Memaparkan catatan dengan label jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jumaat. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 21, 2024

Masjid Permatang Janggus Selepas Ubah Suai Besar-besaran

Assalamualaikum dan selamat pagi. Harap semua berada dalam ketenangan kerana ketenangan merupakan satu dari nikmat yang amat kita perlukan dalam menjalani hidup seharian. Tanpa ketenangan jiwa pelbagai masalah boleh timbul pada hubungan kita dengan orang-orang di sekeliling kita dan juga kepada hubungan kita dengan Allah. 

Jumaat lepas berpeluang ke satu masjid yang aku teringin nak pergi. Namanya Masjid Permatang Janggus di Permatang Pauh. Jumaat itu hujan dari pagi hingga ke tengah hari. Kebiasaannya aku suka berjalan kaki ke Masjid Jamek Seberang Jaya tetapi disebabkan hujan terpaksalah merngubah kebiasaan. Sudahnya aku menumpang kereta rakan sekerja dan mereka memilih untuk ke masjid ini. Mungkin kerana lebih mudah untuk balik semula dan dapat mengelak kesesakan. 

Aku pula agak teruja kerana masjid ni pernah aku hadiri dahulu sebelum ubah suai besar-besaran. Dari luar nampak jauh berbeza masjid ini jika di bandingkan dengan yang lama. Dulu beberapa kali juga aku ke masjid ini untuk mengikuti kuliah-kuliah Maghrib, dahulu seronok kerana masjid bebas memanggil mana-mana ustaz dari pelbagai aliran pemikiran, sekarang ni hanya aliran tertentu dibenarkan dan jika tiada tauliah khas maka tidak dapatlah ustaz itu memberi kuliah. Satu kerugian dari satu segi, kadang yang diberi tauliah pula menyampaikan yang tidak sepatutnya seperti amalan-amalan yang bukan datang dari nabi saw. 

Apa pun selepas ubah sian ini masjid menjadi lebih luas maka ia dapat menampung lebih ramai jemaah. Selesa juga dan lebih modern.

Mimbar masjid.

Masjid lama sebelum ubah suai.

Satu lagi gambar Masjid Permatang Janggus sebelum ubah suai.
Sekian dahulu.
 

Isnin, Jun 03, 2024

Mengambil Anak Yang Baru Balik Dari Bangkok

Assalamualaikum semua, selamat bercuti extra long kerana Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Catatan kali ni ialah berkenaan perjalanan mengambil anak (F, 14 tahun) yang baru balik dari bercuti ke Bangkok. Sebenarnya perancangan awal dia tak ikut trip ke Bangkok ni. Trip ini adalah perancangan mak-mak saudara dia yang kebanyakkannya cikgu. Mereka pakat-pakat ke Bangkok sempena cuti sekolah seminggu ni. Entah macam mana bila Eryna terdengar tentang tri ni dia kata dia nak ikut. Maknanya dia akan join tanpa ibu bapanyalah. tengok dia confident sahaja dan kebetulah dia sedang obses dengan Thailand (dramanya, TPOPnya dan bahasanya). Dia sampai belajar dah bahasa Thai sebelum ni. Bukan setakat itu sahaja, dia juga ada berangan untuk sambung belajat di Universiti Chulalongkon di Bangkok nanti. Dia sana dia join sahajalah itenerari yang telah ditetapkan, ada sepupu-sepupu kira ok sahajalah dia.

Jadinya pada hari Jumaat lepas aku apply cuti rehat sebab nak ambil dia malam tu. Pagi-pagi aku dah bertolak ke Cyberjaya supaya dapat solat Jumaat. Aku berpegang bahawa Solat Jumaat tidak boleh diganti Zohor walaupun bermusafir. Lebih baik tidak bermusafir daripada meninggalkan solat Jumaat. Alhamdulillah Allah permudahkan untuk sampai ke Masjid Haji Fisabilillah di Cyberjaya awal sedikit dari waktunya. Masjid ini memang kena datang awal sebab ruang solat utamanya agak terhad dan jika solat di luar boleh tahan panasnya. Selepas solat terus cari nasi beriayani di kedai mamak padahal semalam (Khamis) baru berbuka nasi beriani. Entah mengapa nasi beriani ni agak sinonim dengan hari Jumaat pada pemikiran aku. 

