Sabtu, Oktober 21, 2023

Hari Jaya Waris SMK Pauh Jaya

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu bersama keluarga. Apa perancangan hangpa hujung minggu ini? Pagi ni nak update sikit berkenaan Hari Jaya Waris SMK Pauh Jaya semalam. Mungkin ada yang tertanya2 apa Hari Jaya Waris tu? Ia adalah hari di mana ibu/ bapa atau penjaga ke sekolah untuk bertemu guru kelas untuk membincangkan keputusan peperiksaan. Kali ini adalah untuk peperiksaan pertengahan tahun. Mungkin hujung tahun nanti ada satu kali lagi sesi ini. 

Seminggu dua sebelum hari kejadian anak dah siap beritahu berhubung perkara ni dan dia siap remind untuk beritahu boss supaya aku boleh hadir. Semalam jam 10 pagi aku mintalah pelepasan dari kerja sebentar untuk hadir ke sekolah. Zaman dulu takde Hari Jaya Waris ni, yang ada ialah ibu bapa kena sign report card setiap selepas peperiksaan. Bagi subjek yang gagal akan ditulis dengan pen merah, jadi terketar2lah nak mendapatkan tandatangan kalau banyak yang gagal. 

Alhamdulillah result anak ok kali ini, dapat top ten dalam kelas kira dah cukup membanggakan dah. Dia baru di tingkatan satu dan dari pemerhatian di rumah macam tak expect dia dapat agak ok. Selesai bertemu guru kami pun balik, murid2 seronoklah sebab boleh balik awal. Balik tu terus singgah Tealive, bagi instant reward sikit. Aku try Lotus Biscoff dan anak pilih Chocolate Bang Bang. Sedap Lotus Biscoff tu, rasa macam Horlick yang dicampur biskut Biscoff. 

Semoga anak terus cemerlang sampai ke hujung tahun ni. Sekolah anak hangpa ada buat Hari Jaya Waris tak? 


Intai dari tingkap. 

Excited nak jumpa cikgu. 

Habuan tengahari minum Tealive

 Setakat ini dulu ya, terima kasih. 

23 ulasan:

  1. Kalau di sini istilahnya rapat komite bang, pertemuan wali murid dan orang tua,untuk membahas yang menyangkut anak didik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh di sana pun ada ya. Hampir serupa sahaja di mana2.

      Padam
  2. Alhamdulillah, dapat top 10 dalam kelas bukan kaleng2 tu 👍🏻 Semoga anak terus sukses dalam pelajaran. Anak sulung saya pun di tingkatan satu tahun ni. Sebaya dgn anak Faizal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh sebaya ya. Lelaki ke perempuan anaknya tu?

      Padam
  3. Alhamdulillah...bagus anak2 antara 10 yang teratas...syukur

    BalasPadam
  4. Kemarin sebenernya ada pembagian raport bayangan, tapj memang karena saya dan suami di luar kota, tak bisa hadir. Jadi diwakilkan oleh driver saya yg memang antar jemput anak saya tiap hari. Dari dialah saya tahu juga perkembangan anak saya di sekolah.

    Zaman saya dulu pun tak ada hal begini. Biasanya cukup raport diberikan ke murid, lalu kasih tunjuk orangtua 😅

    BalasPadam
  5. di tempat saya ...hari permuafakatan...biasa saya yang pergi kerana saya suka nak tahu perkembanga anak-anak dari mulut cikgu sendiri

    BalasPadam
  6. Rapat komite yah ini namanya.
    Biasanya kalau disini jadi ajang silaturahmi dan ajang adu cakep ibu-ibu wali murid,hahaha

    BalasPadam
  7. mak pak jenis supportive mcm ni paling sempoi dgn anak-anak.. depa pon boleh jadi ngam je dgn mak pak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngam tu bolehlah dikatakan ngam, tapi selalu jugalah bergaduh anak beranak.

      Padam
  8. anak ada 4.. semua sekolah ada hari pemuafakatan... semuanya ayah depa yg pergi... so ayah kena pi 3 buah sekolah... hihihi.. tahniah ya buat anak encik faizal... semoga maintain sampai UASA nnt ya

    BalasPadam
  9. alhamdulillah top ten tu...
    perjalanan masih panjang... insya allah kita doakannya agar lebih cemerlang lg di masa hadapan

    BalasPadam
  10. Di sekolah anak takde kedudukan dalam kelas, cuma penilaian prestasi saja yang cikgu bagi. Risau juga masa nak tengok pencapaian dia tapi alhamdulillah semua baik saja..

    BalasPadam
  11. Tahniah ank dpt top 10 dlm kelas..

    BalasPadam
  12. congrats utk anak u! terbaek lah!

    BalasPadam
  13. Eh.. anak kita sebaya.. Dekat sini pun ada, dipanggil Hari Interaksi tapi saya tak dapat pergi kebetulan ada minor operation untuk anak yang kecik..

    BalasPadam