Isnin, Jun 01, 2026

Sedapnya Bila Dapat Berbaring


Assalamualaikum. Semalam selesai semua rukun dan wajib haji. Kami memilih untuk tahalul awal dan melewatkan tawaf ifadah kerana susahnya pergerakan dari Aziziyah ke Masjidil Haram. Sampai di hotel berdekatan Masjidil Haram aku ajak isteri untuk selesaikan sendiri tanpa mengikut jemaah lain. Dah tak sabar-sabar nak menyelesaikannya. Banyak juga cabaran dalam berihram walaupun kami dah selesai tahalul awal. Ada 3 lagi larangan yang perlu dipatuhi. Selepas Isya kami terus cari jalan untuk ke mataf untuk tawaf. Selesai tawaf kami selesaikan pula saie. Makan selesaikan ibadah haji kami. Setelah makan murtabak dan pekeja jus kiwi 🥝 dan avocado 🥑 kami pun meneruskan perjalanan balik ke hotel. Perjalanan agak jauh. Apabila puan isteri singgah toilet, aku pula ambil peluang untuk baring di karpet hijau yang disediakan untuk orang solat. Sungguh lega rasanya dapat berbaring seketika. Dalam pada berbaring tu, terrakanlah gambar menara Masjidil Haram ini. Semoga Allah terima haji kami. 

11 ulasan:

  1. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Moga mendapat Haji yang mabrur. Thanks for sharing gambarnya. Moga kami diizinkan ke sana lagi, juga doa buat kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, masih seperti tidak percaya telah selesai semuanya. Alhamdulillah, insyaAllah.

      Padam
  2. Haha, memang ada masanya berbaring sekejap selepas penat seharian terasa seperti satu nikmat yang luar biasa. Kadang-kadang benda yang paling sederhana itulah yang paling kita hargai bila badan dan fikiran perlukan rehat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kadang nak kena rest sekejap sebelum meneruskan perjalanan.

      Padam
  3. semoga beroleh haji mabrur
    doakan kami supaya dpt undangan-Nya sbg duyufurrahman juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, ada doa untuk rakan2 blogger juga.

      Padam
  4. Insyaallah menjadi haji mabrur ya bang. Terbayar letihnya, kalau bisa berbaring sejenak. Apalagi terlihat menara Masjidil haram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, lega jadinya walaupun masih perlu jalan jauh sebelum sampai hotel penginapan.

      Padam