Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Ahad baru ni kami bertiga keluar untuk makan tengah hari di De Pauh Garden dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dah lama sebenarnya tak ke restoran ni. Ingat lagi dalam 14 tahun dulu waktu mula-mula pindah ke Permatang Pauh restoran inilah antara yang mula diterokai. Masa tu suasananya tidaklah sehebat sekarang ini, pengunjung pun tak seramai sekarang ni. Kalau malam memang penuh orang selalunya.
Sebenarnya kami ke situ sudah agak lewat untuk makan tengah hari, rasanya dalam pukul 3 macam tu. Di antara menu yang di tempah ialah ikan jenahak masak kari, sayur bendi goreng dan telur dadar. Aku dan isteri makan nasi manakala Eryna pula biasalah bila keluar tempat macam ni terus tekak jadi tekak minah saleh jadi dia tempah speghetti meatball.
Sementara menunggu makanan sampai ternampaklah stall aiskrim dalam restoren ini juga, aku pun teruslah ke situ untuk beli aiskrim dahulu.Bila ditanya harganya sebekas kecil tu harganya RM8.10 huhu, telan air liur jugalah tapi ambil jugalah satu bekas yang berperisa durian. Puan isteri suka durian jadi bila ada durian akan pilih yang itulah. Ada beberapa perisa lain lagi, yang aku ingat ada juga pure strawberry. Sekejap tadi sempat juga aku cari brand ni, rupanya memang mereka bekalkan aiskrim premium untuk hotel-hotel dah mereka ada jual online juga melalui web https://www.merryme.co/. Sekali sekala nak merasa yang premium ni bolehlah, tengok harga online macam lagi mahal sahaja. Mungkin ada icepack sekali barangkali.
Sedap aiskrimnya, terasa juga kepremiumannya. |
Cantik bekas pakagingnya. |
Setakat ini dahulu, terima kasih.
uish..sedap nampak tu
BalasPadamTerliur plak aiskrim tu
BalasPadamMerryme? Uish! Terkejut uncle!
BalasPadamYang melibatkan durian mesti mahal. Takpelah, sesekali merasa kan. Rindu pula Permatang Pauh ni masa zaman study dulu. Nak jauh sikit jalan jalan cari makan di Perda.
BalasPadamooo patut laa x penah jumpa kat kedai2 biasa...
BalasPadamTak apa mahal, yg penting rasa memang sedap. Teringin pula sayaa 😍😍😍. Perisa durian pun fav saya sangaaat
BalasPadam