Assalamualaikum. Semalam selesai semua rukun dan wajib haji. Kami memilih untuk tahalul awal dan melewatkan tawaf ifadah kerana susahnya pergerakan dari Aziziyah ke Masjidil Haram. Sampai di hotel berdekatan Masjidil Haram aku ajak isteri untuk selesaikan sendiri tanpa mengikut jemaah lain. Dah tak sabar-sabar nak menyelesaikannya. Banyak juga cabaran dalam berihram walaupun kami dah selesai tahalul awal. Ada 3 lagi larangan yang perlu dipatuhi. Selepas Isya kami terus cari jalan untuk ke mataf untuk tawaf. Selesai tawaf kami selesaikan pula saie. Makan selesaikan ibadah haji kami. Setelah makan murtabak dan pekeja jus kiwi 🥝 dan avocado 🥑 kami pun meneruskan perjalanan balik ke hotel. Perjalanan agak jauh. Apabila puan isteri singgah toilet, aku pula ambil peluang untuk baring di karpet hijau yang disediakan untuk orang solat. Sungguh lega rasanya dapat berbaring seketika. Dalam pada berbaring tu, terrakanlah gambar menara Masjidil Haram ini. Semoga Allah terima haji kami.

alhamdulillah. nikmat sgt tu!
BalasPadamBetul sekali.
PadamAamiin Ya Rabbal Aalamiin. Moga mendapat Haji yang mabrur. Thanks for sharing gambarnya. Moga kami diizinkan ke sana lagi, juga doa buat kita semua.
BalasPadamTerima kasih, masih seperti tidak percaya telah selesai semuanya. Alhamdulillah, insyaAllah.
PadamHaha, memang ada masanya berbaring sekejap selepas penat seharian terasa seperti satu nikmat yang luar biasa. Kadang-kadang benda yang paling sederhana itulah yang paling kita hargai bila badan dan fikiran perlukan rehat
BalasPadamBetul, kadang nak kena rest sekejap sebelum meneruskan perjalanan.
Padamalhamdulillah
BalasPadamsemoga beroleh haji mabrur
BalasPadamdoakan kami supaya dpt undangan-Nya sbg duyufurrahman juga
InsyaAllah, ada doa untuk rakan2 blogger juga.
PadamInsyaallah menjadi haji mabrur ya bang. Terbayar letihnya, kalau bisa berbaring sejenak. Apalagi terlihat menara Masjidil haram
BalasPadamTerima kasih, lega jadinya walaupun masih perlu jalan jauh sebelum sampai hotel penginapan.
Padam