Memaparkan catatan dengan label Cigebu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cigebu. Papar semua catatan

Isnin, Mac 13, 2023

Hari Akhir Cigebu

Assalamualaikum. Cuma nak update sebagai kenangan dalam keadaan rushing sebab task kerja hari ni berderet2 tak berhenti2. Ke sana ke sini aku hari ni. Semalam merupakan hari akhir Cigebu. Cigebu merupakan kucing yang betul2 dari lahir memang dan ada kat rumah. Sebelum2 ni ada sahaja kucing, ada yang ambil dari orang, ada yang kutip tepi jalan dari kecil. Lahir pada 2020 masa mula2 nak PKP. Jadi masa PKP meriah jugalah bila ada kucing ni dan kurang stress bila kena kurung di rumah. 

Lebih kurang 4 minggu lepas Cigebu mula nampak problem, mula dari tak boleh nak kencing elok. Kemudian kaki belakang jadi tak berfungsi. Bila bawa ke klinik doktor cuma sangka demam. Tapi makin lama menjadi semakin merosot kesihatannya. Dari boleh mengensot kepada dan tak boleh mengensot. Dari boleh makan & minum sendiri kepada dah tak mahu makan dan minum. Terpaksa force feeding jugalah dalam seminggu dua. 

Tidak dapat dipastikan betul2 sebab musababnya tapi mungkin ada masalah saraf. Kesian bila tengok dalam 2-3 hari terakhir tu dia akan sawan dari masa ke semasa. Nampak seksa sangat. Akhirnya semalam tamatlah seksaan yang dia tanggung setelah dia mati. Sebelum Maghrib sempat selesaikan pengkebumian Cigebu. Untung ada jiran yang ada cangkul, bila ada cangkul cepatlah kerjanya.

Kata Eryna dalam group wasap, "4 minggu dia menahan kesakitan dan akhirnya dia dh tak merasakan kesakitan.."

Semoga berjumpa semula di Syurga

Hari terakhir Cigebu
Tempat biasa menanam kucing, di tepi padang

Sekian, terima kasih.

Rabu, Ogos 03, 2022

Biawak Masuk Rumah

Assalamualaikum, dah lama tak mengepos entri ke blog ini padahal banyak aje benda yang boleh dikongsi ke alam maya ini. Antaranya kenangan yang mencuit hati yang berlaku dalam minggu lepas. Sedang aku syok2 berbaring kat sofa tiba2 kucing ku Cigebu dilihat sedang bertempur dengan seekor anak biawak!. 

Pertempuran berlanjutan sampai ke ruang tamu. Aku terpaksa campur tangan untuk melanjutkan pertempuran ke luar pagar rumah dan keputusan akhirnya Cigebu berjaya menewaskan anak biawak ini. Siapa kata tiada faedah membela kucing ni. Banyak juga jasa dia sama ada kita nampak atau tidak.

Sekian, ketemu lagi dipostingan yang lain.

Khamis, November 12, 2020

Cigebu (kucing) Tangkap Burung

Cigebu (kucing) Tangkap Burung

 
Pagi tadi sebelum pergi kerja, waktu tengah sarapan terdengar bunyi yang pelik kat luar pintu depan rumah. Wife duk tanya bunyi apa tu, terus dengan spontan sebut Cigebu tangkap burung. Masa tu belum tahu lagi apa yang berlaku sebenarnya. Bila buka pintu rumah, tengok-tengok betul memang Cigebu tengah bermain-main dengan burung. Seronok tengok dia terlompat-lompat bermain dengan burung yang dah nyawa-nyawa ikan. Tak tahulah macam mana dia boleh tangkap burung tu. 
 
Saya berbangga dengan Cigebu. 


 

First time upload video ke Blogger, harap menjadilah. Dulu-dulu tak ada features ini.