Petangnya kami menunggu di Putrajaya Sentral kerana mereka naik train dari KLIA supaya tidak susah. Ada juga yang parking kereta di situ. Lama juga menunggu sebab mereka solat dan makan dahulu di KLIA. Sampai-sampai punyalah seronok dia nak bercerita pengalaman dia. Semoga sedikit pengalaman ini dapat menambah confident dalam diri dia dan menjadi lebih pemberani. Malam tu kami tidur di Everly kerana kebetulan puan isteri ada bengkel sampai hari Sabtu. Nanti sambung lagi sebab dah nak masuk Asar pula ni.

Jumaat, November 24, 2023

Masalah Untuk Comment Atau Reply Comment Pada Blog

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini adalah hari Jumaat penghulu segala hari. Dalam bahasa Arab, hari Jumaat disebut yaum al-jumuah. Kita di Malaysia atau Nusantara menggunakan nama hari berasaskan bahasa Arab. Bahasa Arab menggunakan nombor bagi sebahagian dari nama hari iaitu wahid (1) - Ahad, isnaini (2) - Isnin, thasasah (3) - Selasa, arba'a (4) - Rabu dan khamsah (5) - Khamis. Jadi jelas Ahad - Khamis adalah berasaskan nombor 1 - 5. Jumaat dan Sabtu tidak menggunakan asas nombor. Jumaat dari jemaah iaitu di mana padanya orang2 lelaki diwajibkan solat Jumaat secara berjemaah dan Sabtu pula saya kurang ingat dari perkataan apa tetapi bermaksud rehat. Kerana itu ada tempat2 yang mula bekerja pada hari 1 (Ahad) hingga hari 5 (Khamis) dan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang menggunakan nama hari Jumaat ini iaitu Surah Al-Jumuaah. Surah ini adalah satu dari 6 surah2 al-musabbihat (yang bermula dengan sabbaha). Surah ini diberi nama Al-Jumuah kerana ada perkataan Jumuah pada ayat ke 9 yang memerintahkan kita untuk meninggalkan jual beli apabila azan solat Jumaat dikumandangkan. Kita juga diperintahkan memperbanyakkan mengingati Allah pada hari Jumaat ini melalui ayat ke 9 itu.

Aiseh sampai 2 perenggan pula cerita pasal hari Jumaat. 

Berbalik kepada tajuk hari ni, sedang saya cuba2 nak reply comment2 pada blog ini selalu akan ada masalah, kadang2 bila nak komen pada blog lain pun ada masalah juga sampaikan saya terdetik untuk mencari apa sebab musababnya. Saya tidak pasti sama ada masalah ini berlaku pada semua jenis browser tetapi saya yang menggunakan Mozilla Firefox selalu ada masalah ini. Bila dicari2, rupa2 masalah ini adalah berpunca dari third party cookies yang disekat oleh browser untuk meningkatkan privacy pengguna. Sedangkan untuk komen kita memerlukan third party cookies ni. 

Jadi macam mana nak buat untuk mengatasi masalah ini? Untuk atasi masalah ini, pada blog atau apa2 laman yang kita nak komen kita perlu turn-off Enhance Tracking Protection. fungsi ini boleh dioffkan pada sebelah kiri ruang URL yang ada logo berbentuk sheild. Untuk lebih jelas boleh tengok gambar di bawah. Setelah dioff barulah senang untuk komen atau reply komen di mana2 blog.

Isnin, Februari 10, 2020

Masjid Al Malik Khalid USM

Bismillah. Cerita hari Jumaat lepas (7 Februari 2020). Petang Jumaat tu kena hadir ke JKNPP di Bangunan MARA sebab ada pembentangan laporan analisa rangkaian di HPP dan HBP. Jadi tengah hari tu terus plan untuk solat Jumaat di USM sebelum ke Bangunan Mara. Dapat lunch dengan wife sekali. Banyak kenangan di USM ni, dulu 4-5 tahun juga bekerja di USM. Tiap hari Jumaat akan jalan kaki ke masjid ni. Antara sunnah yang memakin ditinggalkan dan perlu dipraktikkan semula oleh kebanyakkan orang ialah sunnah berjalan kaki ke masjid. Kalau ada peluang jalan kaki, jalan kaki lebih afdhal.

It was narrated from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: "Shall I not tell you something by means of which Allaah erases sins and raises people in status?" They said: Yes, O Messenger of Allaah. He said: "Doing wudoo' properly at times when it is difficult to do so, taking many steps to the mosque, and waiting for prayer after prayer. That is constant readiness." Narrated by Muslim, 251.

