Memaparkan catatan dengan label penang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penang. Papar semua catatan

Rabu, November 06, 2024

Bertemu Tupai Kerawak Hitam Di Batu Ferringhi

Assalamualaikum dan selamat petang. Sambung catatan di Batu Ferringi hujung minggu baru ni. Setelah bersarapan dan ronda-ronda dengan kereta pagi tu kami berehat sebentar di resort. Kemudian apabila matahari mula memunculkan dirinya aku mengajak wife mandi kolam. Mulanya anak tak nak ikut tapi bila kami dan sampai dan orang pun tak ada masa tu tak lama lepas tu anak pun turun juga untuk mandi kolam. Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat. Ok juga kolamnya kerana luas. Tak lama setelah kami turun kemudian muncul dua couple mat saleh join. Dah jadi segan lah sikit kerana pakaian yang perempuannya boleh tahan kecilnya. Dalam beristighfar tu terjeling-jeling juga. Semoga Allah mengampuniku.

Tengah harinya kami makan agak lewat kerana telah maklum kedai di hadapan apartment ni buka jam tiga petang. Kami jadi pelanggan pertama. Kagum dengan si peniaga yang boleh handle berseorangan tempahan makanannya. Kami tempah tomyam, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan daging masak merah. Sedap betul rasa masakannya, harga pun murah bagi tempat tumpuan pelancong. Cuma tempatnya agak kecil jika ramai pelanggannya. Sedang kami makan, ternampak satu jenis tupai yang besar berwarna hitam. Rupanya nama tupai ni ialah Tupai Kerawak Hitam. Kata tuan kedai memang selalu tupai itu muncul dan nampak jinak betul.

Setelah makan kami menapak menuju pantai mengikut jalan yang ditunjukkan agen rumah yang kami sewa. Sampai di pertengahan jalan tiba-tiba ada anjing yang gayanya memang tak nak bagi kami lalu. Malas nak ambil risiko kami pun keluar dan mencari jalan lain, jalan punya jalan akhirnya kami masuk sahaja kawasan Hotel Shangri-La Rasa Sayang untuk ke pantai. Kiranya kami terpaksa mencerobohlah sedikit untuk melalui jalan pintas. Nasiblah pekerja di sana tak bertanya, hanya senyum sahaja, kami pun buat-buat macam guest mereka sahajalah.  

Malamnya kami keluar berjalan lagi ke kawasan Pasar Malam Batu Ferringhi. Dah banyak juga berubah namun tak banyak yang menarik pun. Hanya cuci mata sahaja dan merancang untuk makan di kawasan itu. Sebelum balik ke apartment kami singgah makan malam di sebuah kedai yang menyediakan kebab shawarma. Sedap kebabnya dan sedap juga harganya. Tidak hairan kerana ia berada di tengah kawasan pelancong, pasti banyak keuntungannya kedai ini. Selesai itu kami pun balik untuk merehatkan diri dan tidur.

Rabu, September 18, 2024

Jem Teruk Dari Penang ke Cyberjaya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu ini aku mengambil cuti sambungan dari cuti ganti Hari Malaysia dan Maulidul Rasul pada hari Isnin. Perancangannya nak ke Cyberjaya dan juga ke Gombak pada hari Selasa. Hari Selasa itu Sebelum bertolak ada beberapa perkara dahulu yang perlu diselesaikan. Pertamanya Eryna ada temujanji dengan doktor di Klinik Dermatologi di Hospital Pulau Pinang. Kulit dia ada masalah vitiligo sejak beberapa tahun ini. Apapun untuk sembuh memang agak susah, sekarang ini yang penting dapat menstabilkan kulit dan mengelak dari semakin merebak. Pagi tu selepas Subuh dah kelam kabut bersiap, sedang bersiap tiba-tiba kad temujanjinya tak jumpa pula. Setelah kecoh satu rumah akhirnya jumpa juga. Biasanya memang akan bertolak awal supaya tak kena jem dan juga supaya dapat parking di Hospital Pulau Pinang. Jika lambat memang susah nak dapat parking. Pagi itu pula hujan sangat lebat. Nasib baik jalan kurang jem mungkin kerana cuti sekolah. Perjalanan ke hospital, urusan berjumpa doktor dan urusan mengambil ubat agak cepat juga selesainya. Setelah selesai, kami pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah aku pun dropkan Eryna dan minta dia siapkan beg untuk ke Cyberjaya dan Gombak manakala aku pula pergi drop parcel yang berisi laptop. Ada kawan minta carikan laptop dan kebetulan aku memang ada laptop nak jual, harga memang below market price, dah siap setting cun-cun untuk kegunaan pejabat. Kawan ni menguruskan syarikat di Kuantan, sudah beberapa kali juga dia membeli laptop dari aku. Dia meminta aku pos menggunakan GDex, aku ikutkan sahaja apa kehendaknya walaupun menurut sayarikat yang menguruskan pos barang itu GDexlah yang paling mahal berbanding syarikat lain, tetapi harapnya supaya parcel diuruskan dengan baiklah sehingga sampai ke tangan pembeli.

