Isnin, November 06, 2023

Surau Evoke Pauh Jaya

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga sihat di samping keluarga. Pagi ni nak pos berkenaan satu surau baharu yang dibina berdekatan taman perumahan yang kami tinggal. Namanya Surau Evoke Pauh Jaya, sebenarnya baru sahaja tahu nama surau ni sebegini bila melihat kepada papan tanda yang terpampang pada tempat masuk utama ke dalam surau.

Surau ini dibina bersekali dengan Kondominium Evoke yang letaknya berdekatan dengan surau ini. Sebenarnya dah lama nampak surau ini siap tetapi ianya mula digunakan agak lewat. Sama juga kisahnya dengan medan selera yang dibina sebaris dengan surau ini. Mengapa ia lewat digunakan tidak pula dapat dipastikan.

Senibina surau ini adalah moden dan banyak juga saf2 untuk jemaah bersolat di sini. Dalaman surau juga cantik terutama di bahagian mihrabnya. Dengan lampu2 backlit menyerlahkan lagi kecantikan surau. Ada juga bahagian solat untuk muslimah di sebelah belakang kiri. Menarik juga untuk ke surau ini sekali sekala. Kadang2 aku suka untuk bertukar2 surau. Aku biasanya akan ke Surau Taman Pauh Jaya yang lebih dekat dengan rumah. Selalunya aku suka berjalan kaki sahaja ke surau dan kalau nak ke surau yang baru ni kena jalan jauh sikit dan perlu lintas jalan besar.

Nikmati gambar2 di bawah.

 

 

Cantik seni bina surau ini

Suasana di dalam suaru di mana muazzin sedang melaungkan azan

Suasana setelah selesai solat

 Setakat ini dahulu, terima kasih.

14 ulasan:

  1. Aah, cantik suraunya. Kat sini ada dua buah surau di kawasan perumahan yang saya suka pergi bila terkejar nak solat sebab suraunya bersih dan selesa. Salah satunya macam pattern surau evoke ni lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kadang kita kena tukar2 tempat jugakan.

      Padam
  2. Balasan
    1. Tempatnya juga cantik, tepi kondo mewah! Kita yang duduk di rumah2 biasa ni bolehlah tumpang kecantikan dan kemewahannya. Harap terjaga dengan baiklah surau ni dari segi kebersihan, keceriaan dan kepatahuhannya pada sunnah Nabi (saw).

      Padam
  3. Balasan
    1. Iya mas, bumbungnya simple sahaja ditambah dengan dinding2 dari cermin. Terus nampak modern.

      Padam
  4. Mesjidnya terlihat cantik dan modern

    BalasPadam
  5. bagus pemaju condo ni, senibina surau dititikberatkan jg..nampak class..

    BalasPadam
  6. Surau yang cantik menambah nikmat beribadah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, harap jemaah pun semakin banyaklah dengan surau yang sebegini indah.

      Padam
  7. Surau nya termasuk besar 👍👍. Kalo di Indonesia surau tak sebesar ini.

    Senang kalo jumpa surau, musholla atau mesjid yang nyaman untuk sholat. Apalagi kalo sedang dalam perjalanan jauh. Bisa istirahat sebentar di surau atau mesjid tu rasa nyaman sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia Fenny, suraunya lumayan besar. Walaupun besar, solat Jumaat tidak dibenarkan.

      Padam
  8. Seni bina moden mmg cantik unik dan mengurangkan space ..betul tak? Alhamdulillah ada surau yg berdekatan rumah.. Syukur...

    BalasPadam