Assalamualaikum semua pembaca blog cabuk ini. Akhirnya merasa juga ais krim Cornetto baru ni. Terpengaruh dengan posting rakan blogger menyebabkan kita terasa nak mencari perasa ni. Cornetto ni dulu2 masa kecil2 inilah aiskrim paling mahal pada ketika tu.
Throwback sikit masa kecil2 dahulu ada seorang ibu saudara yang bekerja sebagai guru di sekolah, pada hari Jumaat selalunya dia akan belikan aiskrim Cornetto untuk kami empat beradik. Punyalah seronok dapat makan aiskrim mahal ni pada masa tu.
Sampai sekarang Walls terus mengeluarkan ais krim Cornetto ni. Dah macam2 perasa muncul. Yang terbaharu ni diperkenalkan perasa popcorn creamy butter. Base aiskrimnya rasa mirip kepada jagung cream disulam dengan bijian caremel di atas dan di dalamnya. Pada aku sedap jugalah menikmati aiskrim perasa ni, pelan2 aku makan macam budak kecil 90an makan. Sayang nak habiskan cepat2. Paling syok part bawah cone dia akan ada coklat yang agak tebal untuk elak kut aiskrim cair dari keluar ikut hujung cone.
Lama juga mencari aiskim ni, jengok2 peti aiskrim tengok tak ada. Yang ni jumpa di CU Mart. Tak tahulah sama ada ramai orang beli atau memang tak banyak dipasarkan. Siapa peminat aiskrim bolehlah cari di tong2 aiskrim berdekatan anda.
Gumiko pun sibuk nak bau2, dia bukan makan pun |
Cantik ja warnanya |
Tu dalam dia ada biji2 caremel yang cair di dalam mulut |
Sekian, terima kasih. Bertemu lagi di lain entry.
Itulah susah jumpa.
BalasPadamMungkin productions untuk perasa ni tak banyak lagi. Mereka akan test market dulu biasanya.
PadamCuya dah cuba.. memang sedap... Betul2 rasa popcorn
BalasPadamRasa popcorn caremel kan?
PadamSeperti nya belum lihat es krim yg ini, entahlah..kalau ketemu pasti akan saya coba
BalasPadamTak ajak!!
BalasPadamJom.
Padamhaiii tq sbb sudi singgah dan drop comment kat my lil blog....aiskrim ni...ari tu my mom ada terbeli (sbb my kakak belanja), my mom kata, pelik jer flavour ni hahah sbb dia suka aiskrim vanilla jerrrr
BalasPadamHehe..iya, dulu masa kecik tahun 80-an kalau dapat makan eskrim ni rasa syok sungguh! Yelah, eskrim mahal.
BalasPadamBab makan eskrim ni, saya sampai tua gini pun masih suka dan menikmati makan eskrim. Kiranya, eskrim bukan makanan sedap untuk budak-budak je 😀
Samalah, sekali sekala mesti teringin nak makan aiskrim. Kalau boleh dalam peti ais tu kena ada aiskrim yang dalam bekas tu. Buat makan dengan roti pun sedap.
PadamDah rasa tapi curi curi rasa anak punya hahaha
BalasPadamAnak tak marah ke? Huhu.
PadamDi tempat aku belum ada es krim ini kak. Jadi belum tahu rasanya kayak gimana. Nanti kalau sudah tersedia, bisalah aku coba es krim ini.
BalasPadamLepas bersepeda jauh2 enak bangat makan aiskrim.
PadamNanti nak carilah. Terkadang varian yg keluar di Malaysia belum tentu keluar di Indonesia, dan sebaliknya. 😅
BalasPadamKalaupun tak ada di sini, berarti pas ke Malaysia lagi saya cari disana 😄. Suka sangaaat Cornetto ni. Rata2 saya cocok dengan semua varian dia. Trakhir mereka keluarkan rasa Boba gula aren, itupun saya suka.
Dapat makan tengah panas Best tu..
BalasPadamsampai hati x nak share dgn gumiko...sian dia.... terkulat2 tgk ais krim sedap hahahaha
BalasPadam