Assalamualaikum semua. Semua sihat belaka di samping keluarga. Hari Sabtu baru ni bermulalah episod baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Puan isteri bertukar tempat kerja jauh nun di Putrajaya sedangkan aku di Penang. Bertolaklah kami 3 beranak ke Putrajaya pada pagi Sabtu itu selepas bersarapan nasi lemak. Disebabkan nak drive jadi terpaksalah kurangkan sedikit makan takut mengantuk pula nanti. Setelah penuh bonet, tayar pun bergolek. Alhamdulillah perjalananan adalah lancar dan kami hanya berhenti sekali di R&R Tapah untuk melepaskan penat.
Sebelum ke rumah tumpangan sementara, kami ke IOI untuk makan tengahhari, agak terkejut dengan suasana di situ kerana ramai sangat orang, dah aku rasa macam ini first time sampai ke IOI Mall ni. Tempat makannya punyalah banyak, perasan banyak betul makanan Korea kat situ. Kami pilih makan di Taco Bell. Ok juga cuma anak tak cukup sampai kena order sekali lagi huhu.
Selesai itu terus ke rumah dan mengangkut barang2 dari kereta. Wife menumpang di rumah kenalan dahulu sebelum apply kuarters, harap dapat cepatlah kuarters tu nanti sebab plannya kalau dah dapat kuarters nanti anak pindahkan anak ke sekolah di sana. Malam itu kami keluar ke Alamanda untuk beli beberapa perkara, beli makanan untuk malam itu.
Keesokan paginya bermulalah episod sedih, balik ke Penang naik ETS berdua dengan anak. Dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral kemudian ke Bukit Mertajam. Sekejap sahaja rasa untuk sampai mungkin sebab banyak tidur. Yang terkilan sikitnya pagi tu tak sempat sarapan, ingat macam2lah ada dalam ETS tu sekali banyak yang tak ada. Sampai2 rumah keluar baliklah ke McD untuk membeli jiwa anak perempuan seorang tu.
First time mencuba makan kat Taco Bell, menarik juga menu2nya. |
Sampai kena order tambahan pula. |
Matahari terbenam di Putrajaya |
Agak berjerubu petang tu. |
Makan keropok lekor dalam train ETS. |
Itu sahajalah dahulu ya. Doakan yang baik2 buat keluarga kami ya. Sekian, terima kasih.
Takpe lah PJJ pun..demi kelangsungan hidup dan cita2 yang dikejar. Selamat datang ke Putrajaya..ikhlas dari jiran anda..hehehehehe..
BalasPadamMenaiki ETS adalah alternatif terbaik untuk ulang alik bagi mereka yang PJJ. Semoga tabah Faizal.
Jiran mana pula ni? Ya terima kasih cumanya ETS tu mahal juga harga tiketnya. Patutnya bagi diskaunlah bagi orang yang commuting dengan ETS selalu.
PadamKita pulak yg sebak. Semoga tuan sekeluarga tabah utk PPJ ini. Semoga urusan kuarters juga lancar ya, nanti dapatlah anak pindah sekolah cepat. Tuan tak nak pindah sekali???
BalasPadamSetakat ini tidak pindah sekali. Kalau pindah sekali nak balik semula ke negeri bagai tiada peluang dah. Position tak banyak.
PadamSemoga tabah, Encik Faizal sekeluarga, dan cepat dapat quarters.
BalasPadamTerima kasih. Harapnya cepatlah.
PadamSha doakan semoga dipermudah urusan encik dan keluarga.. Sha doakan juga semoga cepat isteri encik diberikan kuarters..
BalasPadamTerima kasih banyak.
Padammoga yg baik2 ajer utk en faizal sekeluarga...PJJ memang memeritkan....stay strong ok
BalasPadamCeritanya LDM ya bang .semoga senantiasa di beri kemudahan buat keluarganya dalam pelbagai urusan.
BalasPadamAlahai susah juga PJJ kalau anak sudah bersekolah.
BalasPadamHarap tabah ya.
Ya sedang cuba mentabahkan diri ni sambil2 melipat kain.
PadamDidoakan tuan sekeluarga tabah hadapi PJJ ini...didoakan juga semua urusan dipermudahkan ...kami sebagai kenalan blogger ingin semuanya dalam keadaan selamat, gembira dan tenang selalu.
BalasPadamAamiin, terima kasih bro.
PadamAllhumma yassir
BalasPadamPJJ ini memang lah harus kuat ya Abang. Suami dulu pernah tanya, kalau nanti dia dapat opportunity utk pindah ke Group Head quarters di Malaysia, saya izinkan tak? Soalnya kerja dia memang kantor utama di Malaysia.
BalasPadamSaya jawab tak masalah, tapi kalo memungkinkan saya dan anak2 bisa ikut, kami mau ikut. Tapi kalo tak, dah lah saya bolak balik jkt-KL 😁. Tak jauh sangat pun.
Semoga lancaaar semua urusan Abang dan istri yaa. ☺️ tak jauh lah Penang - Putrajaya☺️
Iya, bagus kata2 semangatnya. Hidup harus kental kan?
Padamtak apa berjauhan demi rezeki halal. insya Allah niat baik kita pasti Dia permudahkan
BalasPadam