Isnin, Oktober 21, 2024

Masjid Permatang Janggus Selepas Ubah Suai Besar-besaran

Assalamualaikum dan selamat pagi. Harap semua berada dalam ketenangan kerana ketenangan merupakan satu dari nikmat yang amat kita perlukan dalam menjalani hidup seharian. Tanpa ketenangan jiwa pelbagai masalah boleh timbul pada hubungan kita dengan orang-orang di sekeliling kita dan juga kepada hubungan kita dengan Allah. 

Jumaat lepas berpeluang ke satu masjid yang aku teringin nak pergi. Namanya Masjid Permatang Janggus di Permatang Pauh. Jumaat itu hujan dari pagi hingga ke tengah hari. Kebiasaannya aku suka berjalan kaki ke Masjid Jamek Seberang Jaya tetapi disebabkan hujan terpaksalah merngubah kebiasaan. Sudahnya aku menumpang kereta rakan sekerja dan mereka memilih untuk ke masjid ini. Mungkin kerana lebih mudah untuk balik semula dan dapat mengelak kesesakan. 

Aku pula agak teruja kerana masjid ni pernah aku hadiri dahulu sebelum ubah suai besar-besaran. Dari luar nampak jauh berbeza masjid ini jika di bandingkan dengan yang lama. Dulu beberapa kali juga aku ke masjid ini untuk mengikuti kuliah-kuliah Maghrib, dahulu seronok kerana masjid bebas memanggil mana-mana ustaz dari pelbagai aliran pemikiran, sekarang ni hanya aliran tertentu dibenarkan dan jika tiada tauliah khas maka tidak dapatlah ustaz itu memberi kuliah. Satu kerugian dari satu segi, kadang yang diberi tauliah pula menyampaikan yang tidak sepatutnya seperti amalan-amalan yang bukan datang dari nabi saw. 

Apa pun selepas ubah sian ini masjid menjadi lebih luas maka ia dapat menampung lebih ramai jemaah. Selesa juga dan lebih modern.

Mimbar masjid.

Masjid lama sebelum ubah suai.

Satu lagi gambar Masjid Permatang Janggus sebelum ubah suai.
Sekian dahulu.
 

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah tuan...kerana suka dan itu sepatutnya untuk sentiasa berada di masjid...bukan waktu solat Jumaat tetapi untuk hari-hari yang biasa juga....masjid diubah suai kerana ada bajet atau dana...terbaik la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila masjid cantik, selesa dan berjaga semangat nak ke masjid.

      Padam
  2. kalau di johor, carpet masjid ada satu design sahaja. semua wajib pakai design karpet yang sama. Rekabentuk masjid juga perlu kelulusan Majlis agama Islam negeri, begitu hiasan dalamannya. tidak boleh berlebihna dan tidak boleh juga terlalu simple

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh, baru tahu strict Johor dalam hal ni ya. Ada standard yang perlu diikuti., bagus macam tu ada pemantauan.

      Padam
  3. Waaah terlihat bedanya memang JD lebih modern πŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏ. Saya penasaran pula kenapa skr hanya aliran tertentu saja yg bisa memberikan ceramah. Aliran tertentu ini aliran apa bang?

    Tapi kalo ada yg memberikan tausiyah secara melebih2kan, bukan dari Sunnah nabi, memang agak mengkuatirkanlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sini penceramah perlu ada tauliah mengajar, untuk dapat tauliah perlu tapisan yang ketat. Cuma kadang jadi isu bila aliran pemikiran tak sama terus sahaja ditolak sedangkan yang diberi kebenaran, mengajarkan perkara yang bukan sunnah nabi pula.

      Padam
  4. Alhamdulillah lebih selesa setelah diubahsuai.

    BalasPadam