Memaparkan catatan dengan label UPSI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSI. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 14, 2025

Menyambut Aidil Adha 1446 Hijrah di Kota Bharu

Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat berhujung minggu kepada teman-taman blogger dan pembaca-pembaca semua. Seronok baca catatan teman-teman berkaitan Aidil Adha atau ibadah korban pada blog masing-masing. Rasa tidak lengkap atau tidak patut pula jika tidak membuat cacatan berkaitan Aidil Adha. Aidil Adha adalah perayaan bagi umat Islam selain Aidil Fitri. Aidil Fitri dimuliakan kerana padanya ada ibadah puasa di bulan Ramadan, adanya ibadah zakat fitrah, turunnya Al-Quran pada malam lailatul qadar begitu juga ada kitab-kitab terdahulu diturunkan pada bulan Ramadan. Pendek kata Aidil Fitri itu tanda bermulanya syariat terakhir yang membatalkan syariat-syariat sebelumnya. Aidil Adha pula dimuliakan kerana ia adalah penutup bagi ajaran-ajaran dalam Islam melalui khutbah Arafah oleh baginda nabi Muhammad saw. Disampai ayat "“… Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagimu …” [Al-Maa-idah/5: 3]". Maknanya setelah ketika itu tiada lagi petunjuk baru dalam amalan atau ibadah yang boleh diikuti kerana agama Islam telah sempurna. Jika ada yang mengikuti cara ibadah baru yang tidak ditunjukkan nabi saw seolah-olah dia beranggapan bahawa Islam masih belum sempurna. Pada Aidil Adha juga adanya ibadah haji yang mulia, adanya juga ibadah qurban. Padanya ada hari yang paling banyak Allah ampunkan manusia iaitu hari Arafah.

Kali ini kami berhari raya di Kota Bharu, awalnya aku dan isteri merasakan mungkin tidak dapat bersama beraya di Kota Bharu kerana berharapkan rayuan haji akan berjaya tetapi akhirnya masih belum dijemput Allah sebagai tetamunya untuk tahun ini. Kakak ipar di Kota Bharu ada majlis bertunang anaknya kerana itu semua adik-beradik berkumpul sana. Kami betolak pada hari Jumaat, paling risau bila bermusafir pada hari Jumaat ialah nak plan supaya dapat solat Jumaat. Kami bertolak dari Penang sebelum Subuh lagi dan solat Subuh di Kulim. Perjalanan lancar berbanding kerisauan takut berlaku kesesakan ke Kota Bharu. Sempat kali check in hotel sebelum solat Jumaat di Masjid Negeri Kelantan atau lebih kenal dengan Masjid Muhammadi. Jaraknya dari hotel dalam 700m sahaja. Rezeki betul rasanya. Keesokan harinya pun kami solat hari raya di situ dan khatibnya adalah SS Mufti Negeri Kelantan.

Selesai solat hari raya kami terus ke rumah kakak ipar dan beraya bersama adik-beradik. Oh ya sebelum balik raya tu aku sempat mencari penternak kambing di kawasan dekat rumah akak ipar tu bertanyakan jika masih ada kambing untuk korban, jawapan awalnya sudah penuh. Ialah 2 hari sebelum raya aku tanya tu. Tapi setelah negosiasi dan atas izin Allah jua dia terima untuk bantu korbankan kambing siap digulaikan untuk majlis bertunang tu iaitu pada 11 Zulhijjah. Allah mudahkan semuanya, kami ambil gulai dan hantar semula bekas di masjid tanpa berjumpa pun dengan pengusaha itu. Semua atas percaya sahaja. Majlis bertunang berjalan lancar dan selain lauk kenduri ada tambahan lauk korban aku sekali. Banyaklah juga lauknya dan sampai ke petang tetamu dapat makan gulai kambing. 

Keesokan harinya kami balik ke Penang iaitu pada hari Isnin tu. Sebelum itu pada awal pagi tu jam 1 pagi terjadi tragedi kemalangan bas yang membawa pelajar UPSI yang mengorbankan 15 pelajar di jalan yang kami lalui. Sewaktu kami melalui jalan itu bas yang terbalik itu masih ada lagi. Semoga Allah terima mereka semua yang terkorban dalam keadaan telah terampun dosa-dosa mereka jika ada. Banyak juga tragedi yang berlaku setelah itu antaranya flight Air India yang terhempas sejurus berlepas dan terkini serangan kejam Israel ke atas Iran. 

Setakat ini dahulu catatan Aidil Adha 1446.