Selesai mengepos barang kami pun siap-siap untuk bertolak ke Cyberjaya bagai manapun masih ada 3 perkara perlu diselesaikan iaitu menghantar Gumiko (seekor kucing betina yang berusia setahun lebih) ke tempat tinggal sementara, ada yang menyebutnya hotel kucing, asrama kucing atau boarding. Di tempat ini kadar sewaannya adalah RM10 sehari dengan syarat makanan telah disediakan. Setelah itu kami singgah ke SMK Pauh Jaya kerana ada urusan mengambil slip dan seterusnya ke kedai makan untuk bersarapan merangkap makan tengah hari. Memang aku dah plan untuk tidak makan tengah hari dalam perjalanan kerana akan rugi masa, berhenti pun hanyalah untuk toilet break dan solat di surau R&R.

Perjalanan dari Penang ke Cyberjaya semalam sangat menduga kesabaran kerana teruk betul jemnya. Banyak kenderaan dan hujan juga di beberapa ketika. Kami bertolak jam 11 pagi dan sampai ke Cyberjaya jam 7 malam. Masalah betul bila berjalan waktu cuti sekolah, di mana-mana akan jem. Perancangannya aku akan bermalam 2 malam di Cyberjaya dan 2 malam lagi di Gombak. Nanti hari Sabtu akan pulang semula ke Penang, harapnya tak lah jem terus macam semalam. 

Rabu, September 11, 2024

Pertama Kali Mencuba Burger Di Burghub

Menarik persembahannya.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, semoga sentiasa dalam rahmat dan nikmat Allah. Kedua-duanya iaitu rahmat dan nikmat Allah perlu kita syukuri dengan sentiasa berlaku ta'at kepadaNya. Dua nikmat yang seringkali manusia lupa ialah nikmat sihat dan nikmat masa. Bila telah hilang keduanya amat susah bagi kita untuk bertindak dengan sebaiknya, jadi sementara masih ada keduanya kekallah di dalam keta'atan.

Catatan ringkas pagi ini adalah berkenaan pengalaman kali pertama mencuba burger di Burghub. Mula-mula aku sebut burgerhub rupanya burghub. Menarik juga nama dan konsep kedai franchais ini. Terang sekali menu utama yang mereka ingin tonjolkan ialah burger. Sebenarnya minggu lepas aku telah ada cuba ke kedai ni tetapi tutup pula. Aku kurang pasti tentang waktu operasi kedai ini pada masa itu. Setelah diselidiki rupanya waktu operasi mereka adalah pada setiap dari 3 petang hingga 11 malam kecuali hari Jumaat iaitu dari 3.30 petang hingga 11.30 malam. Mungkin di masa akan datang mereka boleh buka lebih awal lagi. 

Semalam aku dan Eryna ke Burghub di Perda, oh mereka setakat ini mempunyai tiga cawangan iaitu di Bandar Perda, Penang, Tasek Gelugor, Penang dan Bukit Banyan, Kedah. Masih tidak banyak tetapi aku berharap franchais ni dapat berkembang lagi perniagaannya. Semalam aku mencuba menu Gooey Cheese Burger, itupun ikut menu yang Eryna pilih. Dah kata first time mana nak tahu yang mana paling sesuai, lain kali boleh cuba menu lain pula. Banyak lagi menunya, boleh lihat di sini semua menunya. Bila mengambil pilihan set kita akan dapat compliment air dan fries. Pilihan untuk airnya agak terhad, harap lebih banyak pilihan dapat diberi di masa akan datang, friesnya kurang masin di mana ianya bagus, kelihatan agak berempah tetapi tiada rasa rempah pun. Digoreng hingga friesnya agak keras sedikit di mana ianya bagus juga. Yang penting sekali bagaimana rasa burgernya, pada aku berbaloi dengan harganya jika dibandingkan dengan franchais burger yang diboikot sekarang ni. Menu Gooey Cheese Burger ni meriah sangat dengan cheese whiz sause. Meleleh-leleh bila memakannya. Yang terlebih-terlebih tu boleh dibuat makan dengan fries tadi. Fuh menjadi juga menu ni cuma mungkin makannya agak comot sedikit. Mana hat makan control-control dicadangkan cuba menu lain haha. 

