Memaparkan catatan dengan label kota bharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kota bharu. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 14, 2025

Menyambut Aidil Adha 1446 Hijrah di Kota Bharu

Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat berhujung minggu kepada teman-taman blogger dan pembaca-pembaca semua. Seronok baca catatan teman-teman berkaitan Aidil Adha atau ibadah korban pada blog masing-masing. Rasa tidak lengkap atau tidak patut pula jika tidak membuat cacatan berkaitan Aidil Adha. Aidil Adha adalah perayaan bagi umat Islam selain Aidil Fitri. Aidil Fitri dimuliakan kerana padanya ada ibadah puasa di bulan Ramadan, adanya ibadah zakat fitrah, turunnya Al-Quran pada malam lailatul qadar begitu juga ada kitab-kitab terdahulu diturunkan pada bulan Ramadan. Pendek kata Aidil Fitri itu tanda bermulanya syariat terakhir yang membatalkan syariat-syariat sebelumnya. Aidil Adha pula dimuliakan kerana ia adalah penutup bagi ajaran-ajaran dalam Islam melalui khutbah Arafah oleh baginda nabi Muhammad saw. Disampai ayat "“… Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagimu …” [Al-Maa-idah/5: 3]". Maknanya setelah ketika itu tiada lagi petunjuk baru dalam amalan atau ibadah yang boleh diikuti kerana agama Islam telah sempurna. Jika ada yang mengikuti cara ibadah baru yang tidak ditunjukkan nabi saw seolah-olah dia beranggapan bahawa Islam masih belum sempurna. Pada Aidil Adha juga adanya ibadah haji yang mulia, adanya juga ibadah qurban. Padanya ada hari yang paling banyak Allah ampunkan manusia iaitu hari Arafah.

Kali ini kami berhari raya di Kota Bharu, awalnya aku dan isteri merasakan mungkin tidak dapat bersama beraya di Kota Bharu kerana berharapkan rayuan haji akan berjaya tetapi akhirnya masih belum dijemput Allah sebagai tetamunya untuk tahun ini. Kakak ipar di Kota Bharu ada majlis bertunang anaknya kerana itu semua adik-beradik berkumpul sana. Kami betolak pada hari Jumaat, paling risau bila bermusafir pada hari Jumaat ialah nak plan supaya dapat solat Jumaat. Kami bertolak dari Penang sebelum Subuh lagi dan solat Subuh di Kulim. Perjalanan lancar berbanding kerisauan takut berlaku kesesakan ke Kota Bharu. Sempat kali check in hotel sebelum solat Jumaat di Masjid Negeri Kelantan atau lebih kenal dengan Masjid Muhammadi. Jaraknya dari hotel dalam 700m sahaja. Rezeki betul rasanya. Keesokan harinya pun kami solat hari raya di situ dan khatibnya adalah SS Mufti Negeri Kelantan.

Selesai solat hari raya kami terus ke rumah kakak ipar dan beraya bersama adik-beradik. Oh ya sebelum balik raya tu aku sempat mencari penternak kambing di kawasan dekat rumah akak ipar tu bertanyakan jika masih ada kambing untuk korban, jawapan awalnya sudah penuh. Ialah 2 hari sebelum raya aku tanya tu. Tapi setelah negosiasi dan atas izin Allah jua dia terima untuk bantu korbankan kambing siap digulaikan untuk majlis bertunang tu iaitu pada 11 Zulhijjah. Allah mudahkan semuanya, kami ambil gulai dan hantar semula bekas di masjid tanpa berjumpa pun dengan pengusaha itu. Semua atas percaya sahaja. Majlis bertunang berjalan lancar dan selain lauk kenduri ada tambahan lauk korban aku sekali. Banyaklah juga lauknya dan sampai ke petang tetamu dapat makan gulai kambing. 

Keesokan harinya kami balik ke Penang iaitu pada hari Isnin tu. Sebelum itu pada awal pagi tu jam 1 pagi terjadi tragedi kemalangan bas yang membawa pelajar UPSI yang mengorbankan 15 pelajar di jalan yang kami lalui. Sewaktu kami melalui jalan itu bas yang terbalik itu masih ada lagi. Semoga Allah terima mereka semua yang terkorban dalam keadaan telah terampun dosa-dosa mereka jika ada. Banyak juga tragedi yang berlaku setelah itu antaranya flight Air India yang terhempas sejurus berlepas dan terkini serangan kejam Israel ke atas Iran. 

Setakat ini dahulu catatan Aidil Adha 1446.

Khamis, Jun 08, 2023

Trip ke Kota Bharu

Assalamualaikum. Marilah kita mengemas kini sedikit entri pada blog ini. Kali ini cuma nak update short trip ke Kota Bharu pada hujung minggu baru ni. Cuti sekolah kali ni memang tiada plan lain jadi inilah plannya. Bertolak pada hari Jumaat ni kena betul settingnya supaya dapat Solat Jumaat. Tiada ada keuzuran untuk tidak Solat Jumaat kecuali kalau keluar bermusafir sebelum fajar. Jadi kami singgah Solat Jumaat di Masjid Daerah Jeli. Cantik juga masjidnya. Setelah solat kami makan dengan berseleranya di sekitar Jeli, walaupun tidak banyak lauk yang tinggal tapi disebabkan lapar, semuanya jadi sedap. Malam tu kami bermalam di rumah kakak ipar di Kota Bharu.