Isnin, Disember 05, 2016

Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Ustaz Zulfiqar | 5 Disember 2016



Penambahan titik, baris, waqaf, 1 juzuk ada 8 hizib, tanda sujud sejadah dari Al-Quran asal yang tiada titik dan baris. 

Bacaan khusus yang ada dalam riwayat khaf. 

Imalah kubra. 

Holy Quran 11:41
------------------
۞ وَقَالَ ٱرْكَبُوا۟ فِيهَا بِسْمِ ٱللَّهِ مَجْر۪ىٰهَا وَمُرْسَىٰهَآ ۚ إِنَّ رَبِّى لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Majreeha

Ishmam. 

Holy Quran 12:11
------------------
قَالُوا۟ يَٰٓأَبَانَا مَا لَكَ لَا تَأْمَ۫نَّا عَلَىٰ يُوسُفَ وَإِنَّا لَهُۥ لَنَٰصِحُونَ

Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?

Takmanna - slps man di muncung mulut. Tanda tak ikhlas adik beradik Yusuf AS. 

Furqan 69

Holy Quran 25:69
------------------
يُضَٰعَفْ لَهُ ٱلْعَذَابُ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِۦ مُهَانًا

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -

Fiihii - dua2 dibaca 2 harakat. 

Saktah - senyap seketika. 4 tempat. 

Kahfi ayat 1. 

Holy Quran 18:1
------------------
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ ٱلْكِتَٰبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُۥ عِوَجَا ۜ

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

Saktah di hujung ayat 1. Kalau nak sambung dgn ayat dua mesti saktah. 

Iwaja - bengkok. Qoyyiman - lurus

Yaseen ayat 52

Holy Quran 36:52
------------------
قَالُوا۟ يَٰوَيْلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ ٱلْمُرْسَلُونَ

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

Diputus kata2 org kafir dgn kata2 Allah

Qiamah ayat 27

Holy Quran 75:27
------------------
وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ

Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"

Menunjukkan asal perkataannya 2 perkataan. Jika di satu jadi maksud lain. 

AlMutaffifin ayat 14

Holy Quran 83:14
------------------
كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Kalla bal

Menunjukkan asal perkataannya 2 perkataan. Jika di satu jadi maksud lain. 

Bacaan tahsil. 

Holy Quran 41:44
------------------
وَلَوْ جَعَلْنَٰهُ قُرْءَانًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا۟ لَوْلَا فُصِّلَتْ ءَايَٰتُهُۥٓ ۖ ءَا۬عْجَمِىٌّ وَعَرَبِىٌّ ۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ هُدًى وَشِفَآءٌ ۖ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍۭ بَعِيدٍ

Dimudahkah a akjami kepada aakjami


Hujarat 11 naqal

Holy Quran 49:11
------------------
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُوا۟ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلْأَلْقَٰبِ ۖ بِئْسَ ٱلِٱسْمُ ٱلْفُسُوقُ بَعْدَ ٱلْإِيمَٰنِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Bik sal dibaca biksalismul fusuuku


Selasa, November 10, 2015

Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Dr Muhammad Akramin Kamarul Zaman |10 November 2015


Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Dr Muhammad Akramin Kamarul Zaman |10 November 2015

Punca perbezaan pendapat para ulama

Perbezaan dalam memahami Quran. Pelbagai perkataan dan struktur ayat di dalamnya.

Majoriti arab zaman Rasulullah tidak pandai menulis dan membaca. Bagaimanapun majoritinya hebat dalam menghafal.

Mukjizat N. Isa boleh menyembuh penyakit sopak.

Mukjizal Al Quran kekal hingga akhir zaman.

Perintah terbahagi 3:
  • Mesti buat
  • Sunat
  • Harus yang menjadi wajib dengan dalil lain
Dalam bab hutang terdapat perintan untuk menulis hutang. Terjadi perselisihan, jumhur ulama menyerjemahnya sebagai satu cadangan atau panduan. Ada pendapat wajib tulis.

Jumhur: lebih 50% pendapat ulama.

Perintah supaya hutang disaksi 2 lelaki.

Perbezaan pendapar bermula dari zaman sahabat dan tabi'in lagi.

Dalam bab perkahwinan

Dalam Syafie, bapa boleh memaksa anak perempuan (belum pernah berkahwin) berkahwin walaupun anak itu tidak setuju.

Bagi yang pernah berkahwin dirinya lebih berhak dari walinya.

Dlm mazhab Hanafi perlu persetujuan anak perempuan.

Larangan bertunang dengan orang yg telah bertunang. Berlaku perbezaan pendapat sama ada haram atau makruh.

Dlm Syafie menghukum haram sekiranya perempuan dan wali telah bersetuju dengan pinangan pertama