Isnin, Oktober 14, 2024

Tausiyah Sheikh Maher Bin Hamad Al-Muaiqly

Assalamualaikum dan selamat pagi. Catatan kali ini hanya nak kongsikan video tausiyah Sheikh Maher Al Muaiqly di Masjid Shah Alam pada hari Jumaat yang lepas. Sheikh Maher ini merupakan imam senior di Masjidil Haram, bacaannya sangat sedap. Bagi yang pernah ke Mekan untuk umrah atau haji pasti syahdu mendengan bacaannya ketika solat. Bila didengari bacaannya ketika sudah pulang ke tanah air pasti sayu terkenang kenangan di tanah suci.

Hari Jumaat baru ni beliau telah dijemput oleh Menteri Agama ke Malaysia, beliau telah dijadualkan menjadi khatib di Masjid Putra di Putrajaya dan malamnya menyampaikan tausiyah di Masjid Shah Alam. Aku sendiri teruja dengan kehadirannya dan jika boleh memang nak solat jumaat di Masjid Putra pada hari Jumaat itu dan apakan daya tidak berkesempatan. Selain itu yang ditunggu-tunggu ialah sesi tausiyah pada malamnya di Masjid Shah Alam. Malam itu selepas Maghrib di surau aku terus mengikuti siaran langsung yang dibawa sendiri oleh pihak Masjid Shah Alam. Mulanya aku ingatkan tiada terjemahan sekali ada terjemahan yang mantap oleh Ustaz Ahmad Hasyimi Che Pa. Sheikh Maher terkadang sebak dan menangis ketika menyampaikan tausiyahnya menyebabkan aku pun turut sebak. Doanya di akhir pun menyentuh hati. Di antara sebab aku kongsikan di sini ialah aku nak tengok semua dan membuat catatan berkenaan isi tausiyahnya (insyaAllah). Ikuti rakamannya di bawah. 

Update: Video rakaman telah dibuang oleh Masjid Shah Alah kerana perbezaan pandangan. Telah ada yang menguploadnya semula ke fb https://www.facebook.com/share/v/fMjqvTjzgQsdeHat/.

6 ulasan:

  1. bila buka, video unavailable. this video is private :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah diremove pihak Masjid Shah Alam, mulanya yang di fb kemudian yang di yt. Nasib ada yang menguploadnya semula https://www.facebook.com/share/v/fMjqvTjzgQsdeHat/.

      Padam
  2. Video nya memang tak bisa dibuka ya bang? Waahhh beruntungnya bisa ikut tausiyah dari beliau 👍. Dan bagus juga disediakan terjemahan utk bisa paham apa yg disampaikan ustad ya bang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telah diremove. Di Malaysia ini ada masalah aliran, telah dijemput, dilayan balik kemudian rakaman tausiyah diremove kerana ada perbedaan pandangan. Ada yang menguploadnya semula ke fb https://www.facebook.com/share/v/fMjqvTjzgQsdeHat/

      Padam