World Mental Health Day 2024 |
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni berjaya unlocked badge World Mental Health Day dari Apple Fitness. Cara untuk mendapatkannya agak mudah iaitu kena buat mindful minute selama 10 minutes. Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah untuk menarik nafas dan menghembus nafas dengan dalam beberapa minit, kemudian boleh ikut membayangkan situasi-situasi tertentu contohnya sedang menikmati bunyi ombak menghempas pantai. Aktiviti mencatat di app Journal juga dicatatkan sebagai mindful minute.
Aktiviti-aktiviti dianggap sedikit sebanyak boleh memberi kesihatan mental kepada seseorang. Dia nak kita dari sebentar dari sibuk kehidupan. Bagi orang Islam sebenarnya solat sahaja sudah cukup melegakan dan membantu dalam menjaga kesihatan mental. Kita boleh nampak beza kesihatan mental orang yang solat dan orang yang tidak solat. Apapun esok mungkin ada booth khas dibuka berkenaan kesihatan mental ni di tempat kerja. Boleh singgah nanti untuk tayang badge ni.
Tapi ada juga orang yang memerlukan lebih dari solat. Nasihat pakar bagi yang lebih kronik
BalasPadamIyalah, bila solat jiwa akan lebih tenang kerana kita ada tempat bergantung, kita tahu semuanya atas aturan Allah maka masalah mental ni kuranglah.
Padammcm2 cara utk handle mental health, tgk kesesuaian individu...emm i have one close relative yg having this mental health and beliau memang jenis solat tak tinggal, suka baca quran etc, tapi tak sembuh2 dan kdg2 getting worse
BalasPadamMungkin kena banyak bergaul dengan pelbagai jenis orang. Kadang-kadang sebab interaksi kurang pun boleh menyebabkan masalah mental.
PadamSetujuuuu. Saya jujur saja tak bisa konsen melakukan yoga ini. Tarik napas, buang napas. Kalo beberapa part stretching dia saya suka. Tp part meditasi saya tak suka. Better konsentrasi ke sholat.
BalasPadamIya kita tahu mana yang baik untuk kita, jika solat sendirian kita boleh berlama-lama dalam sujud memohon itu dan ini, di situ sahaja banyak kekusutan terungkai.
Padamsy terdengar kat mana mggu lepas... katanya kajian terbaru mengatakan remaja malaysia yg alami masalah mental dah cecah 1 juta org. seram.pula sy dgr nya
BalasPadamSaya nampak masalah remaja sekarang ni ialah mereka kurang komunikasi dengan pelbagai peringkat umur, mereka jadi lambat matang. Kena selalu berkomunikasi dengan remaja-remaja ni. Beri mereka tanggung jawab yang sesuai.
PadamBetul tu. Kita juga boleh tambah aktiviti lain untuk kesihatan mental. Beriadah contohnya. Tak sempat saya nak grab badge ni. huhu...
BalasPadamTahniah berjaya mendapatkannya.