Isnin, Disember 29, 2025

Apple Watch Dah Tak Boleh Hidup

Apple Watch SE 2.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sehari dua ni jam Apple Watch ni agak pening di mana bila aku pakai tiba-tiba dia akan automatik call 999. Apple Watch ni ada satu features di mana jika kita tekan lama side button dia akan call 999 automatik dan akan notify emergency contact kita. Kiranya fungsi keselamatan dalam situasi kemalangan ke contohnya. Dia juga ada fungsi fall detection juga akan call 999 dan notify emergency contact yang kita tetapkan. Pagi tadi lagi pening apabila dia tak henti-henti cuba nak call 999 ni sampai aku pun tanggalkan terus jam ni. Ialah takut mengganggu talian 999 pula. 

Kemudian aku cuba nak restart secara biasa tak berfungsi dan kemudian aku guna cara force turn off. Aku sambungkan charger dan biarkan dalam setengah jam. Tengok jam tak hidup-hidup pula. Aku bawa juga ke pejabat dan sambung charge dalam setengah jam dan cuba force turn on selepas itu namun sedihnya tidak berjaya juga. Apakah telah sampai pengakhiran hayatnya? 

Jam ni mula dipakai pada 21 Disember 2022 dan hari ini 29 Disember 2025. Tiga tahun juga berkhidmat dah. Jam ni pemberian puan isteri pada ketika tu, dia pun ada satu dan masih elok lagi dia punya nampaknya. Takpa kita kaji dahulu apa yang boleh dibuat, kut-kut ada kaedah lain untuk menghidupkannya semula. Biasanya Apple Watch ni susah nak rosak tiba-tiba. Paling-paling pun masalah bateri yang drain cepat sahaja biasanya. 

3 ulasan:

  1. Aiiiih susah juga kalau dia nak telp 999 tiap kali dia pikir kita tak okay yaa 😅😅. Terlalu sensitif sistemnya , walaupun sebenarnya itu bagus 😄.

    BalasPadam
  2. Ada juga kerosakan gini ya - asik nak call 999. Payah jugak 😅. Moga bertemu solusinya.

    BalasPadam
  3. bahaya jugak bila asyik auto call 999 tu...anyway, biasanya brgn apple tahan lama..esp iphone

    BalasPadam