Memaparkan catatan dengan label pen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pen. Papar semua catatan

Selasa, September 26, 2023

Jinhao 82 Mini Fountain Pen 🖋️

Jinhao 82 Mini
Assalamualaikum kepada semua. Bersua lagi dalam postingan kali ini. Seperti biasa saya cuba kekalkan momentum postingan pada blog ini supaya sekurang-kurangnya ada pos baharu pada setiap minggu. Kadang-kadang saya suka untuk melontarkan cerita dalam bentuk penulisan secara spontan. Tak banyak fikir, cuma tulis ikut apa yang terlintas di fikiran. Saya rasa cara ini akan membantu kita untuk melihat suatu perkara dengan lebih mendalam.

Posting kali ini adalah berkisar satu batang fountain pen atau dalam Bahasa Melayunya disebut pen dakwat basah yang baru sahaja sampai ke telapak tangan. Sedang berbaring-baring di ruang tamu setelah penat bekerja tiba2 terperasan ada parcel telah sampai. Ia sampai lebih awal dari jangkaan kerana item ini berasal dari China. Model ini ialah Jinhao 82 Mini. Jika anda seorang peminat fountain pen pastinya kenal jenama ini kerana ia seperti satu hempasan atau tamparan kepada pelbagai jenama fountain pen yang terkemuka kerana harganya yang jauh lebih murah. Jika anda belum pernah memiliki sebatang fountain pen mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli sebatang. 

Selain keunikannya, menggunakan fountain pen memberi satu karekter istemewa kepada penggunanya. Nanti anda akan meneroka pelbagai ilmu baharu dengannya. Model yang baru dibeli ini menjadi pilihan kerana keunikan model mini yang lebih pendek dari saiz biasa. Sangat comel untuk dibawa ke mana2 dan warnanya juga cantik. Di rumah ini tiada dakwat untuk pen ini jadi tak dapat nak cuba menulis lagi dengan pen ini. InsyaAllah nanti ada buat satu posting lain untuk review cara menulis dengannya.

Setakat ini dahulu untuk kali ini. Boleh klik read more untuk melihat lebih banyak gambar. Sekian, terima kasih.