Memaparkan catatan dengan label pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas. Papar semua catatan

Rabu, Mei 16, 2012

Nakba 64 years later, we will never forget #Palestine #Nakba64 #palhunger


Bersoladariti bersama perjuangan negara Palestine menentang kekejaman penjajah Zionis

Walaupun terlewat sehari tetapi semangat perjuangan tidak pernah luntuk, 15 May memperingatkan kita tentang kekejaman Israel merampas tanah rakyat Palestine, penempatan dimusnahkan, semua rakyat Palestine dibunuh dan dihalau dengan kejam 64 tahun lalu.

Dah lama sebenarnya tak buat badge. Kalau ada yang nak guna boleh guna, kalau bagi credit lagi baik :-)



Isnin, Julai 11, 2011

Malaysia negara paranoid dengan warna

Logo Bersih
Sebelum #besih semua sudah merasakan bahawa warna begitu sensitif dengan rakyat kita, bila hijau akan dikaitkan dengan PAS, biru dikaitkan dengan BN, biru cair dikaitkan dengan PKR. Dengan adanya #bersih paranoia terhadap warna ini diperkuatkan lagi, sebelum perhimpunan keramat itu telah ada yang ditangkap hanya kerana mengenakan baju berwarna kuning. Hatta selepas perhimpunan pun masih ada yang ditangkap. Patutkah selamanya rakyat dibelenggu dengan paranoia ini?

Isnin, November 16, 2009

Kota Siputeh, Kedah (siputeh tu bukan nama kucing ke?)

Ni sorang lagi wakil rakyat tak bertanggungjawab, hari tu dari PKR, kali ni dari BN pulak, rakyat dan bg kepercayaan tu jalankanlah tanggungjawab. Kalau x nk buat kerja baik tak payah bertanding dulu, mungkin agaknya sbb kerajaan negeri Kedah ni Pakatan Rakyat yang pegang jd sbg tanda protes x mau buat kerja, x mau hadir sidang DUN? Dan itu pun kerja wakil rakyat jadi bertanggungjawablah sedikit, pemimpin ni nnt dia dulu kena soal di Akhirat nnt.

Abu Hasan Sarif dari Umno akan kemukakan rayuan rasminya pada Jumaat ini, harap2 mahkamah x terima dan beri laluan kepada pilihanraya kecil. Harap sapa2 yg akan dipilih nanti, jalankanlah tanggungjawab dengan sepenuh hati, jgn bongkak sangat..

Sabtu, September 19, 2009

10 sebab mengapa Isa Samad tak sepatutnya bertanding di PRK DUN Bagan Pinang

10 sebab mengapa Isa Samad tak sepatutnya bertanding di PRK DUN Bagan Pinang


1. Beliau pernah ada kes dan telah digantung selama 3 tahun.

2. Transformasi UMNO hanya jadi mainan kata-kata bila masih menggunakan orang lama.

3. Nama beliau dicadangkan UMNO bhgn bukan atas kepentingan rakyat tetapi atas dasar menguatkan cable.

4. Beliau tidak langsung menolak walaupun pernah bersalah sblm ini menunjukkan sikap inginkan kuasa di mata rakyat.

5. Saranan Tun Dr. M supaya calon lain dikemukakan.



Selasa, Ogos 25, 2009

Tahniah PAS di Permatang Pasir

PAS menang, majoriti menurun - Malaysiakini:
PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Selasa, Ogos 11, 2009

Perkara-perkara yang akan berlaku di Permatang Pasir dari 17-25 Ogos 2009

  • Umat islam akan berpuasa pada 22/23 Ogos, kebiasaannya bila masuk je bulan Ramadhan jalan2 raya akan sibuk, berbanding dengan tahun lepas tahun ini akan lebih sibuk kerana berlakunya pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
  • Ada pihak tertentu yang akan tiba2 lebih bermurah hati untuk bersedekah, memberi saguhati kepada orang2 kampung.
  • Harga makanan di pasar Ramadhan akan naik kerana terdapat byk permintaan akibat kebanjiran petugas parti2 politik, penceramah2, polis, petugas SPR, media dan org2 yg berminat nak ikuti PRK ini dr dekat.
  • Ada kemungkinan orang2 kampung tidak perlu membeli baju raya kerana, ada pihak yg bermurah hati memberi baju raya.
  • Jalan2 akan diturap, bangunan2 akan dicat dan ini adalah untuk menyambut kehadiran orang2 politik, bukan untuk rakyat. (juga dikenali sebagai projek mee segera)

Rabu, April 22, 2009

Jemputan ke muktamar PAS ke-55




Terkejut dapat jemputan dari Tuan Guru Haji Hadi dekat Facebook. Jom pegi usha portal Muktamar Tahunan PAS ke-55 di:

Muktamar Tahunan PAS kali ke-55

Salute kat team IT PAS ni, mmg advance dalam menggunakan alam siber untuk penyebaran maklumat. Laman web pun cun!

RSVP event tu di sini.

Ahad, Januari 18, 2009

Syabas PAS dan Pakatan Rakyat



Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883 votes
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252 votes
Azharudin Mamat @ Adam (Independent): 193

PAS win with majority of 2,631



p/s: takbirr!

Sabtu, Jun 21, 2008

Majlis Sambutan 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor

Click to enlarge

p/s: flyer Majlis Sambutan 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor ini diperolehi di Masjd Al-Syakirin selepas solat Jumaat.

Isnin, Jun 09, 2008

Tuan Guru Nik Aziz selamat kembali dari tanah suci

dari blog msomelayu.blogspot.com:

"Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat pulang ke tanah air petang ini dari menunaikan umrah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia) lewat petang ini.

Beliau dijangka tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu lewat malam ini. Menurut anaknya, Nik Mohammad Abduh ayahnya berada dalam keadaan sihat selama menunaikan umrah dan ziarah.

Tok Guru berangkat ke tanah suci pada 26 Mei lalu. Ikut sama dalam rombongan bersama Mursyidul Am Pas itu ialah beberapa pegawai di Pejabat Menteri Besar dan juga beberapa ahli keluarganya.

Nik Aziz dijangka akan memasuki pejabat Rabu ini. [wm.kl jam 10: 35 pm 09/06/08]"
p/s: kita tunggu apa kata tuan guru berkaitan peristiwa-peristiwa terkini seperti pulau batu putih, kenaikan semua harga dan lain-lain isu.

Khamis, Mei 22, 2008

Dr Hasan Ali dilantik Timbalan Pengerusi Jais

Dr Hasan Ali dilantik Timbalan Pengerusi Jais:
"SHAH ALAM, 21 Mei (Hrkh) Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Ali dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Pelantikannya diperkenan Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah."
p/s: tahniah diucapkan kepada wakil rakyat Gombak Setia ini.

Link