Ustaz Muein ni terkenal dengan dakwahnya melalui tadabbur Al-Quran. Biasa mengikuti kuliah-kuliah beliau secara online selama bertahun-tahun. Antara yang dikagumi bila ikuti kelas beliau, beliau akan tekankan pentingnya tadabbur kerana dengan tadabbur akan banyak menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Begitu juga dengan tadabbur ia akan membuatkan kita lebih faham tentang agama dan pegangan kita.
Sebelum itu sebenarnya semasa ke surau pada hari Rabu lepas ada seorang sahabat mengajak untuk ke kuliah ni bersama seorang lagi sahabat. Aku pun fikir-fikir ok dan inilah peluang untuk bersemuka dengan Ustaz Muein. Jika tidak hanya dapat tengok di alam maya sahaja. Lepas aku pun pergilah dengan menumpang kereta. Sepatutnya kelas mula lepas Maghrib qadarullah jadi lepas Isya kerana masalah flight delay dan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang. Tahu sahajalah bila hari Jumaat macam mana kesesakannya.
Selepas Isya ustaz pun sampai. Kagum dengan kesungguhan beliau, tidak sedikit pun beliau memberitahu kesusahannya atau keletihannya untuk sampai bahkan terus bersemangat menyampaikan kuliah tadabbur Surah Al-Muddaththir ayat satu hingga tujuh. Dalam kuliah ustaz menyebut ada pendapat yang mengatakan surah ini merupakan surah kedua diturunkan setelah turunnya wahyu pertama iaitu ayat satu hingga lima surah Al-Alaq (surah Iqra'). Dalam surah ini Allah menyeru kepada nabi saw yang masih dalam ketakutan kerana setelah menerima wahyu pertama yang secara langsungnya melantik Muhammad saw menjadi seorang nabi dan rasul. Dalam ayat satu hingga tujuh ini Allah memerintahkan nabi saw supaya keluar dari selimut (kerana ketakutan) dan menyuruh nabi keluar berdakwah dengan enam panduan iaitu; berdakwah dengan mengagungkan Allah, berdakwah dengan membersihkan pakaian, berdakwah dengan menjauhi maksiat, berdakwah dengan memberikan sesuatu dengan ikhlas dan akhir sekali berdakwah dengan bersabar dalam menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah.
Selesai kuliah hampir jam sebelas malam. Dalam perjalanan balik tu puan isteri telefon kerana anak bagitahu bapanya tak balik-balik lagi. Habis hilang semua semangat nak pergi berdakwah. Rakaman bagi kuliah ada di Facebook Ghulam Al-Dakwah. Sekian dahulu catatan kali ini. Assalamualaikum.
Diterbangkan dari luar kawasan.. Alhamdulillah bersemangat memberi ceramah.. Isteri dan anak adalah ujian juga dlm nk berdalwah semoga istiqomah amin
BalasPadamSemua pun ujian.
PadamTerima kasih link rakaman!
BalasPadamSama-sama uncle. Like Pagenya sekali, tak rugi.
Padamalhamdulillah. barakallah fiik
BalasPadamSemoga bermanfaat.
PadamSemoga selalu diberkati dengan pahala tak terputus untuk ustad, karena memberikan kajian yg sangat berisi sekali. Tanpa terlihat letih juga. 👍. Salut saya dengan para pendakwah seperti mereka.
BalasPadamBetul, bukan hanya ilmunya yang menjadi buruan, pelakuannya juga mencerminkan semangatnya dalam menyampaikan kajian. Dari Indonesia pun banyak pendakwah yang hebat2 dah suka juga saya mendengar kajian mereka.
Padam