat parking. Pagi itu pula hujan sangat lebat. Nasib baik jalan kurang jem mungkin kerana cuti sekolah. Perjalanan ke hospital, urusan berjumpa doktor dan urusan mengambil ubat agak cepat juga selesainya. Setelah selesai, kami pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah aku pun dropkan Eryna dan minta dia siapkan beg untuk ke Cyberjaya dan Gombak manakala aku pula pergi drop parcel yang berisi laptop. Ada kawan minta carikan laptop dan kebetulan aku memang ada laptop nak jual, harga memang below market price, dah siap setting cun-cun untuk kegunaan pejabat. Kawan ni menguruskan syarikat di Kuantan, sudah beberapa kali juga dia membeli laptop dari aku. Dia meminta aku pos menggunakan GDex, aku ikutkan sahaja apa kehendaknya walaupun menurut sayarikat yang menguruskan pos barang itu GDexlah yang paling mahal berbanding syarikat lain, tetapi harapnya supaya parcel diuruskan dengan baiklah sehingga sampai ke tangan pembeli.

Selesai mengepos barang kami pun siap-siap untuk bertolak ke Cyberjaya bagai manapun masih ada 3 perkara perlu diselesaikan iaitu menghantar Gumiko (seekor kucing betina yang berusia setahun lebih) ke tempat tinggal sementara, ada yang menyebutnya hotel kucing, asrama kucing atau boarding. Di tempat ini kadar sewaannya adalah RM10 sehari dengan syarat makanan telah disediakan. Setelah itu kami singgah ke SMK Pauh Jaya kerana ada urusan mengambil slip dan seterusnya ke kedai makan untuk bersarapan merangkap makan tengah hari. Memang aku dah plan untuk tidak makan tengah hari dalam perjalanan kerana akan rugi masa, berhenti pun hanyalah untuk toilet break dan solat di surau R&R.

Perjalanan dari Penang ke Cyberjaya semalam sangat menduga kesabaran kerana teruk betul jemnya. Banyak kenderaan dan hujan juga di beberapa ketika. Kami bertolak jam 11 pagi dan sampai ke Cyberjaya jam 7 malam. Masalah betul bila berjalan waktu cuti sekolah, di mana-mana akan jem. Perancangannya aku akan bermalam 2 malam di Cyberjaya dan 2 malam lagi di Gombak. Nanti hari Sabtu akan pulang semula ke Penang, harapnya tak lah jem terus macam semalam. 

Rabu, Oktober 11, 2023

Menemani Kawan Yang Kemalangan

Assalamualaikum semua, semoga sentiasa dalam keadaan aman selalu. Dua tiga hari ini agak bermuram durja dan marah dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin terutamanya di penjara terbuka Gaza. Israel pasti akan menggunakan segala persenjataan mereka yang canggih untuk membunuh ramai rakyat Palestin. Semoga Allah menyelamatkan mereka rakyat Palestin, memecah belahkan musuh2 Islam dan memudahkan penguasaan sepenuhnya Baitulmaqdis.

Pagi tadi mendapat perkhabaran ada seorang rakan yang bertugas di Hospital Pulau Pinang kemalangan jalanraya. Sewaktu dalam perjalanan menaiki motosikal dari Kulim ke tempat kerja terdapat sebuah kereta yang tiba2 menghimpatnya ke tepi untuk mengelak kereta lain di hadapannya. Akibatnya kawan tak dapat mengelak selain ke tepi dan melanggar pembahagi jalan sebelum susur ke Jambatan Pulau Pinang.

Sungguh malang itu tidak berbau, walaupun kita bawa elok2 kadang2 ada perkara lain yang menyebabkan berlakunya kemalangan. Setelah jatuh terseret ke jalan dan pembahagi jalan dia di kejarkan ke Hospital Seberang Jaya tempat aku bekerja. Jadi bila tahu sahaja dia berada di Kecemasan aku terus bergegas untuk melihat keadaannya. Dia diperiksa dan diberikan 2 suntikan sebelum lukanya dijahit. Lama juga masa yang diambil untuk menjahit luka di jari2 tangannya. Aku tak sanggup untuk melihatnya. 

Setelah itu dia dibawa ke Radiologi untuk di xray, hasilnya ada 1 tulang patah pada tangannya. Boleh tengok gambar di bawah. Kadang2 orang suka ambil mudah bab xray ni, kalau tak sakit makanya tak rasa nak buat xray hakikatnya kena juga buat sebab kita tidak tahu takut ada yang patah. Setelah itu dia terus kena buat plaster supaya pergerakan tulang dapat kurangkan untuk membolehkan tulang yang patah bercantum semula. 

Menginsafkan jugalah bila kita dapat ziarah dan menemankan orang sakit ni. Semoga kita terhindar dari musibah2 sebegini. Bagi yang selalu bawa motosikal harus selalu berhati2, relaks2 sahaja bawa motosikal tu. Umur pun dah makan banyak manakala amalan pula yang tidak banyak. Semoga kawan tu cepat sembuh. Hampir sebulan juga dia akan berehat sebelum jumpa doktor semula untuk melihat kepatahan tulang itu. 

Khamis, September 14, 2023

AI Generated QR Code

Cuba scan QR Code ni dengan telefon bimbit anda.
 

Assalamualaikum semua, semoga sentiasa berada dalam kehidupan yang tenang. Semalam menjadi peserta bagi Seminar Cabaran Teknologi Maklumat Dalam Sektor Kesihatan Di Pulau Pinang. Seminar ini dihadiri oleh IT personel dari hospital2 berdekatan. Simple2 sahaja seminar ni tapi pada aku rasa ok untuk diadakan seminar2 sebegini selalu supaya dapat berkongsi isu2 atau teknologi2 baharu di hospital masing2. 

Terdapat 3 pembentangan bagi seminar semalam, yang pertama berkaitan imej dan penampilan, yang kedua berkenaan pengurusan projek ICT dan yang ketiga berkenaan AI. Mencabar betul melihat perkembangan AI di luar negara dan dalam negara kita sendiri. Teknologi AI ini akan dapat mengganti manusia dalam perkara seharian, jadi pentinglah bagi kita untuk sentiasa meningkatkan ilmu dan ada value added supaya tidak kalah dengan teknologi.

Dalam pada itu pagi ini terjumpa satu AI service untuk generate QR code yang agak pelik dan menarik untuk dicuba. QR code yang dijana oleh service ini bergambar dan kita boleh menyatakan gambar bagaimana yang kita mahukan. Service ini akan secara AInya menjana image yang dengan QR code yang boleh scan.

Jika anda membaca blog ini di komputer anda boleh cuba scan QR code pada gambar di atas menggunakan kamera telefon bimbit anda. Selamat mencuba.