Setakat itu sahajalah perkongsian rasa kali ini, dah lama tah buat review jadi kita buat reviewlah kali ini. Blog ini macam-macam temanya, tiada niche tertentu. Sekian, jangan lupa cuba jika berkesempatan.

Ahad, November 19, 2023

Nasi Kandar Utama

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Sebelum ni saya ada blogkan yang saya kurang suka dengan blog yang terlalu kerap diupdate dan ada rakan2 blogger yang memberi komen yang mereka suka blog yang kerap diupdate. Ada juga yang menyatakan lebih baik kerap diupdate dari tidak diupdate atau tak tahu bila nak update. Bila aku fikir2kan betul juga dan aku tarik baliklah pendapat awal aku tu. Aku bukan baru dalam dunia blog ni dan pasti ramai rakan2 blogger juga bukannya orang2 baru. Sudah faham sangat dengan dunia blog yang ada pasang surutnya. Sementara kita rajin dan berkesempatan updatelah sebanyak mana pun. Kita sebenarnya menghargai nilai sesuatu pengalaman itu dan ada rasa ingin berkongsi. Berapa banyak kita jumpa blog2 yang bagus2 yang dah berhenti mengupdate.

Pagi tadi selepas solat Subuh di surau berdekatan rumah aku terus morning walk secara solo. Biasanya aku berseluar dan bertshirt ke surau kalau nak berjalan2 selepas itu. Jika berkain pelikat dengan baju melayu atau kurta kurang sesuailah pula. Aku selalu berpendapat untuk solat ini jangan terlalu susahkan diri fikir pakaian yang sesuai. Asalkan suci dan bersih, pakailah apa sahaja supaya motivasi untuk berjemaah di surau itu tidak disekat2. Aku bermorning walk tidaklah jauh, hanya dalam 3km sahaja. Jadilah itupun dan makan masa setengah jam. 

Dalam perjalanan tu sempatlah singgah pula dulu ke Nasi Kandar Utama yang dekat simpang tu. Bukan apa kalau boleh nak settlekan apa2 yang boleh settle dengan cepat. Minta mamak tu bungkuskan roti canai dan tosai untuk bersarapan di rumah. Minggu ni puan isteri tak balik ke Penang sebab dia ada retreat di Melaka dengan staf2 bahagian dia. Hujung minggu depanlah baru dia balik ke Penang. Kebanyakannya untuk keperluan makanan akan beli sahaja. Berbalik kepada Nasi Kandar Utama ni, sebenarnya restoran ni baru sahaja di buka, mungkin dalam 2 bulan ni. Ia jadi kedai mamak alternatif kepada Nasi Kandar Astana yang letaknya dalam blok yang sama cuma di hujung yang berlainan. Kebanyakan orang suka bila ia dibuka kerana setakat ini nampak kebersihannya terjaga elok. Satu masalah bagi2 restoran2 di Penang ni ialah kebersihan, sampaikan ada restoran yang di arah tutup sebulan untuk buat perubahan dari segi kebersihan. Harap kedai baharu ni dapat maintain bab kebersihan tu.  

Isnin, November 06, 2023

Surau Evoke Pauh Jaya

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga sihat di samping keluarga. Pagi ni nak pos berkenaan satu surau baharu yang dibina berdekatan taman perumahan yang kami tinggal. Namanya Surau Evoke Pauh Jaya, sebenarnya baru sahaja tahu nama surau ni sebegini bila melihat kepada papan tanda yang terpampang pada tempat masuk utama ke dalam surau.

Surau ini dibina bersekali dengan Kondominium Evoke yang letaknya berdekatan dengan surau ini. Sebenarnya dah lama nampak surau ini siap tetapi ianya mula digunakan agak lewat. Sama juga kisahnya dengan medan selera yang dibina sebaris dengan surau ini. Mengapa ia lewat digunakan tidak pula dapat dipastikan.

Senibina surau ini adalah moden dan banyak juga saf2 untuk jemaah bersolat di sini. Dalaman surau juga cantik terutama di bahagian mihrabnya. Dengan lampu2 backlit menyerlahkan lagi kecantikan surau. Ada juga bahagian solat untuk muslimah di sebelah belakang kiri. Menarik juga untuk ke surau ini sekali sekala. Kadang2 aku suka untuk bertukar2 surau. Aku biasanya akan ke Surau Taman Pauh Jaya yang lebih dekat dengan rumah. Selalunya aku suka berjalan kaki sahaja ke surau dan kalau nak ke surau yang baru ni kena jalan jauh sikit dan perlu lintas jalan besar.