Trip kali ni hanyalah trip makan2 sahaja. Kerana tiada aktiviti lain yang menarik selain makan bila ke Kota Bharu. Keesokan harinya kami bersarapan di Ayang Cafe. Menu yang mesti dicuba ialah nasi tumpang. Banyak menu2 makanan Kelantan yang menarik sebenarnya dan tak sampai lagi ke tempat lain. Setelah bersarapan kami ke Pasar Siti Khadijah. Wife sempatlah membeli kain pasang dan baju kaftan. Selain tu beli barang2 makanan yang menarik sekali.

Tengah harinya pula kami plan untuk makan di Suwarin Jinda Cafe, ramai sungguh orang menunggu untuk masuk. Restoran buka pada pukul 3.30 petang jadi sebelum tu kami ronda2 ke Pantan Cahaya Bulan dahulu. Menu2 di Suwarin Jinda menarik sekali, banyak yang tiada di restoran2 siam biasa. Rasanya restoran ini menunya sama seperti menu di Thailand. Jika tak silap ada juga cawangannya di Hat Yai. Aku saja cuba sup perut bulat atau sup perut muda, supnya sangat sedap dan susah nak jumpa menu ni. 

Petangnya sempat mencari kain dan tempat baju batik di Summit Style Tailor  di tengah pekan Kota Bharu. Sebelum ni pernah menempah di sini dan berpuas hati dengan jahitannya. Di sebelah malam pula aku sempat berjumpa member lama. Dia datang ambil aku di rumah. Selalu macam tu lah aku kalau ke mana2 tempat yang ada kawan2 lama tak jumpa aku akan roger kut ada rezeki boleh berjumpa. Dapatkan maklumat yang jelas atas apa yang telah berlaku di samping borak2 mengingatkan kisah2 lama.

Keesokan harinya iaitu pada hari Ahad, kami bersarapan di Roti Puri Omar tidak jauh dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Sedap sekali roti purinya. 2 keping roti puri dengan kari kambing berharga RM8.50 kalau tak silap. Seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang dan singgah di Bukit Bunga untuk membeli keropok lekor. Sedap juga keropok lekornya rasa banyak ikan. Seterusnya kami singgah di R&R Perah untuk solat sebelum terus menuju ke pangkal jalan. 

Enjoy gambar2 ekslusif di bawah.

Isnin, Mei 21, 2012

Recap sepanjang minggu lepas

Eryna di Poliklinik Penawar, demam sikit mujur sehari dua je demam. Demam pun ceria.
Motor baru, sejarah motor-motor yang pernah pakai: Suzuki RC 100 - Honda EX5 100 - Yamaha RX-Z 135 - Honda Wave 110. Dah lama teringin nak pakai motor slps berhijrah ke Penang.
Situasi biasa setiap pagi kat Penang ni, jam di sana sini tp rasanya tak seteruk di KL.
Padang lalang je sbnrnya, saja letak paddy field kat Instagram haha. Jgn ingat semua benda yg aku post tu betul!
Maghrib di Masjid USM, hari Rabu mesti balik lambat sbb @melamyra ada kelas. Elok la smyg dulu,  kalau nak smyg kat rumah selalu terlepas waktu.
Misteri yang belum tejawab, sticker apa sbnrnya ni? Kereta recond Jepun mesti ada.
Panaskan enjin pagi2. Gelap2 dah gerak ke USM.
Kucing kedai Juara Taman Pauh Jaya buat muka gangster.
Abah la ajar makan ni, kalau batuk, ke sakit tekak ke boleh la try.
Sedang beraksi manja.
Di puncak Banjaran Titiwangsa sempadan Perak Kelantan.
Kasi wangi sikit kereta.
Front facing camera, di Banjaran Titiwangsa.
Di USM Kubang Kerian, lengang je compare dengan USM induk.
Siapa nak simpan atau nak withdraw tisu boleh buat kat sini. Nasib tak ada sperm bank!.
Bergambar di Bank Pitis Kota Bharu. Zaman dulu2 dah ada bank!
@melamyra bershopping di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu.

Ahad, April 17, 2011

Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu

Rasanya sape yg ke Kota Bharu mesti akan ke pasar ni kan? Smlm sempat jugak singgah ke Pasar Siti Khadijah ni lepas @melamyra bg lecture kat USM KK (Kubang Kerian). Walaupun dah byk kedai2 yg tutup tp ada jugak yg masih beroperasi. Uniknya pasar ni ialah bahagian tengah tu peniaga yg kebanyakannya wanita menjual segala jenis sayur2 dan bahan2 utk memasak. Selain dr itu ditingkat atas ada seperti bazar menjual kain, tudung dan baju. Byk produk berasaskan batik. Ada juga tingkat yg menjual rempah2 dan juga keropok serta makanan2 segera buatan tempatan atau mungkin juga ada yg diimport dr Siam.

Begitulah kepelbagaian produk2 di pasar ini yg membuatkannya unik berbanding pasar2 di tempat lain.