Assalamualaikum dan selamat petang. Sambung siri Road Trip ke Hat Yai. Hari kedua atau hari kemuncaklah boleh dikatakan sebab trip ini singkat sahaja iaitu pergi hari Jumaat dan balik hari Ahad. Ada beberapa tempat yang kami sempat singgah pada hari ini pertamanya kami bersarapan di Bang Han Restaurant. Macam-macam makanan ada tapi kami order murtabak dan dim sum. Ramai pengunjung di restoran ni dan rata-ratanya orang Malaysia. Selesai sarapan kami meneruskan perjalanan berkereta dipandu sendiri dari bandar Hat Yai ke Samila Beach di Songkhla. Perjalanan mengambil masa dalam 45 minit. Aku bawa kereta slow-slow sahaja sesuai cara orang tempatan bawa lagi pun baru nak biasakan diri bawa dalam bandar. Perjalanan smooth sahaja dan jalannya cantik, cuma apabila hampir sampai ke bandar Songkhla barulah jalannya kecil sedikit.
Sampai di Samila Beach suasana agak lengang lagi, iyalah masih pagi. Setelah parking kereta berhampiran pantai kami disapa orang tempatan muslim yang seperti nak menjemput makan di kedainya. Disebabkan kami dah sarapan awal maka kami tolak dengan baik. Kami jalan-jalan di pantai yang agak luas juga. Songkhla ini terletak di bahagian timur Thailand dan pantai ini menghadap Laut China Selatan. Sewaktu aku survey-survey tempat sempat juga aku check ramalan kaji cuaca, katanya ada ribut yang mungkin melanda Samila Beach. Aku pun pesan siap2 untuk bawa jeket tapi tinggal dalam keretalah sebab ramalan sahaja kan. Sedang duk syok tengok2 baju di kedai tiba-tiba angin kuat menerpa, habis payung2 kena terbang dan pekedai semua cepat2 kemas kedai mereka. Mana yang barang di letak di luar dibawa masuk dan dibuka awning tambahan supaya air tak masuk. Agak lebat juga dan sempat juga ke kereta untuk mengambil payung dan jeket. Fuh cemas sekejap sebab jarang-jarang kena ribut kalau di Penang. Ribut ni datang dari kawasan Filipin dan menuju ke arah pantai timur Thailand selatan.
Selesai di situ dah hampir tengah hari. Dalam perancangan aku nak ke Songkhla Central Mosque. Dalam gambar nampak cantik sebab macam ada kolam di hadapan masjid tu tapi rupanya kolam tu dah ditutup dan dijadikan dataran. Apa pun dalaman masjid memang cantik. Ini masjid ke dua yang aku singgah dalam trip ini dan kedua-dua masjid berlantaikan jubin. Jika di Malaysia biasanya berkarpet. Mungkin tanpa karpet ia lebih mudah dijaga dan maintenance pun dapat dikurangkan. Masjid ni ruang solatnya di tingkat 3 dan rupanya tingkat dua tu ada pejabat nikah. Kat sinilah orang Malaysia bernikah sembunyi-sembunyi agaknya. Apa pun antara azan dan iqamah agak panjang, rasa dalam 30 minit juga dan perasan juga mungkin ada group rombongan kahwin kut yang tersilap pergi solat dalam group mereka sebelum jemaah sebenarnya mula.
Enjoy gambar-gambar di bawah.
 |
| Pekena sinaran matahari di hadapan hotel kami menginap. |
 |
| Kami bermalam di Friendlytel Hotel selama dua malam. |
 |
| Bergambar di tugu kucing dan tikus, di hadapan pantai ini ada dua pulau iaitu Pulau Kucing dan Pulau Tikus. |
 |
| Luas pantainya dan cantik bersih. |
 |
| Songkhla City yang tak sempat diexplore, hanya lalu sahaja. |
 |
| Menara Masjid Songkhla. |
 |
| Cantik dan besar Masjid Songkhla ni. |
 |
| Kubah yang besar dan cantik. Tak pasti sama ada keraajaan Thai yang biasa pembangunan masjid ini atau tidak. |
 |
| Lantai licin dan keras huhu. |
 |
| Mimbar Masjid Pusat Songkhla. |
Sekian dahulu, nanti kita sambung lagi catatan di mall terbesar di selatan Thai dan Pasar Terapung.
alhamdulillah, best dpt bermusafir ke negara jiran
BalasPadamYa, kadang tu yang dekat pula yang belum sampai.
PadamKalau pergi ke Hat Yai dan Songkhla ni memang ramai rakyat kita. Tak rasa macam negara luar pulak kan.
BalasPadamTiba-tiba je angin kuat dan hujan. Mujur sempat ke kereta Ambil payung dan jaket. Cantik pantainya. Bersih pula tu.
Mungkin betul tu, tak ada karpet senang untuk mereka bersihkan. Bersih dan luas ruang dalam masjid. Alhamdulillah tertunai hasrat nak datang sini.
Iya mula tu risau juga takut sangkut macam di Singapore. Eloklah explore negara jiran ni boleh juga kenal budaya di sana terutamanya yang Islam.
PadamCantik masjidnya. Memang ramai rakyat Malaysia ke sana kan. Pantai luas cantik dan bersih.
BalasPadamYa ramai, cuma tidaklah over ramai macam sesetengah orang cakap. Banyak juga pelancong asing.
PadamNtah udah berapa banyak plan saya nak ke hatyai kalo nanti ke Penang. Tapi semuanya cancel, ke Penang ya saja yg selalu jadi π . Padahal dah dekat kan dari Penang
BalasPadamFriendlytel ini kalo tak salah hotel yg pernah diinapi kak Anies kan? Atau temen blogger siapa yaa, pernah menulis ttg hotel ini.
Aiiih, mesjid Songkhla ini saya seriiing dengar cerita ttg dijadikan tempat nikah diam2. π π . Isssh, Macam2 saja π
Cantiiik dan luas mesjidnya ya bang. Kalo tak pakai karpet, berarti setiap yg sholat mesti bawa sendiri sajadah yaa
Saya terlepas pula perkongsian Friendlytel Hotel itu. Bila urusan susah orang akan cari jalan lain yang lebih mudah. Iya bagi yang biasa pakai sejadah elok ada kerana keras.
Padamyg pasti mashid kat sana rak de karpet mcm masjid kite kat siniπ
BalasPadamtak bergambar kat patung ikan duyung tu?π
Kat ikan duyung tu semua jenis duyung2 je yang pi bergambar. Kita tengok dari jauh sahaja menikmati suasana.
Padamkalau dilihat gk ada karpet malah lebih bagus ya, jadi lebih mengkilat pantulan lantainya dan juga jadi lebih luas kesannya
BalasPadamBetul tu, suasana lebih tenang sebenarnya cuma jika lama duduk akan kesakitan kaki dan kurang selesa.
Padam