Memaparkan catatan dengan label permatangpasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label permatangpasir. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 25, 2009

Tahniah PAS di Permatang Pasir

PAS menang, majoriti menurun - Malaysiakini:
PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Selasa, Ogos 11, 2009

Perkara-perkara yang akan berlaku di Permatang Pasir dari 17-25 Ogos 2009

  • Umat islam akan berpuasa pada 22/23 Ogos, kebiasaannya bila masuk je bulan Ramadhan jalan2 raya akan sibuk, berbanding dengan tahun lepas tahun ini akan lebih sibuk kerana berlakunya pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
  • Ada pihak tertentu yang akan tiba2 lebih bermurah hati untuk bersedekah, memberi saguhati kepada orang2 kampung.
  • Harga makanan di pasar Ramadhan akan naik kerana terdapat byk permintaan akibat kebanjiran petugas parti2 politik, penceramah2, polis, petugas SPR, media dan org2 yg berminat nak ikuti PRK ini dr dekat.
  • Ada kemungkinan orang2 kampung tidak perlu membeli baju raya kerana, ada pihak yg bermurah hati memberi baju raya.
  • Jalan2 akan diturap, bangunan2 akan dicat dan ini adalah untuk menyambut kehadiran orang2 politik, bukan untuk rakyat. (juga dikenali sebagai projek mee segera)