Via: https://islamqa.info/en/answers/70216/going-to-the-mosque-walking

Jadi kalau ada peluang jalan kaki, jalan kaki lebih afdhal.





Jumaat, Februari 22, 2013

Khutbah Jumaat Feb 22, 2013 di Masjid…

Khutbah Jumaat Feb 22, 2013 di Masjid Al-Malik Khalid USM

Sentiasa tingkat kualiti iman & taqwa

Perbanyak selawat dan salam pada Rasulullah. 

Selamat kembali untuk sem 2. 

Anjuran menuntut ilmu. 

Iqra'

Membaca & menulis atas nama Allah

Pelajari Al Quran dan ajari manusia

1 rugi & binasa, 4: guru, belajar, mendengar, mencintai 3 golongan 

Beruntunglah golongan pelajar

Sedekah jariah, ilmu yg bemanafaat, anak soleh. Di bawa mati. 

Tuntutlah ilmu dgn ulama'


Sent from iCloud

Jumaat, Februari 15, 2013

Khutbah Jumaat Feb 15, 2013 di Masjid Timah

Tajuk: Hari Kiamat

Yg paling mulia di sisi Allah : yg paling byk bertaqwa.

Semua yg ada di bumi akan binasa, hanya Allah akan kekal.

Yg remaja akan tua seterusnya akan mati.

Dunia juga semakin tua.

Mula Kiamat dgn tiupan sangkala pertama. Tiupan kedua sangkakalamembangkitkan seluruh manusia.

Padang Mashar: tempat perhimpunan manusia dan jin. Keluasannya tidak dapat dihitung. Keadaan berkaki ayam dan bertelanjang.

Gaya manusia di Masyar:
1 kenderaan tersedia
2 berjalan kaki
3 tertungging

Matahari hanya sejengkal

Malaikat Zabaniah bawa air. Airnya terlalu panas.

Di Masyar 300 tahun akhirat.

Tiada makanan minuman.

Dalam kegawatan ini baru manusia teringan syafaat Nabi Muhammad.

Golongan Muqarrabin dilindungi dari panas.

Kaki tidak berganjak.

Di tanya 4 perkara:
Umur, masa umur, apa yg dibelanja, …

Jaga hubungan dgn Allah & semasa manusia.


Faizal Rahman
Jumaat 15 Feb, 2013 2:08 PM

Jumaat, Februari 08, 2013

Nota ringkas khutbah siang tadi berkenaan USM kampus bebas tembakau

Tembakau-diguna asalnya oleh peribumi di Amerika

Ditegah perkara yg memudaratkan

Selepas ditimpa musibah baru sedar

2 nikmat yg dilupa: kesihatan, masa lapang

Merokok memudaratkan

Majlis farwa telah isytihar haram

Hujah: byk racun nikotin dll, barah, sakit jantung dll, menyumbang byk kematian, imam syafie juga fatwa haram kerana beracun, membazir.

Mencampak diri dlm bahaya kebinasaan.

Tidak boleh memberi mudarat dan membalas dgn kemudaratan.

Pemborosan ialah haram. Byk atau sedikit.

Harga yg makin meningkat dgn mendadak, lebih baik diguna utk perkara baik.

Saudi fatwa merokok, menanam tembakau haram.

Khatib puji jemaah yg telah berhenti.

Hak menikmati udara bersih hak semua.

Perokok hanya hisap 30% asap. Lain2 di keluarkan.

Usaha USM sbg kampus bebas tembakau.

Berazam kemudian bertawakal utk berhenti.

Bersikap baik dgn tetangga

Jgn byk ketawa dlm kehidupan. Hati akan mati.

Berselawatlah kepada Nabi Muhammad.

Jumaat, Mei 14, 2010

Amalan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikutan setiap Islam

Solat Jumaat di masjid Al-Malik Khalid, USM
  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat Jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat Jumaat, dosanya akan diampun hingga Jumaat berikutnya - Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya - Tirmizi.
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  17. Nabi S.A.W sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  19. Nabi tak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & memudahkan penghadaman.
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana.
  21. Nabi sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu ke seluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari.
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
  29. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda S.A.W.
  32. Adakalanya Nabi S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  34. Setelah bersolat Nabi S.A.W mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud.
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
  39. Sabda Nabi S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud.
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
Wallahu alam.

Ihsan Kak Long @ada2aje.

Jumaat, April 10, 2009