Nikmati gambar2 di bawah.

Jumaat, Ogos 11, 2023

Perlunya Laluan Mesra Pejalan Kaki (Pedestrian-Friendly)

Sekitar Seberang Jaya
Assalamualaikum buat semua pembaca blog cabuk ini. Semoga terus rajin membaca dan menulis catatan-catatan kehiudupan yang pendek ini. Ketika menaip blog ini aku baru sahaja sampai ke pejabat dari masjid setelah selesai menunaikan Solat Jumaat. Kadang2 aku prefer untuk berjalan kaki ke masjid walaupun ada motosikal atau kereta. Jarak di antara pejabat dengan masjid yang terdekat ni adalah 1km. Jadi jarak pergi dan balik adalah 2km sebab 2x1=2. Banyak kali juga aku buat perangai ni. 

Dalam pada berjalan-jalan tu aku terfikir kenapa di Malaysia ni orang kurang berjalan sedangkan kalau di luar negara berjalan kaki berkilo meter ni perkara biasa. Ada yang kata kerana Malaysia ni panas, masalahnya di luar sana ada juga waktu yang panas bahkan mungkin lebih panas dari suhu di negara kita. Pada aku ada satu faktor penting lagi selain cuaca iaitu perlunya ada laluan mesra pejalan kaki. Orang putih kata pedestrian friendly. Sengaja aku petik perkataan Inggeris kerana term ini dah biasa diperjuangkan di luar sana namun di Malaysia agak kurang. Dalam kempen2 pilihanraya tak ada langsung kedengaran mana-mana pihak memperjuangkan perkara ini. 

Kalau nak dihuraikan tentang kebaikian laluan mesra pejalan kaki ni pasti panjang lagilah entry kali ni, tapi saya berhenti dahulu setakat ini. Kalau rajin nak senaraikan boleh senaraikan kat komen. Haha. Sekian, terima kasih.

Isnin, Julai 31, 2023

Anak Demam & Lexis Suites Penang

Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam postingan kali ini. Kali ini nak rangkumkan dua update dalam satu entry. Tak larat nak update banyak kali macam hangpa semua blogger tegar. Kami ni hanya acah2 blogger sahaja. Dah give-up dengan mainstream media sosial, itu yang rasa nak berblog pula. 

Ceritanya dari hari Khamis baru ni, anak mula demam lepas dia balik sekolah. Kebetulan tengah minggu exam jadi sepatutnya Jumaat tu hari lastlah examnya. Sekali dia demam dan Jumaat tu waktu aku bangun sahur untuk puasa Hari Asyura dia ada kat bawah, dia bagitau dia demam dan tak larat nak pergi sekolah.

Pagi tu aku bawalah dia ke hospital, check suhu 40 darjah C. Tak pernah lagi setinggi ni. Doktor kena diagnose lebih sikit jadi kena ambil darah dan kena monitor selepas 1 jam makan panadol. Selepas satu jam menunggu turun sikit sahaja menjadi 38.8 darjah C. Lepas tu ambil ubat, belikan makanan untuk dia dan hantar dia balik rumah. Sampai2 rumah terus dia tidur. Mungkin malamnya tu tak boleh nak tidur nyenyak.

Masuk cerita kedua pula. Petangnya tu check-in Lexis Suites Penang sebab puan isteri ada bengkel yang dibuat di situ. Beruntung dapat kelulusan untuk buat bengkel di tempat macam ni. Paling syoknya Lexis ni dia ada kolam dalam bilik, dalam bilik ada 2 katil queen. Syoklah kalau nak habiskan masa di sini. Makanannya juga sedap2. Waktu wife berbengkel kita beremdam dalam kolam. Anak yang demam tu pun masuk juga kolam cuma tak seaktif biasa. Kalau sejuk masuk sauna. Sauna ada sebelah kolam sahaja. 

Satu malam sahaja di hotel ni. Tengah harinya kami pun check-out untuk balik rumah.  

Ahad, Julai 11, 2021

Nasi Kak Wok Izzul Station Cawangan Perda

Assalamualaikum. Dah lama tak update blog padahal sepatutnya banyak sahaja benda yang boleh diblogkan. Saja nak pos berkenaan Nasi Kak Wok Izzul Station Cawangan Perda, Pulau Pinang. Sebenarnya minat juga menu simple macam nasi Kak Wok ni. Dari mana datangnya Nasi Kak Wok ni pun tak dapat dikenal pasti asal usulnya. 

