Hujan lebat di awal pagi. |
Pagi tadi hujan lebat sekali selepas subuh, sebelum itu aku sempat ke surau dan hujan tiada tanda-tanda untuk turun pun. Nah semasa aku sedang menunggu anak bersiap tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Jika biasanya aku suka untuk bermotosikal sahaja tetapi bila hujan kena bawa keretalah. Isunya mesti akan lambat untuk sampai kesekolah kerana kesesakan. Rasanya pagi tadi lewat 15 minit dari waktu biasa anak sampai. Selesai menghantar anak ke sekolah aku pun terus menuju ke tempat kerja, aku pun terlewat sedikit kerana parkirnya jauh juga. Sesampai di pejabat aku beli roti ban perisa kacang merah dan air minuman untuk sarapan. Bila dah lambat kena buat cara lambatlahkan.
Pekerjaannya hari ini tertumpu kepada perbincangan Hospital Information System (HIS). Selain itu ada juga buat troubleshooting network, troubleshooting Windows yang slow amat dan troubleshooting Windows yang mengada-ngada update sendiri ke Windows 11, dah lah komputer tu pakai hard disk biasa, i3-8th gen pula tu. Memang kena revert balik ke Windows 10. Nasib baik cepat bagitau jadi masih boleh revert semula. Ada satu tools yang dicadangkan untuk stop update ke Windows 11 ni iaitu StopUpdate10, nanti boleh dicuba.
Petangnya setelah balik kerja aku terus mengambil anak di rumah kawannya kerana mereka buat kerja sekolah bersama katanya, setelah itu kami ke kedai makan. Aku suka untuk selesaikan makan malam awal supaya tak mengganggu waktu solat. Selesai Isya' aku akan berehat sebentar sebelum sambung belajar tentang tajuk "Keadaan Manusia Ketika Dihisab". Antara yang dipelajari ialah ada manusia yang susah hisabnya, ada yang mudah hisabnya dan ada juga yang langsung tidak dihisab. Dalam sebuah hadis disebut 70,000 dari umat nabi Muhammad terlepas dari dihisab iaitu; 1. Orang yang tidak minta diubati dengan besi panas, 2. Tidak meminta rukyah dari orang lain, 3. Tidak bertatayyur (menganggap ada sial apabila melihat sesuatu tanda), 4. Orang yang hanya bertawakal kepada Allah, antaranya seorang sahabat bernama Ukasyah Ibn Mihsan; HR Bukhari dan Muslim.
Sekian dahulu catatannya untuk malam ini. Hingga bertemu lagi.
Alhamdulillah.. balasan mereka yang tidak meletakkan perantara antara dia dan Allah..
BalasPadamBetul tu bro.
PadamSaya agak kurang paham yg poin 1 , orang yg tidak minta diobati dengan besi panas. Maksudnya apa ya bang? Besi panas di sini tak paham saya.
BalasPadamPenang sedang hujan trus yaaa. Jakarta pula panaaas dari Agustus kemarin. Makanya saya lagi tak nak kluar rumah kalo tak penting
Berkenaan berubat dengan besi panas saya juga tidak mengetahuinya, mungkin cara pengubatan dahulu yang ada cara lain yang lebih baik. Dalam perubatan walaupun ada larangan tertentu akan tetapi dalam kondisi tertentu tetap boleh digunakan jika tiada kaedah lain lebih baik atau dalam keadaan darurat.
PadamYa, Penang sedang musim hujan. Bagus juga untuk hibernasi cuma macet.
Naik motor memang cepat. Macam biasa kalau hujan akan lambat sikit dan tambah sesak. Biar lambat sampai asalkan selamat.
BalasPadamTerima kasih untuk perkongsiannya.
شركة تنظيف خزانات المياه بخميس مشيط
BalasPadamDi sini belum turun hujan... msh terasa panas.
BalasPadam