Selasa, Julai 23, 2024

Kenangan Backpackers

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini aku membaca satu cacatan blog dari blog Travel My Way.  Catatannya kali ini bertajuk 5 Tips Menjadi Seorang Traveler Backpackers Ke Luar Negara. Catatan ini sangat menarik pada aku kerana ia mengingatkan aku pada zaman-zaman aku rajin travel dahulu. Suatu masa dahulu ketika kerajaan banyak salurkan dana penyelidikan ke universiti, pensyarah berpeluang untuk hadir ke conference untuk membentangkan kajian mereka. Salah seorangnya puan isteri akulah. 

Makanya ketika itu banyak peluang untuk melihat dunia luar secara tidak langsung selain hadir ke conference tertentu. Bila hadir ke converence budget yang diberikan adalah sekadar cukup makan jadi kena keluarkan budget sendiri untuk selainnya. Apatah lagi kalau nak berjalan-jalan ke bandar lain. Ketika itu semestinya kewangan sangat terhad dan travel cara backpackers itu adalah biasa. Bila travel begini kepakaran menggunaan train dan bas adalah sangat perlu. Teringat kenangan semasa di Amsterdam, kami menginap di sebuah hotel yang jaraknya ke Amsterdam agak jauh. Selama beberapa hari kami akan ke Amsterdam dengan menaiki bas dan train untuk membeli makanan halal. Ketika itu bulan Ramadan, nak tak nak kena juga travel supaya dapat makan yang heavy untuk berbuka. Mulanya memang susah juga nak faham bagaimana jadual trainnya tetapi sebenarnya ia jadi menyeronokkan kerana biasanya ia akan ambil masa untuk faham dan bila betul tu kita happy dia lain macam. Terkejar-kejar itu adalah perkara biasa. 

Bila travel di luar negara ni kaki memang kena kuat, kena pakai kasut sport supaya boleh terkejar-kejar dengan selesa. Stamina juga kena fit dan banyakkan minum air di mana-mana sahaja. Jalanlah sebanyaknya di waktu siang dan tidur akan jadi tak sedar apa kerana penatnya berjalan. Kalau boleh tu kena praktis 5,000-10,000 step setiap hari. Kalau kena waktu sejuk oklah sebab jalan banyak pun tak terasa penat. Badan pun segar dan rasa lebih muda. Di kesempatan masa yang ada itu susunlah itinerari dengan backup plan sekali supaya kalau tak jadi ke suatu tempat adalah backup. Mosly pergilah ke mana pun semuanya akan jadi pengalaman walau pun bukan tempat-tempat tarikan pelancong. Akan ada sahaja benda-benda yang menarik. Pergilah ke pasar, flea market ke, buat research kerana mereka banyak buat event2 kecil yang menarik. 

Dah lama tak travel ke Europe sebenarnya, dengarnya sekarang risau sedikit kerana sentimen anti pelancong Islam/ Asia ni agak kuat di sana. Banyak perubahan lanskap politik di negara barat. Apapun sentiasa bertawakal dan berdoa di sepanjang permusafiran, antara ketikanya doa mustajab ialah ketika sedang bermusafir yang bukan tujuan maksiat. Moga ada rezeki untuk travel sementara masih sihat dan larat. Sekian dahulu catatan kali ini. Assalamualaikum. 

9 ulasan:

  1. moga2 ada rezeki kita utk travel ker mana2 destinasi dlm wishlist insya Allah

    BalasPadam
  2. syukurlah pernah pergi ke Eropah. Sy cuma mampu ke sempadan Thailand n Indonesia shj. belum ada rezeki nak terbang jauh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga ada rezeki nanti tu, cikgu ni susah sikit nak cuti panjang kan?

      Padam
  3. Apalah yg dituliskan si Hayam di atas ini Aya, semangat sangat berkomen 🤭.

    Saya terkadang rindu nak backpack banget dulu awal2 nikah dengan suami, kami pun seringnya backpack. Blm ada anak soalnya.

    Tapi sejak anak lahir, dah tak bisa 🤣🤣. Bawaan makin banyak, jadilah saya mulai membawa koper hingga sekarang. Tapi utk beberapa hal, macam naik public transport, pilih hotel dekat stasiun , banyak berjalan kaki, itu msh saya lakukan. Krn memang saya anggab bagian dari olahraga lah. Secara kalo traveling saya susah nak ke gym. Jadi banyak berjalan saja. Bisa dibilang saya menjadi flashpacker. Nantilah nak coba sesekali kalo traveling berdua suami utk backpacker lagi 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah terkejut pagi ni tengok komen banyak sangat sekali rupanya spam. Sebelum dah report spam tapi masih muncul lagi Hayam ni. Masalah sedikit jika backpackers polis biasanya suka nak check berbanding yang bawa luggage besar. Berjalan susah memadai, yang penting kakinya kuat.

      Padam
  4. zaman sekrg ada internet, mmg mudah nak backpacker...berjalan beribu langkah setiap hari tu mmg benar tapi bila balik M'sia, nak berjalan tu rasa malas..huhu..

    BalasPadam
  5. travel cara backpackers seronok & kaki kena kuat tp yg pnting byk perkara menarik menanti! hehehe

    BalasPadam
  6. Hari ini memang banyak jenis islamphobia yang bikin waswas tapi salutnya tidak mengurangi minat para muslim untuk traveling ke negeri eropa. Saya jadi teringat teman saya yang liburan ala backpacker alias tidak ada tour modal bekal info yang di kumpulkan ke negara yang agak setimen dengAn muslem padahal posisi jilbabnya sebesar mukena saya shalat dan seorang diri tapi salut dan hebatnya sekali mendayung 7 negara di lampaui

    BalasPadam