Rabu, September 11, 2024

Pertama Kali Mencuba Burger Di Burghub

Menarik persembahannya.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, semoga sentiasa dalam rahmat dan nikmat Allah. Kedua-duanya iaitu rahmat dan nikmat Allah perlu kita syukuri dengan sentiasa berlaku ta'at kepadaNya. Dua nikmat yang seringkali manusia lupa ialah nikmat sihat dan nikmat masa. Bila telah hilang keduanya amat susah bagi kita untuk bertindak dengan sebaiknya, jadi sementara masih ada keduanya kekallah di dalam keta'atan.

Catatan ringkas pagi ini adalah berkenaan pengalaman kali pertama mencuba burger di Burghub. Mula-mula aku sebut burgerhub rupanya burghub. Menarik juga nama dan konsep kedai franchais ini. Terang sekali menu utama yang mereka ingin tonjolkan ialah burger. Sebenarnya minggu lepas aku telah ada cuba ke kedai ni tetapi tutup pula. Aku kurang pasti tentang waktu operasi kedai ini pada masa itu. Setelah diselidiki rupanya waktu operasi mereka adalah pada setiap dari 3 petang hingga 11 malam kecuali hari Jumaat iaitu dari 3.30 petang hingga 11.30 malam. Mungkin di masa akan datang mereka boleh buka lebih awal lagi. 

Semalam aku dan Eryna ke Burghub di Perda, oh mereka setakat ini mempunyai tiga cawangan iaitu di Bandar Perda, Penang, Tasek Gelugor, Penang dan Bukit Banyan, Kedah. Masih tidak banyak tetapi aku berharap franchais ni dapat berkembang lagi perniagaannya. Semalam aku mencuba menu Gooey Cheese Burger, itupun ikut menu yang Eryna pilih. Dah kata first time mana nak tahu yang mana paling sesuai, lain kali boleh cuba menu lain pula. Banyak lagi menunya, boleh lihat di sini semua menunya. Bila mengambil pilihan set kita akan dapat compliment air dan fries. Pilihan untuk airnya agak terhad, harap lebih banyak pilihan dapat diberi di masa akan datang, friesnya kurang masin di mana ianya bagus, kelihatan agak berempah tetapi tiada rasa rempah pun. Digoreng hingga friesnya agak keras sedikit di mana ianya bagus juga. Yang penting sekali bagaimana rasa burgernya, pada aku berbaloi dengan harganya jika dibandingkan dengan franchais burger yang diboikot sekarang ni. Menu Gooey Cheese Burger ni meriah sangat dengan cheese whiz sause. Meleleh-leleh bila memakannya. Yang terlebih-terlebih tu boleh dibuat makan dengan fries tadi. Fuh menjadi juga menu ni cuma mungkin makannya agak comot sedikit. Mana hat makan control-control dicadangkan cuba menu lain haha. 

Setakat itu sahajalah perkongsian rasa kali ini, dah lama tah buat review jadi kita buat reviewlah kali ini. Blog ini macam-macam temanya, tiada niche tertentu. Sekian, jangan lupa cuba jika berkesempatan.

11 ulasan:

  1. owh..ada dekat belah peneng je...boleh cuba lah nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini di Penang dan Kedah, tak banyak cawangan lagi.

      Padam
  2. nampak sedap tu..tak pernah lg try burger kat sini..biasanya saya mkn burger beli kat texas chicken or marry brown jer (sbb dh boycott mcd dan kfc)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah, Taxes dan Marrybrown menjadi alternatif yang baik.

      Padam
  3. Setuju menarik persembahannya.
    Cuma kalau nak makan dengan bos, bf/gf kena fikir habis nisebab kena buka mulut besar-besar nak menikmatinya heheheee...

    BalasPadam
  4. Bersyukur juga dapat makan burger dan ada golongan di luar sana sudah tidak dapat makan burger kerana faktor kesihatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rugi tu bila dah tak dapat makan burger, antara makanan alternatif dari nasi.

      Padam
  5. Aisssh jadi kepingin balik Penang niiih, nak coba jugaaa 😍😄😄. Nampak sedaaap 🤤🤤.

    Saya pun tak terlalu suka kalo fries asin sangat. Tak bisa saya habiskan.

    BalasPadam