Dulu masa kerja di INSTUN bila ada mesyuarat di Putrajaya kadang kalau time balik rasa nak makan biasanya driver akan bawa ke Warung Cikgu di Puchong yang menyediakan menu Nasi Kak Wok ni. Menunya simple, harga pun berbaloi dengan kandungannya. Yang penting cepat dapat. 

Jika di bandingan dengan Warung Cikgu tu rasanya masih belum dapat nak lawan kepuasan makan dan kesedapannya. Ayam goreng potong kecil2nya lebih menarik berbanding yang di Perda ni. Apa pun sebenarnya terpengaruh dengan Penang Kini punya posting jadi mencarilah kedai ni tengah hari tadi.

Semoga terus maju jaya dalam menyediakan hidangan yang simple, cepat dapat dan tak perlu fikir banyak ni di zaman yang serba mencabar ini.


Selasa, November 03, 2015

Toy Museum Heritage Garden II

Spawn
Star Wars
Buchuk
Hellraiser
Hellraiser
Iron Maiden Eddie - Somewhere in Time
Iron Maiden Eddie - The Number of The Beast
Iron Maiden Eddie  - The Trooper
Pening pilih mainan mana nak beli

Toy Museum Heritage Garden I

Dari movie Pirates of the Carribean
Dari movie Pirates of the Carribean
Dari movie The Lord of the Rings
Chess set The Lord of the Rings
Military
Military
Military
Military
Hellboy

Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Lama tak meninjau-ninjau pantai
Peace yo
Dulu rasanya takde lagi bangunan ni
Konon-konon tengah tahan bangunan
Apahal pulak tu?

Peace yo!

Jumaat, November 02, 2012

Kereta Tercampak Ke Dalam Laut Dari Jambatan Pulau Pinang

Car flips off Penang bridge - General - New Straits Times:

"GEORGE TOWN:  AN accounts clerk was killed when his car crashed through the guardrail of   Penang bridge and plunged into the sea early yesterday."
Pagi semalam masa on the way ke USM ada nampak polis dan beberapa kenderaan di atas bahu Jambatan Pulau Pinang. Tertanya-tanya juga apa yang terjadi memandangkan agak banyak kenderaan yang berhenti. Pagi ini baru dapat tahu bahawa ada kereta tercampak ke dalam laut. Mangsa berseorangan mati lemas.

Sebelum-sebelum ini katanya tidak pernah lagi kereta tercampak ke dalam laut. Kadang bila bawa motor lalu jambatan ini terbayang juga macam mana kalau tercampak! Then terus memperlahankan motor. Selalu tengok orang bawa motorsikal punyalah laju atas jambatan.

Rabu, Oktober 10, 2012

Gambar dari atas bukit USM menghadap Jambatan Pulau Pinang

Pagi tadi agak awal sampai ke USM dari rumah. Matahari agak cepat meninggi pagi tadi jadi terus aku terfikir untuk ambil gambar. Biasanya ambil gambar spontan sahaja tapi pagi tadi semangat aku ke satu port yang agak tinggi menghadap ke timur. Sedang elok matahari tengah naik.



Selasa, Oktober 09, 2012

Empat situasi berbeza di Universiti Sains Malaysia ketika matahari terbenam

Petang tadi aku balik lambat dari ofis. Malam baru balik hampir jam 8 malam. Sementara ketika itu sempat meninjau-ninjau matahari terbenam. Asyik juga permandangan dari tingkat 3 ini.

Khamis, Jun 23, 2011

Good morning semua

Cantik langit pagi ni. Hari ni sambung write paper bertajuk "Integrating Facebook Games in Classroom Teaching".

Selasa, Mei 17, 2011

Jambatan kedua Pulau Pinang

photo 1.JPG
Gambar ni mmg takde kena mengena dengan jambatan kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan. Saje letak gambar ni sbb td baru perasan @erynazu baru tumbuh gigi ketiga.

photo 2.JPG
Ni baru gambar pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, dengan byk masalah jugak dalam projek ni, biasa la kan bila kerajaan negeri berubah, byk la isunya. Negara kita ni masih belum biasa tukar2 kerajaan ni.

photo 3.JPG
Satu lagi gambar jambatan kedua dengan efek yang berlainan.

photo 4.JPG
Ada pulak org menjala hari ni, nampak macam pendatang tanpa izin dari Bangladesh, ntah la mungkin ada permit kerja sementara. Bukan permit menjala.

photo 5.JPG
Ni pulak mungkin pendatang dari Sumatera, landing di Queensbay. Buat muka selamba je mcm tak buat salah.